Dream Theater Puaskan Hati Peminat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pada 2 Oktober 2017, hari Isnin, satu tarikh bersejarah buat peminat kumpulan progresif rock / metal terkenal, Dream Theater telah mengadakan konsert julung-julung kalinya di Malaysia. Budiey turut berada di sana untuk menemubual peminat Dream Theater. Video boleh ditonton di saluran Youtube Budiey.com: www.youtube.com/budiey27

Dream Theater yang dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram) yang cukup terkenal dengan ketelitian mereka dalam penghasilan muzik. Malah, setiap anggota Dream Theater sudah diiktiraf sebagai antara pemuzik terbaik dunia.

Mulanya, Budiey mengandaikan konsert ini tidak mendapat sambutan kerana anak-anak muda tidak ramai yang mengenali kumpulan ini. Ternyata, persepsi Budiey sangat meleset kerana Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hampir penuh dengan peminat yang rata-ratanya menggilai muzik rock.

Persembahan bermula pada jam 8.50 malam dengan diiringi oleh sorakan dan tepukan dari penonton. Kumpulan dari Amerika Syarikat (AS) ini begitu dialu-alukan oleh peminat kerana keunikan persembahan mereka. Persembahan ini adalah sebahagian daripada Image, Words & Beyond 25th Anniversary Tour yang bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu.

Ia juga sempena ulang tahun ke-25 album Images & Words yang diterbitkan pada 1992. Image & Words yang juga album kedua Dream Theater ini adalah album mereka yang paling laris dan mendapat pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).

Budiey berada di sana untuk merasai pengalaman menonton persembahan gempak dengan muzik yang cukup legenda. Apa yang harus Budiey katakan di sini, pengalaman ini tidak setanding daripada album Image & Words dengan membawa lagu-lagu hit mereka seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1 dan Under A Glass.

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Ulasan Filem BAD GENIUS

More Bad ,More Genius,More Money!

Mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Lynn yang pintar dan Grace si bodoh dan lembap dalam exam.Lynn dibayar mengikut jumlah yg dttpkan utk membantu mereka yang lembap menjawab exam ni berjaya.

Cinematography yang mencairkan penonton.Camera shot yang padu dan sangat cantik .Setiap movement shot membuatkan kita rasa lebih dekat dengan character2 didalam movie ini.Fokus kepada close up dan wide focus.Ada juga satu scene yg cantik semasa Lynn membalas chat di dalam phone camera focus pergerakan perjalanan lynn dan phone sahaja seperti dalam iklan tv.Lighting dia pun power.

Muzik score yang luar biasa ,sepertinya fresh dari team movie ni maybe belum pernah dengar dimana2 movie yang lain.(kalau ada mungkin aku silap la).. Bunyi siren tik tok membuatkan penonton rasa berdebar ibarat kau tgh jawab exam 5 minit lagi nak habis.

Setiap karakter yang difokuskan dalam movie ni memainkan peranan dengan baik sekali misal pun extra talent , still have a quality of the character and nampak hidup bukan talent sekadar lalu lalang je.

Plan merompak JAWAPAN ! The brilliant idea .
Gila babi ah nak jawab exam (meniru je pun)plan mcm nak rompak bank. Iye sangat2 unik dan kreatif .Cara mereka membuat penonton terpukau dan betapa bijaknya diaorg ni buat plan utk mendapatkan bayaran dan membantu kawan2 yg lain lulus.

Plot story yang sungguh matang dan clear membuatkan penonton tertunggu2 next scene dan membuatkan tidak senang duduk kerana setiap detik ada je bunyi TIK TOK.

Walaupun Sydney adalah satu tmpat diaorg shooting tidak menjejaskan langsung imej filem Thailand malah dapat tarikan penonton dan keunikann nya sendiri.lagipun filem ni inspirasi dari true story.No wonder lah kalau boleh pergi jauh.

Kitaa waktu exam bawak toyol letak lam bekas pensil ,conteng tangan,kertas lam poket,phone lam seluar ,buku bawah buntut. Filem ni lebih power dari toyol au taknak ah cter lebih2 nanti terSPOIL tak best pulak nak tgok.

Kenapa tak bawak pengarah dan pelakon cter sebagus ni je ye dtg Malaysia? Boleh la nak tnya 1/2 soalan.

Korang boleh ke buat kertas jawapan jadi duit?

Overall 9/10⭐️

Komen via Facebook

Komen

Ulasan Filem THE NUT JOB 2 dari Kaca Mata Penonton

GET READY! GET SETS! GETS NUTS.
The Nut Job 2 sequel kepada The Nut Job mengisahkan tentang seekor tupai yang bernama Surly dan kawan-kawannya mencari rumah baru setelah The Nut Shop terbakar.

Mereka mencari taman yang terbaik untuk mereka tinggal .Suatu hari KETUA BANDAR yang berperangai jahat dan mementingkan diri ini membina satu projek pembangunan taman tema di taman itu.Bermula lah kisah mereka untuk merampas semula tanah tempat kediaman mereka.

Dalam kejadian ini terdapat beberapa aksi cemas ,suka duka dan percintaan antara mereka dan juga tidak ketinggalan aksi2 lucu mereka.Mereka akhirnya bersatu untuk rampas semula hak mereka.

Plot story yang dah boleh agak apa yang akan terjadi. Filem yg boleh menbuatkan kita hilang bosan sahaja dan juga plot sebegini sudah sering kita hadam di movie animasi2 yang lain.
Overall 5/10

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menonton THE MUMMY

Makin tua makin menjadi. Nampaknya pelakon Tom Cruise masih bertahan malah makin mantap dengan lakonan yang penuh karisma. Bukan sahaja lakonan hebat malah Tom Cruise mampu meningkatkan profil kariernya dengan menjadi penerbit dan pengarah.

Terbaru dalam filem THE MUMMY, saya dapat lihat kehebatan pelakon yang mencecah usia 54 tahun ini beraksi.

THE MUMMY

Tanggal 7 Jun, Budiey ada menonton filem THE MUMMY di tayangan malam premiere yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid.

Setelah menonton keseluruhan filem ini, ianya memang berlainan walaupun ia adalah pembikinan semula filem THE MUMMY. Filem ini lebih kepada elemen seram yang mengujakan penonton sebenarnya. Banyak kali juga Budiey tersentak ke belakang sebab terkejut.

Garis masa THE MUMMY tidak lagi berlangsung pada awal 1900-an, sebaliknya berlangsung pada masa sekarang. Filem ini mengisahkan Nick Morton, seorang sarjan dalam tentera Amerika yang bertugas di Iraq. Walaupun beliau seorang tentera, beliau mempunyai “kerja sambilan” iaitu mencari dan merompak artifak lama atau harta karun untuk dijual di pasaran gelap.

Filem ini bermula dengan pencarian harta karun olehnya dan rakan seperjuangannya, Korporal Veil di suatu tapak Mesir purba di Iraq menggunakan satu peta yang dicurinya dari seorang arkeologis bernama Jenny Halsey. Setelah tapak tersebut ditawan, mereka dan Jenny (yang tiba di tempat tersebut) menjumpai sebuah tapak kubur seorang firaun wanita bernama Ahmanet di mana kerandanya ditenggelamkan dalam kolam berisi raksa, dipercayai untuk mengurangkan kuasa mistiknya.

Akibat perbuatan kejam Ahmanet, beliau telah dikuburkan hidup-hidup di satu lokasi yang jauh dari Mesir. Namun, berikutan kecuaian Morton, Ahmanet bebas daripada kurungan.

Nick dan Veil telah disumpah menyebabkan kapal terbang mereka dijatuhkan oleh sekumpulan besar burung yang terbang melanggar kapal terbang mereka. Walaupun Jenny diselamatkan menggunakan payung terjun, Nick tidak sempat keluar dan mati. Anehnya beliau terjaga di bilik mayat tanpa sebarang kecederaan.

Apakah yang berlaku kepadanya? Mengapa beliau tidak cedera? Apa pula peranan Ahmenet dalam semua ini? Untuk mengetahui kesudahannya, anda kenalah menonton filem ini di pawagam berhampiran.

JALAN CERITA YANG MUDAH DIFAHAMI

Jika diamati betul-betul, alur cerita The Mummy mudah dinikmati dan senang untuk dihadam.

Pertama sekali, sejak awal lagi para pembikin filem ini telah mendedahkan bahawa filem The Mummy ini adalah sebahagian dari Dark Universe di mana filem-filem seperti Frankenstein dan The Invisible Man bakal dimasukkan dalam Universe ini. Ini bermakna raksasa tersebut bakal berkait antara satu dengan lain.

Malah watak Dr Jekyll muncul dalam filem ini sebagai ketua pertubuhan yang melawan raksasa yang dipanggil Prodigium. Ini adalah usaha Universal Studios untuk mewujudkan satu francais filem yang terdiri dari beberapa watak raksasa yang berada dalam dunia yang sama di mana Prodigium merupakan pertubuhan melawan kejahatan dalam Universe tersebut. Dengan kata lain ia seperti SHIELD dalam Marvel Universe, tapi Universe ini dibikin oleh Universal Studios.

Tom Cruise film set

AKSI DAN LAKONAN YANG MANTAP

Lakonan Sofia Boutella yang sebelum ini terkenal dengan watak antagonis sememangnya harus dipuji kerana ia berjaya dibawa dengan baik sekali. Mungkin kerana fizikal badan yang sangat sesuai dengan tindakan yang cukup licik dan kejam. Tom Cruise pula berjaya membawa karakter Nick selaku askar yang punya sisi watak baik.

Melihat kepada kredibiliti dan mutu lakonan Sofia Boutella, saya menjangkakan nama beliau akan melonjak naik selepas ini. Keserasian berlakon bersama legenda ternama Tom Cruise dan Russelll Crowe pastinya menjadi penanda aras dalam karier Sofia Boutella. Bukan mudah nak dapatkan peluang macam ni. Sekarang ini pun, nama beliau dah pun disebut-sebut dan mendapat perhatian daripada peminat seluruh dunia.

Pujian juga seharusnya diberikan kepada CGI yang digunakan di mana kesan khas untuk menjelmakan Putri Ahmanet cukup realistik. Kalau korang tonton betul-betul, kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara dari filem Michael Bay sebelum ni. Kesan khas yang digunakan bukan mudah untuk dibuat. Agak sukar dan memerlukan kepakaran. Hasilnya… kita dapat lihat aksi yang real di depan mata.

Apa-apa pun, unsur pertarungan yang dipaparkan membuatkan saya terkejut dan menontonnya daripada celahan jari terutama ketika babak dikejar mayat hidup yang dibangkitkan Ahmanet. Begitu juga adegan kapal terbang yang meluncur laju ke arah bumi.

Apa yang Budiey suka dengan filem ini adalah kerana aksi-aksi yang ditonjolkan. Budiey percaya ramai yang nak tonton aksi lanjutan yang disiarkan dari trailer filem ini. Babak-babak aksinya pendek dan agak cepat tapi ia sangat mendebarkan.

Oh ya, satu lagi nak cakap, watak Veil lakonan Jake Johnson dalam filem ini ada part tu sangat kelakar dan buat kita sendiri tergelak. Itu yang buat kita akan enjoy menontonnya.

Sebagai filem pembuka, THE MUMMY mampu memancing rasa minat saya untuk menonton dan mengetahui lebih lanjut lagi tentang kisah Dark Universe. Salah satu sebab saya teruja untuk menonton kerana beberapa watak lagi akan ditampilkan dalam filem rangkaian Dark Universe. Apa yang membezakan ialah Dark Universe tidak menggunakan tema adiwira.

The Mummy 2017 adalah sebuah filem yang menghiburkan, jadi saya cadangkan korang menonton filem ini bersama rakan-rakan jika anda mempunyai masa lapang. Selamat menonton!

Tom Cruise film set

Komen via Facebook

Komen

Ulasan Persembahan Red Velvet, Nct127 & Yesung di Konsert I Seoul U Kuala Lumpur

Terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput Budiey.com untuk buat liputan dan ulasan di Konsert “I Seoul U” di Kuala Lumpur yang mana telah diadakan pada 23 Mei yang lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dan ini adalah ulasan dari kami.

Konsert ini memperlihat persembahan tiga artis Korea Selatan daripada syarikat pengurusan artis terkenal di sana, SM Entertainment (SME) iaitu Red Velvet, NCT127 dan juga Yesung dari Super Junior. SME juga adalah syarikat pengurusan yang menaungi EXO, Shinee, SNSD, DBSK dan ramai lagi.

Seramai 6000 penonton dikatakan telah hadir pada malam tersebut dan walaupun rata-rata penonton ialah dalam kalangan peminat Kpop, tetapi mereka juga turut bersama-sama menghangatkan dewan semasa persembahan pembukaan daripada artis tempatan iaitu De Fam dan Altimet yang mempersembahkan lagu hits mereka termasuklah Supergirl dan Amboi.

Persembahan utama dimulakan oleh Red Velvet dengan lagu Dumb Dumb, Little Little, Russian Roulette dan Rookie. Red Velvet yang dianggotai oleh Irene, Seulgi, Wendy, Joy dan Yeri baru sahaja membuat kunjungan mereka ke Malaysia pada 23 April lalu.

Walaubagaimanapun, Joy tidak dapat hadir pada waktu itu kerana sibuk dengan pengambaran drama. Tetapi, pada kali ini, seperti yang dijanjikan mereka hadir kembali bersama Joy dan ini sangat menggembirakan para peminat. Sebelum memulakan persembahan, mereka telah mencuit hati peminat menerusi IGLive di Instagram rasmi mereka dengan berjoget mengikut rentak lagu Amboi daripada Altimet di belakang pentas.

YESUNG (1)

Sebagai kumpulan yang baru, NCT127 telah membuktikan bahawa mereka wajar diberi perhatian menerusi persembahan yang cukup memukau dengan lagu Fire Truck, Once Again, Good Thing dan Limitless. Fanchant daripada peminat yang mengegarkan seluruh dewan menunjukkan bahawa mereka mempunyai kumpulan peminat yang cukup kuat di Malaysia walaupun ini merupakan kunjungan pertama mereka ke sini.

Tidak mustahil jika mereka bakal kembali ke Malaysia lagi satu hari nanti. NCT127 yang dianggotai oleh Taeil, Taeyong, Doyoung, Yuta, Jaehyun, WinWin, Mark dan Haechan ini merupakan unit daripada kumpulan terbaru SME iaitu NCT (Neo-Culture Technology). Selain NCT127, unit NCT juga terdiri daripada NCT-U dan NCT Dream dan setiap unit ini membawa konsep dan ahli kumpulan yang berbeza.

RED VELVET (2)

Super Junior merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat Kpop di Malaysia. Mereka juga antara kumpulan yang membawa nama Kpop ke sini dengan lagu hits mereka iaitu Sorry Sorry, Walaupun hanya hadir secara soloi, Yesung yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Super Junior tidak mengecewakan peminat dengan persembahan vokalnya.

Memulakan persembahan dengan lagu hits dari drama Cinderella Stepsisters iaitu It Has to Be You, Yesung telah berjaya membawa peminat kembali ke masa lalu dengan menyanyikan lagu ini bersama-sama. Yesung juga telah mempersembahkan lagu-lagu dari album solonya iaitu Paper Umbrella, Fly dan Only You. Super Junior dikatakan bakal kembali beraksi di pentas muzik tidak lama lagi, mungkinkah kita dapat menerima kedatangan mereka sekali lagi ke Malaysia?

Timbalan Datuk Bandar Seoul iaitu Mr Gyoung-gee Liu turut hadir pada malam tersebut untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di bandar Seoul yang wajib dikunjungi jika melancong ke ke Korea Selatan termasuklah Seoul Skypark Pedestrian Road “Seoulla 7017 yang baru dibuka baru-baru ini. Ia merupakan sebuah lebuh raya lama yang telah dibina balik sebagai tempat pejalan kaki.

Vice Mayor_ Gyoung-gee LIU (2)

Vice Mayor_ Gyoung-gee LIU (1)

I-SEOUL-U Group Photo (2)

I-SEOUL-U Group Photo (1)

DE FAM

ALTIMET

YESUNG (2)

RED VELVET (1)

NCT 127 (2)

NCT 127 (1)

Komen via Facebook

Komen

Persembahan SEGALA PERASAAN Dato’ Siti Nurhaliza di ABPBH30 Mendapat Kritikan

“Alamak! Kenapa Dato’ Siti nyanyi macam tu?”

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya ketika mendengar persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menyanyikan lagu SEGALA PERASAAN buat pertama kali secara langsung di Anugerah Bintang Popular 3.0 semalam. Yea, ternyata lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan.

Kalau kita dengar, lagu ni nampak mudah untuk dinyanyikan. Ada bahagian lagu ini notanya terlalu tinggi dan menggunakan kemahiran vokal yang bukan sikit. Apatah lagi apabila penyanyi lagu ini sendiri mengaku melakukan kesilapan ketika mendendangkan single ini semalam.

Kebiasaannya, jarang sekali persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menerima komen negatif. Selesai sahaja acara semalam, Budiey ada baca banyak sekali komen. Ada yang positif dan tak kurang ada banyak juga la yang negatifnya. Biasalah, kadang-kadang kita kena akui tak semua persemhahan nak sempurna dan perfect je. Kita hanya manusia biasa. Betul tak?

Apa-apa pun, Budiey respek dengan respon dari Dato’ Siti Nurhaliza yang begitu positif dan sikit pun tak melatah apabila dikritik.

Budiey tertarik untuk baca ulasan dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang telah mengulas dengan panjang lebar, apa yang berlaku semalam.

Jom kita baca ulasan dari Azwan Hashim, wartawan dari Sitizoners.

Terbukti persembahan Dato’ Siti Nurhaliza (DCT) semalam di pentas #ABPBH30 memberi impak positif! Lagu ‘Segala Perasaan” berjaya dipromosikan dengan efektif menerusi sebuah rancangan anugerah yang pastinya mendapat rating tertinggi.

Khalayak buat pertama kalinya menonton secara langsung persembahan lagu yang dipilih sebagai single pertama album #SimetriSiti. Melalui medium promosi sebegini, kemunculan album terbaru DCT dapat diketahui dan disedari lebih ramai orang.

Keputusan DCT bersama pihak pengurusannya SNP untuk terlibat sama dalam menjayakan persembahan di ABPBH30 semalam merupakan tindakan yang bijak. Biarpun pengumuman beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah, kemunculan DCT tetap menjadi perhatian dan tarikan utama.

Begitulah hebat dan besar pengaruhnya populariti DCT sehinggakan ada peminat dari Singapura yang sanggup membeli tiket ABPBH semata-mata untuk menonton persembahan walaupun satu lagu sahaja daripada DCT!

Kemunculan DCT dengan busana bewarna biru rekaan Qudyn Aziz dan disolek cantik oleh Nurul Shukor menyerlahkan lagi penampilan DCT. Bersesuaian dengan tema ABPBH30, Qudyn tampil memberi kelainan dengan kreativitinya tersendiri. Paling menarik, lampu-lampu menghiasi busana biru itu kelihatan bercahaya ketika waktu gelap.

Seperti biasa, DCT sentiasa tampil memberi persembahan terbaik dan memukau para penonton yang berada di dalam PICC dan mereka yang menonton di televisyen atau pun secara online. Munculnya DCT di atas pentas, terdengarlah sorakan peminat menyebut namanya. Paling bersemangat tentulah Sitizoners kan!

Saya sendiri yang berada di dalam dewan PICC berasa teruja untuk merakamkan persembahan DCT. Nasiblah sempat merakam hampir ke hujung lagu menerusi telefon bimbit sebelum memori penuh! Hahaha..

Bercerita tentang persembahan DCT, impaknya saya kira luar biasa! Kerana apa? Kerana persembahan ‘Segala Perasaan’ DCT menjadi bualan hangat terutama di laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kelainan cara penyampaian dan nyanyian DCT telah menjadi satu topik perbincangan dan perdebatan di kalangan netizen! Dasyat sungguh kan?

Macam-macam komen yang boleh dibaca. Ada komen positif, ada juga komen negatif. Biasalah, nitizen kan suka menjadi ‘hakim’ dan pengkritik tak bergaji di laman sosial. Masing-masing mahu mengkritik sedangkan kritikan yang ditulis tidak berasas.

DCT menerusi laman instagramnya hari ini mengatakan bahawa beliau tersilap sikit teran semasa menyanyikan lagu Segala Perasaan semalam. Atas sebab itulah nyanyiannya kelihatan berbeza dan tidak serupa seperti lagu di dalam album.

Dengan pengalaman lebih 21 tahun di arena seni, DCT tidak mudah melatah dengan segala kritikan negatif, sebaliknya beliau masih merendah diri dan menerima kritikan secara tenang dan terbuka. Buktinya komen DCT yang dicoretkan bersama SitiZoners berhubung isu ini :

“Kakiti ok je terima komen. ..selalu nyanyi perfect, sekali sekala ada ketika juga kita tak perfect…apa pun happy dapat perform lagu baru lagi.. bukan senang tau! Selalu orang dah biasa lagu yang dah popular…Doakan lagu-lagu dari album SimetriSiti akan hits agar peminat & penonton boleh nyanyi bersama dalam show seterusnya… “

Kalian nilaikan coretan tersebut. Itulah kata-kata penyanyi nombor satu Malaysia yang telah berjaya memenangi beratus-ratus anugerah dan kejayaan sehingga di peringkat luar negara.

Semoga album SimetriSiti akan terus laris di pasaran setelah promosi yang hebat semalam di ABPBH. Kami SitiZoners juga mendoakan album terbaru ini akan berjaya di AIM dan pelbagai anugerah lain. Aamiin.

Tahniah Kekandaku tersayang! Kakiti tetap yang terbaik!
Azwan Hashim,
Peminat setia Kekanda
#SitiZoners

Komen via Facebook

Komen