Nabila Razali Bergabung dengan duta-duta DFKL 2018 untuk PENTAS DRAMA

Tik Tok Tik Tok… 9 hari lagi! Untuk menambahkan lagi keterujaan para peminat sempena Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 yang bakal berlangsung pada 13 Mei ini, apa kata mari kita sama-sama menonton video muzik lagu tema DFKL 2018 berjudul “Pentas Drama”! Video muzik berdurasi 3 minit 45 saat ini menampilkan kumpulan […lagi…]

The post Nabila Razali Bergabung dengan duta-duta DFKL 2018 untuk PENTAS DRAMA appeared first on Sensasi Selebriti.

Elvira Juara Mentor Otai Pertama

ELVIRA KINI RM100,000 LEBIH KAYA! Antara protégé yang disegani dan pernah menduduki di tangga dua terbawah pada minggu ketiga Mentor Otai, Elvira kini muncul sebagai Juara Mentor Otai yang pertama menundukkan rakan-rakan seperjuangannya Azee (Naib Johan), Alina (ketiga) dan AJ (keempat). Dengan kemenangan itu, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai […lagi…]

The post Elvira Juara Mentor Otai Pertama appeared first on Sensasi Selebriti.

11 Juta Penonton Kelesah Kekasih Paksa Rela Habis?

Slot Akasia sekali lagi menambat hati 11 juta penonton dengan Drama Kekasih Paksa Rela yang telah melabuhkan tirainya pada Isnin lalu, 12 Februari. Membawa cogan kata “Terpaksa mencintai, Terlanjur Menyayangi”, drama bukan adaptasi novel terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir dan Fatin Afeefa.

Poster Kekasih Paksa Rela 11 Juta

Drama Kekasih Paksa Rela yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini telah bersiaran selama 28 epsiod sejak 26 Disember 2017 dan telah mencipta fenomena tersendiri apabila sekali lagi menjadi ‘kegilaan’ penonton setia slot Akasia setiap kali ke udara. Rating terkumpul untuk semua episod Kekasih Paksa Rela ini berjumlah 11 juta penonton dan episod akhir yang bersiaran pada 12 Februari 2018 dari pukul 7.00 malam sehingga 8.00 malam telah mencecah 3.8 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Kami bersyukur kerana drama kami terus mendapat sokongan padu daripada peminat-peminat slot Akasia melalui Drama Kekasih Paksa Rela ini. Sekali lagi, slot Akasia dapat mempertahankan rekodnya sebagai slot drama yang ditonton ramai. Bukan sahaja itu, tandapagar #kekasihpaksarela juga telah digunakan sepanjang waktu bersiaran sehinggakan ia menjadi sohor kini hampir setiap episod, di alam maya. Oleh itu, seruan saya kepada masyarakat adalah untuk terus menyokong karya-karya hebat tempatan, terutamanya dengan menonton drama terbaharu di slot Akasia iaitu Tiada Arah Jodoh Kita.”

Drama Kekasih Paksa Rela ini berkisarkan Adham (Remy Ishak) & Rosnaida (Ain Edruce) yang bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan Dato’ Azman, iaitu ayah Adham. Adham cuba merapatkan hubungan Rosnaida dan ayahnya, tetapi Rosnaida tetap berkeras kepala. Akhirnya, Rosnaida membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di US akibat tidak tahan dengan sikap mertuanya. Hanan (Intan Najuwa) pula yang masih sekolah terpaksa menjaga ayahnya yang sedang sakit. Apabila Rosnaida enggan pulang ke tanah air. Adham mengambil Hanan sebagai pekerjanya, dan menjaganya dengan baik. Demi mengelak daripada segala fitnah, Hanan terpaksa bernikah dengan Adham dan berusaha untuk memenangi hati Adham kerana ingin membalas jasa baiknya itu. Setelah sekian lama mereka berumah tangga, Rosnaida pulang ke Malaysia secara tiba-tiba dan mengetahui rahsia Adham dan Hanan. Hubungan mereka bertiga menjadi semakin renggang apabila konflik-konflik perhubungan mula timbul satu persatu. Akhirnya, Rosnaida mengalah dan menuntut cerai daripada Adham, meninggalkan Adham bahagia bersama Hanan.

Adakah anda masih belum dapat move on daripada kisah cinta Adham, Rosnaida dan Hanan? Saksikan Kekasih Paksa Rela di portal video tonton, www.tonton.com.my Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

KPR 29

KPR 23

KPR 12

KPR 9

KPR 4

KPR 3

Komen via Facebook

Komen

Ini Dia Calon-Calon Anugerah DFKL 2018

KUASA MENENTU PEMENANG DI TANGAN PEMINAT!

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali untuk edisi kelima dengan menampilkan #MasaUntukDrama sebagai tema baharu tahun ini! Selain menjadi sebuah platform sesuai bagi anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka menerusi pertandingan drama pendek, pertandingan sesi kongsi (pembentangan idea), dan ujibakat lakonan, DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabatkan industri lakonan tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018.

Anugerah DFKL 2018 mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, yang ditentukan oleh jumlah undian diterima manakala, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan merupakan kategori khas pilihan juri.

Biar Aku Jadi Penunggu_keyart_New_small

Bagi para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan, boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl.com.my. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan Dan Strategi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin,

“Alhamdulillah, Anugerah DFKL kini sudah pun memasuki tahun kelima. Seperti penganjuran sebelum ini, kami ingin memberi peluang kepada semua peminat setia drama-drama TV3 & TV9 untuk menentukan barisan pemenang berdasarkan pilihan mereka sendiri. Ini juga merupakan salah satu tanda penghargaan kepada jutaan penonton yang tidak pernah berhenti memberi sokongan sehinggalah drama-drama ini berjaya mencecah rating tinggi.”

Jangan lupa untuk mengundi calon-calon Anugerah DFKL 2018 di laman web www.dfkl.com.my dan mengetahui maklumat terkini tentang Drama Festival Kuala Lumpur 2018. Gunakan hashtag #MasaUntukDrama dan #DFKL2018 untuk menghangatkan perbualan di laman sosial.

Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 & TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia.

Raisha

Berikut adalah senarai untuk setiap kategori:

• Anugerah 1: Aktor Pilihan

1. Zul Ariffin (Titian Cinta)
2. Ashraf Muslim (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. Ashraf Muslim (Mr Boss Miss Stalker)
4. Azrel Ismail (Cucu Tauke Beras)
5. Sharnaaz Ahmad (Mr Hijab)
6. Adam Mika (Budak Ijat)
7. Hafidz Roshdi (Raisha)
8. Syazuwan Hassan (Sein Dan Luna)
9. Shukri Yahaya (Andainya Takdir)
10. Syafiq Kyle (Dekatkan Jarak Kita)
11. Zee Tokan, Acap Tokan & Faiz Tapaw (Misteri Wan Peah)
12. Along Eyzendy, Bell Ngasri & Shah Tapaw (Muzium Misteri)
13. Datuk Adi Putra (My Sweet Lavender)
14. Aeril Zafrel (Nahu Rindu)
15. Izzue Islam (Ops Cinta Din Sardin)
16. Nadzmi Adhwa (Namaku Bedah)

• Anugerah 2: Aktres Pilihan

1. Farah Nabilah (Titian Cinta)
2. Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. Mia Ahmad (Mr Boss Miss Stalker)
4. Zahirah MacWilson (Cucu Tauke Beras)
5. Nabila Huda (Mr Hijab)
6. Datin Diana Danielle (Raisha)
7. Mimi Lana (Sein Dan Luna)
8. Nina Iskandar (Andainya Takdir)
9. Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
10. Sherry Alhadad (Misteri Wan Peah)
11. Chacha Maembong (Muzium Misteri)
12. Zara Zya (My Sweet Lavender)
13. Ummi Nazeera (Nahu Rindu)
14. Mira Filzah (Ops Cinta Din Sardin)
15. Aishah Azman (Namaku Bedah)

• Anugerah 3: Antagonis Pilihan

1. Tisha Shamsir (Titian Cinta)
2. Miera Leyana (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. Miera Leyana (Mr Boss Miss Stalker)
4. Datin Diana Danielle (Raisha)
5. Shukri Yahaya (Andainya Takdir)
6. Azhan Rani (Dekatkan Jarak Kita)
7. Syazwan Zulkifli (Nahu Rindu)
8. Shiqin Kamal (Sein Dan Luna)
9. Nadia Brian (My Sweet Lavender)
10. Sheila Mambo (Andainya Takdir)

• Anugerah 4: Pengarah Pilihan

1. Heykal Hanifah (Titian Cinta)
2. Heykal Hanifah (Mr Boss Miss Stalker)
3. Michael Ang (Biar Aku Jadi Penunggu)
4. Khalid Nadzri (Cucu Tauke Beras)
5. Mohd Zafizam (Ijam) (Mr Hijab)
6. Pali Yahya (Sein Dan Luna)
7. Shahrulezad (Budak Ijat)
8. Nizam Zakaria (Raisha)
9. Along Kamaludin (Andainya Takdir)
10. Azman Haji Yahya (Jinggo) (Misteri Wan Peah)
11. Azman Haji Yahya (Jinggo) (Dekatkan Jarak Kita)
12. Hashim Rejab (Muzium Misteri)
13. Eoon Shuhaini (Nahu Rindu)
14. Nazir Jamaluddin (Ops Cinta Din Sardin)
15. Shuhaimi Lua (Namaku Bedah)
16. Azmi Hatta & Bahri Umar (My Sweet Lavender)

• Anugerah 5: Penulisan Skrip Pilihan

1. Farhana Fauri (Titian Cinta)
2. PGR’s Team (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. PGR’s Team (Dekatkan Jarak Kita)
4. Sofia J Rhyland (Mr Boss Miss Stalker)
5. Azlina Din (Cucu Tauke Beras)
6. Eirma Fatima (Mr Hijab)
7. Shamsull Haszraei (Budak Ijat)
8. Mufid Suhaimi (Raisha)
9. Syed Mohamad Taufik (Sein Dan Luna)
10. Syed Mohamad Taufik (Misteri Wan Peah)
11. Wan Mahani Wan Hassan (Andainya Takdir)
12. MF Kencana (Ops Cinta Din Sardin)
13. Shahriman Wahab (Nahu Rindu)
14. Ikmal Shah (Namaku Bedah)
15. Amin Shakib (My Sweet Lavender)

• Anugerah 6: Lagu Pilihan

1. Sumpah Cintaku – Asfan (Titian Cinta)
2. Menanti Janji – Ronnie Hussein (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. Dekat Tapi Jauh – Forteen (Mr Boss Miss Stalker)
4. Marry Me – Mark Adam (Cucu Tauke Beras)
5. Mager – Ran (Mr Hijab)
6. Jangan Lari – Pandoras (Budak Ijat)
7. Bukan Aku – Tasha Manshahar (Raisha)
8. Pulang – Yuna & Sona One (Sein Dan Luna)
9. Permata Cinta – Aiman Tino (Andainya Takdir)
10. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Dekatkan Jarak Kita)
11. Seram Ni – Cat Farish (Misteri Wan Peah)
12. Last Kopek – Havoc (Muzium Misteri)
13. Rindu Yang Terluka – Profile Band (My Sweet Lavender)
14. Mencintai Kamu – Aepul Roza (Nahu Rindu)
15. Ops Cinta Din Sardin – Aesar Mustafa (Ops Cinta Din Sardin)
16. Bedah Oh Bedah – Syafik Ikhwan (Namaku Bedah)

• Anugerah 7: Pasangan Pilihan

1. Zul Ariffin & Farah Nabilah (Titian Cinta)
2. Ashraf Muslim & Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)
3. Ashraf Muslim & Mia Ahmad (Mr Boss Miss Stalker)
4. Azrel Ismail & Zahirah MacWilson (Cucu Tauke Beras)
5. Datin Diana Danielle & Hafidz Roshdi (Raisha)
6. Syazuwan Hassan & Mimi Lana (Sein Dan Luna)
7. Shukri Yahaya & Nina Iskandar (Andainya Takdir)
8. Syafiq Kyle & Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)
9. Datuk Adi Putra & Zara Zya (My Sweet Lavender)
10. Aeril Zafrel & Ummi Nazeera (Nahu Rindu)
11. Izzue Islam & Mira Filzah (Ops Cinta Din Sardin)
12. Nadzmi Adhwa & Aishah Azman (Namaku Bedah)

• Anugerah 8: Drama Pilihan

1. Titian Cinta (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
2. Biar Aku Jadi Penunggu (Saphire Screen Sdn Bhd)
3. Mr Boss Miss Stalker (Saphire Screen Sdn Bhd)
4. Cucu Tauke Beras (A. Aida Production Sdn Bhd)
5. Mr Hijab (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)
6. Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)
7. Raisha (Orangetree Production Sdn Bhd)
8. Sein dan Luna (Primeworks Studio Sdn Bhd)
9. Andainya Takdir (A. Aida Production Sdn Bhd)
10. Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
11. Misteri Wan Peah (JS Pictures Sdn Bhd)
12. Muzium Misteri (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
13. My Sweet Lavendar (Orangetree Production Sdn Bhd)
14. Nahu Rindu (Country & Universal Sdn Bhd)
15. Ops Cinta Din Sardin (Macheallstar United Sdn Bhd)
16. Namaku Bedah (Tanah Beris Film Production Sdn Bhd)

• Anugerah 9: Drama Pilihan Tonton VIP

1. Bahagia Kasihmu (A. Aida Production Sdn Bhd)
2. Jojie Gigil (Wiranusa Corporation Sdn Bhd)
3. Raisha (Orangetree Production Sdn Bhd)
4. Misi Laksa & Laksam (Zeel Production Sdn Bhd)
5. Jurnal Suraya (Primeworks Studio Sdn Bhd)
6. Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn Bhd)
7. Bilo Nogeri Jupo Kelate (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
8. Kelip – Kelip Di Kota London (Zeel Production Sdn Bhd)
9. Kalis Kasih (ZK Creative Sdn Bhd)
10. Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

Komen via Facebook

Komen

Mungkin Ini Sebab Ikhwan Jadi Hero Oven 2017

Pencarian jejaka tampan dan juga pakar manisan berkarisma sudah berakhir dengan mengumumkan Ikhwan (Muhammad Ikhwan bin Mustafar, 25 tahun) sebagai Hero Oven 2017 pada episod akhir yang telah bersiaran pada 27 Januari 2018! Selain trofi, Ikhwan juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000 dan barangan elektrik.

Ikhwan bersaing dengan Adam, Alex dan Amir di peringkat akhir untuk menyiapkan tiga peringkat manisan berdasarkan tema yang telah diberikan. Mereka perlu sediakan kek 2 tingkat (2 tier cake), menara macaron setinggi 40 cm (macaron tower) dan 3 jenis petit fours dalam tempoh 6 jam.

Dekorasi untuk manisan yang disediakan

“Alhamdullilah dan saya sangat bersyukur atas kemenangan ini. Saya rasa cabaran paling besar ialah saya perlu melawan diri sendiri supaya menjadi yang terbaik. Saya sedar tidak mudah untuk melakukan 3 tugasan dalam masa 6 jam. Jadi, saya berlumba dengan masa. Tambahan lagi, saya bersaing dengan Alex, seorang cef pastri yang sentiasa ada idea untuk membuat apa jua manisan,” Ikhwan berkongsi momen indahnya selepas bergelar Hero Oven 2017.

“Perkara yang mendorong saya untuk tidak berputus asa ialah isteri saya sendiri. Dia banyak memberi sokongan serta ilmu dalam bidang pastri. Tidak lupa juga keluarga saya yang sentiasa memberi dorongan supaya saya terus berjaya mengejar impian dan cita-cita saya. Walaupun saya pernah berputus asa untuk tidak meneruskan peringkat akhir sebab cabaran yang diberikan bukan benda yang saya pernah buat tetapi dengan sokongan yang diberikan, saya teruskan perjuangan sehingga titik penamat. Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan para peserta Hero Oven yang banyak membantu dan berkongsi ilmu. Untuk menghargai kebaikan yang diberikan, saya buat yang terbaik untuk setiap tugasan yang diberikan,’ tambah Ikhwan lagi.

Musim kedua ini masih mengetengahkan kaum Adam secara komersial sebagai pakar manisan dan terbuka kepada jejaka berperwatakan menarik yang berusia antara 20 hingga 35 tahun, mempunyai kemahiran untuk menyediakan pelbagai kek dan pastri dengan menggunakan oven dan petah bercakap.

Bermula dengan 12 peserta, hanya 4 peserta yang layak ke peringkat akhir selepas melalui pelbagai cabaran dalam 10 pusingan iaitu Adam (Muhammad Adam bin Mahamed Ismail, 27 tahun, Kelantan, bekerja sendiri), Alex (Chai Chee Hung, 26 tahun, Sabah, cef pastri), Amir (Amir Hamzah bin Mohamed, 31 tahun, Johor, perunding makanan) dan Ikhwan (Muhammad Ikhwan bin Mustafar, 25 tahun, Selangor, cef).

Hero Oven 2017 meraikan Ikhwan sebagai juara manakala Alex mendapat tempat kedua, diikuti dengan Adam di tempat ketiga dan Amir berada di tempat keempat. Dihoskan oleh Cef Fikree Aznan dan Cef Sarah Samsul Ariffin. Juri jemputan di pusingan akhir ialah dua pakar manisan terkenal iaitu Cef Jasman Saidin dan Cef Nazeri Ismail serta selebriti popular, Lana Nordin.

Jika anda terlepas menyaksikan Hero Oven 2017 di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di portal video nombor Satu Malaysia, tonton di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan hashtag #HeroOven2017 untuk menghangatkan perbualan di laman sosial.

Penjurian oleh Cef Fikree, Cef Nazeri, Lana Nordin, Cef Jasman & Lana Nordin

Ikhwan

Komen via Facebook

Komen

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Anugerah Juara Lagu Ke-32

Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal tiba. 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari 2018. Jika tahun lalu, Cerita Dalam Lagu menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat Fesyen dan Muzik sebagai tema utama.

FESYEN & MUZIK. EVOLUSI, EKSPRESI, & IDENTITI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Memasuki edisi ke-32, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha para pemuzik yang merangkumi komposer, penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian professional. Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal nyanyian dan persembahan mereka. Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para finalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternanti-nantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka. Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan”. Ujarnya lagi.

Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati. Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara finalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas. Beliau pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.

Tidak kurang juga dengan pemilihan pakaian oleh Ning Baizura yang memakai baju kurung lusuh (Awan Yang Terpilu) dan Hafiz Suip yang tampil ringkas berbaju T, seluar track menerusi lagu Awan Nano. Ringkas, namun pemilihan pakaian itu memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan mereka. Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara majlis turut menjadi tumpuan. Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry Al Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32. AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik. Pada malam AJL 32 nanti akan turut diserikan lagi dengan persembahan hebat oleh Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din. Berikut adalah 12 lagu yang telah layak ke pentas AJL 32:

LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK PENYANYI
1. AKHIRNYA, CINTA Ajai Slen Salma
2. AKU CINTA Syamel Syamel Syamel & Ernie Zakri
3. AKU YANG SEBENAR M.Nasir Ad Samad Hazama The Penglipur Lara
4. AMBOI Navigator Altimet Altimet
5. BAYANG Alam (Harry Khalifah) Patrick Anohada Khai Bahar
6. JAMPI Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini, Ezra Kong Hael Husaini
7. LEBIH SEMPURNA Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz Syamel Syamel
8. MENAHAN RINDU Ibnu & Gouffran Ibnu & Gouffran Wany Hasrita
9. SEJATI Faizal Tahir & Mike Chan Faizal Tahir & Mike Chan Azmi Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)
10. SEPARUH MATI KU BERCINTA Ajai Ajai Dayang Nurfaizah
11. TERGANTUNG SEPI Gouffran / Ibnu Gouffran / Ibnu Haqiem Rusli
12. WARKAH UNTUK MU Hang Nadim Laq Ara Johari

AJL32 POST PARTY RATED XTRA

Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50% markah keseluruhan manakala baki 50% markah adalah daripada juri profesional. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam.

Merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual eksklusif dan terkini bersama finalis dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my. Buat pertama kalinya, tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah. Ketahui cara memenangi pas VIP untuk akses penuh ke selebriti terkenal di malam AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my. Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonMY bermula 11.30 malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32 Post Party Rated Xtra yang menghimpunkan ramai selebriti selain finalis AJL32.

PENTAS AJL BERGERAK

Untuk merancakkan lagi AJL 32, TV3 dengan kerjasama Transit Aliran Massa (MRT) akan menampilkan dua penyanyi yang akan menyanyikan lagu-lagu 12 bintang AJL 32 secara akustik dari MRT aliran Sungai Buloh ke aliran Bukit Bintang. Seterusnya mereka akan singgah di gerai pop up Samsung di Bukit Bintang Untuk mengetahui siapakah penyanyi yang bakal membuat persembahan, jangan lupa untuk saksikan secara langsung menerusi LIVE stream di Facebook TV3Malaysia pada 20 Januari, nanti bermula jam 11 pagi.

UNBOXING AJL 32 X WAK DOYOK

Video kolaborasi bersama Wak Doyok ini akan memperlihatkan Wak Doyok meneka dan memberi komen-komen beliau mengenai pemilihan pakaian finalis AJL 32. Jangan ketinggalan untuk menonton kandungan-kandungan menarik yang disediakan bagi menyemarakkan lagi AJL 32, di laman Youtube TV3Malaysia.

PENGAMBILAN TIKET AJL 32

Orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJL 32 dijemput hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk pengambilan tiket. Kaunter akan dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tiket adalah terhad.

AJL 32 juga boleh di tonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my). AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.

SALMA

SYAMEL _ ERNI

SYAMEL

WANY

ALTIMATE

ARA

AZMI

DAYANG

FA HAZAMA _ PENGLIPURLARA

HAEL

HAQIEM

KHAI

Komen via Facebook

Komen

Malam Terindah Achey Dalam Arena Bintang Bersama Bintang!

Minggu lalu dalam episod pertama, gandingan Shuk dan selebriti jemputannya, Nabila Razali telah membuahkan hasil apabila persembahan mereka dinobatkan sebagai juara minggu pertama Arena Bintang Bersama Bintang 2018. Shuk telah meletakkan penanda aras baharu dalam program realiti lawak Malaysia apabila membawakan konsep unik dan canggih dalam persembahan iaitu menggabungkan visual digital dan persembahan pentas.

Bagi menyemarakkan lagi Arena Bintang Bersama Bintang, Achey tidak mahu ketinggalan dalam memenangi wang tunai berjumlah RM10, 000. Pada minggu ini, Achey dan selebriti jemputannya, Mamak Puteh telah berjaya membawa pulang hadiah mingguan dengan sketsa bertemakan situasi di sebuah pam minyak. Kedua-dua mereka berupaya menonjolkan kelebihan masing-masing terutamanya Achey selaku watak utama menerusi dialog dan nyanyian yang hebat mashup lagu siulan ramai lebih sedekad lalu, Pencuri Hati.

Malam Terindah Achey Dalam Arena Bintang Bersama Bintang!

Achey terkejut dengan kemenangan yang diraih sekaligus menjadi juara bagi minggu kedua. Beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penonton yang menyokongnya. “Alhamdulillah, saya sangat terkejut dan kemenangan ini tidak dijangka sama sekali kerana peserta lain juga hebat. Mungkin kerana kandungan sketsa saya dan Mamak Puteh lebih memberi impak terhadap juri. Harapan saya untuk minggu hadapan adalah untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dalam menyampaikan sketsa yang kelakar namun dalam masa yang sama boleh merawat dan mendidik penonton dari pelbagai aspek,” jelas beliau.

Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Pasangan yang berentap pada minggu kedua baru-baru ini adalah Chiwan, berpadu tenaga bersama Abam, Dzawin dan Issey, Ropie bersama Mark Adam, Mamak Putih berkolaborasi dengan Achey, Rahim Sepahtu bergandingan bersama Shuk dan Ajak membawakan salah seorang pelawak terkenal, Tauke. Minggu ini juga Saiful Apek sebagai juri tetap masih ditemani ‘bunga’ sepanjang Arena BBB berlangsung, bersama pelakon cantik molek, Siti Saleha.

Abam dan Chiwan telah menyerikan pentas dengan persembahan pertama dengan sketsa mengenai gym. Cubaan Abam membawa tiga watak berbeza telah menceriakan suasana di studio Sri Pentas 2. Walaupun kurang latihan yang mencukupi, mereka tetap Berjaya menghiburkan para penonton dengan lagu berjudul Satu.

Seterusnya, Mark Adam yang sememangnya seorang penyanyi, mendendangkan lagu She’s Gone nyanyian asal band antarabangsa Steelheart dengan gubahan lirik tersendiri. Berlatar belakangkan set sebuah hospital, Mark Adam dan Ropie merupakan gandingan yang dinanti-nantikan penonton di studio kerana perbezaan watak masing-masing.

Setelah dua persembahan, penonton di studio masih lagi riuh menantikan persembahan peserta seterusnya, Issey. Kali ini Issey cuba untuk melangkah setapak lebih jauh dengan membawakan pelawak dari negara jiran, Indonesia. Dzawin dan Issey telah menyanyikan semula lagu Permata Cinta & Amboi secara medley dengan gubahan lirik yang kelakar dan menghiburkan.

Rata-rata peminat program realiti lawak di Malaysia pastinya mengenali keletah Tauke di atas pentas. Umpama sebuah permainan takraw, Ajak dan Tauke tidak putus-putus memberikan ‘punchline’ dalam sketsa dan persembahan nyanyian lagu Jampi dalam watak anggota Rela yang bercita-cita menjadi seorang askar.

Arena Bintang Bersama Bintang minggu kedua diakhiri dengan persembahan penutup oleh peserta terakhir, Shuk dan pasangannya Rahim Sepahtu menyanyikan lagu yang ‘trending’ di radio iaitu Despacito diiringi tarian oleh pelakon tambahan yang juga mendapat perhatian penonton.

Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta di samping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.

Bintang Bersama Bintang 2018 juga dapat disaksikan secara HD di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Komen via Facebook

Komen