Raikan Hari Jururawat Sedunia Bersama Telemovie MISI ADRIA

Raikan Hari Jururawat Sedunia Bersama Telemovie “Misi Adria” di TV1 Ramai di antara kita tidak tahu bahawa 12 Mei merupakan Hari Jururawat Sedunia. Justeru itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak melupakan pengorbanan hebat seorang insan yang bergelar jururawat ini. Saksikan sebuah telemovie yang cuba mengangkat peranan seorang jururawat yang besar […lagi…]

The post Raikan Hari Jururawat Sedunia Bersama Telemovie MISI ADRIA appeared first on Sensasi Selebriti.

Telemovie Khas Hari Ibu Bertajuk 3 HATI IBU di TV1

Khas meraikan sambutan Hari Ibu pada 10 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyajikan sebuah telemovie menarik bertajuk “3 Hati Ibu” khas untuk tontonan seisi keluarga. Menemui penonton pada 13 Mei, pukul 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad. Menampilkan pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah […lagi…]

The post Telemovie Khas Hari Ibu Bertajuk 3 HATI IBU di TV1 appeared first on Sensasi Selebriti.

TV1 Siar Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1 Bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang. Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas […lagi…]

The post TV1 Siar Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa appeared first on Sensasi Selebriti.

Perkongsian Kerjaya Mencabar Dalam PROFESION EKSTREM

Pernahkah anda membayangkan bagaimanakah agaknya kerjaya mencabar antaranya yang dilakukan pekerja pembetungan, anggota TATTOO dengan aksi akrobatik motosikal, pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), jurulatih menyelam, pemelihara hutan, pegawai keselamatan, penyelenggara lebuh raya, pelakon lagak ngeri, ahli gusti profesional, pelombong emas, pengutip madu hutan dan penjaga haiwan?

Setiap kerjaya pasti ada cabarannya yang tersendiri. Dikenalikan pelakon terkenal Norman Hakim, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program majalah bertemakan kerjaya mencabar bertajuk “Profesion Ekstrem” yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1.

13 episod memaparkan sesi temu ramah dan paparan kerja-kerja merbahaya yang dilakukan oleh para pekerja ekstrem contohnya terhidu gas beracun, pertunjukan ‘tattoo’ menunggang motor sambil menggunakan senapang, memanjat pokok tinggi untuk mengambil madu dari sarang lebah, pekerja kabel elektrik dengan risiko renjatan serta lain-lain lagi.

Menerusi episod pengenalannya Norman Hakim berkunjung ke Loji Pembetungan IWK Kuala Lumpur berkongsi maklumat berkaitan pekerjaan ekstrem yang dilakukan oleh pekerja pembetungan IWK. Norman dibawa meninjau di persekitaran loji dan beliau merasai pengalaman mengumpul sampah sarap yang berbau busuk di mesin penyaring sampah. Norman mengikut penyelia pembetungan ke kawasan Bangsar menangani aduan tentang saluran yang tersumbat. Ia berkongsi risiko terhidu gas beracun yang wujud dalam kawasan paip pembetungan dan langkah yang diambil untuk tujuan pencegahan dan keselamatan.

Ikuti episod di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Genting Klang, Kuala Lumpur mendekati anggota TATTOO Angkatan Tentera Malaysia yang berkemahiran melakukan aksi akrobatik melibatkan motosikal. Mereka banyak terlibat dalam persembahan akrobatik bermotosikal di pelbagai jenis perarakan seperti sambutan merdeka, sambutan sesuatu perayaan dan sebagainya. Penonton disajikan dengan demo persembahan perseorangan yang melakukan aksi akrobatik solo, aksi ‘King Scorpion’ bagi kategori berpasangan dan aksi akrobatik ‘Rafflesia’ untuk berkumpulan. Norman juga mencuba aksi tertentu bersama kumpulan tersebut.

aksi dalam Profesion Ekstrem

Dalam episod seterusnya profesion pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipilih dan lokasinya bertempat di kawasan hutan di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Misi mereka ialah melakukan kerja penyelenggaraan iaitu menukar penangkap kilat dan mangkuk kaca yang rosak di talian berkuasa tinggi. Pelbagai langkah keselamatan dipertontonkan bagi memastikan kerja yang berisiko tinggi ini berjalan dengan lancar dan selamat.

Norman turut berkongsi maklumat sebagai jurulatih menyelam iaitu Aishah Osman, seorang jurulatih menyelam yang berpengalaman selama 15 tahun. Beliau berkongsi pengalaman beliau yang bermula sekadar hobi dan akhirnya memilih bidang selaman sebagai kariernya. Beliau menerangkan kepada Norman maklumat dan proses yang perlu dilakukan dalam mendapatkan lesen selaman skuba.

Berikutnya pekerjaan sebagai pemelihara hutan berkunjung ke Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bagi mendapatkan maklumat terperinci. Wawancara dilakukan berkongsi tugas dan tanggungjawab dalam mengurus, memelihara dan memantau kawasan perhutanan Malaysia. Antara cabaran ekstrem yang dilalui mereka ialah ugutan bunuh serta ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab dan terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan.

Norman turut berkongsi maklumat tentang kerjaya seorang pegawai keselamatan di sebuah syarikat keselamatan terkenal iaitu SRT EON Security Services Sdn Bhd. Wawancara dengan beberapa orang individu yang bertanggungjawab dengan pengurusan pemindahan wang tunai. Seterusnya profesion penyelenggara lebuh raya berkunjung ke pejabat Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE) dan bertemu dengan Pengurus Operasi untuk berkongsi maklumat lanjut. Tugasan ini memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan kelulusan di bidang elektrik serta tidak gayat berada di tempat tinggi.

Ikuti juga perkongsian cabaran sebagai koreografer aksi lagak ngeri yang memerlukan kemahiran dan kelulusan yang diiktiraf serta sifat sabar yang tinggi, ahli gusti profesional, pelombong emas, pengutip madu tualang, dan penjaga haiwan yang memerlukan minat serta kemahiran tertentu selain daripada perasaan tenang serta tidak mudah gemuruh dalam melaksanakan rutin harian mereka.

Hos Norman Hakim cuba melakukan tugasan mencabar

Norman Hakim cuba memujuk buaya dalam salah satu episod Profesion Ekstrem

Profesion Ekstrem

salah satu episod

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Telemovie MIMPI DANIA

Setiap daripada kita pastinya mengimpikan kembali ke zaman kanak-kanak yang meriangkan. Tanpa perlu memikirkan masalah dan cara mengatasinya, momen tersebut tersemat di fikiran semua dan alangkah indahnya putaran masa jika dapat diulang semula.

Saat-saat manis tersebut dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi watak kanak-kanak bernama Dania dalam telemovie bertajuk “Mimpi Dania” yang menemui penonton pada 31 Disember ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

watak anak dan ayah dalam Mimpi Dania

Impian Tertunai Dalam Telemovie MIMPI DANIA di TV1

Menampilkan pelakon utama Farah Nadia, Sherie Merlis, Sharifah Sahora, dan Syed Aiman, ‘Mimpi Dania’ memaparkan kisah Dania, yang selalu hayal sama ada di rumah mahupun di sekolah dan sering menjadi ejekan kawan-kawannya. Dania tinggal bersama ibunya di sebuah kampung yang jauh dari bandar. Bapanya telah meninggal dunia dan ibunya Marisah bekerja di sebuah kilang.

Dania suka mengelamun dan bercakap seorang diri. Kadang-kadang dia dimarahi oleh gurunya kerana berhayal di dalam kelas. Begitu juga di rumah, ibunya mendapati Dania sering lupa melakukan kerja-kerja yang disuruhnya kerana berhayal.

Dania berhayal mempunyai seorang kawan bernama Danish. Dania sering duduk di bawah sebatang pokok dan bercakap-cakap dengan kawan hayalannya itu. Dalam hayalannya itu Danish membuatkan sebuah rumah di atas pokok itu untuk mereka bermain-main bersama.

Dania teringin hendak pergi bercuti ke Cameron Highlands dan memujuk ibunya membawanya ke sana. Ibunya mencari duit lebih dengan membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di kilang tempat dia bekerja dan juga meminta Dania menjualnya di sekolah.

Di sekolah ada seorang budak bernama Amri yang suka mengejek dan mengganggu Dania. Satu hari berlaku pergaduhan antara Dania dengan Amri kerana Amri menghalang perjalanan Dania dengan kakinya.

Selepas kejadian itu guru sekolah tidak membenarkan Dania menjual kuih lagi. Marisah juga kehilangan kerja apabila kilang tempat dia bekerja ditutup. Dania bermimpikan arwah bapanya yang memberitahunya supaya mencari sebuah beg hitam.

Dania menemui beg itu dan menunjukkan kepada ibunya yang mendapati di dalamnya ada dua buku akaun bank untuk Dania dan Marisah. Marisah menggunakan wang dalam akaunnya itu sebagai modal berniaga karipap beku.

Perniagaannya semakin maju dan Marisah dapat membawa Dania bercuti di Cameron Highlands. Semasa di Cameron Highlands Dania bertemu Danish kawan dalam hayalannya itu. Tetapi budak lelaki itu mengatakan dia bukan Danish tetapi Daniel dan dia tidak mengenali Dania. Dania menerima hakikat kawan hayalannya Danish sudah tiada dan Dania berkawan dengan Daniel. Sementara itu Amri berubah menjadi seorang yang baik dan mahu berkawan dengan Dania.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Santai Tapi Sampai Jelajah Dari Masjid Ke Masjid Bersama Ustaz Biker

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton setia salurannya program travelog terbaharu berkonsepkan pengembaraan motosikal berkuasa tinggi oleh seorang Ustaz ‘Rider’ menjejaki sejarah masjid-masjid yang terpilih di Malaysia.

salah satu episod Ustaz Biker

Santai Tapi Sampai Jelajah Dari Masjid Ke Masjid Bersama Ustaz Biker di TV1

Menerusi program bertajuk “Ustaz Biker” yang sedang bersiaran setiap Khamis, pukul 10.00 malam di TV1, Ustaz Halim Hafidz selaku hos program akan mengembara ke masjid-masjid terpilih di seluruh Malaysia dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi dan bertemu dengan individu tertentu untuk ditemu ramah. Konsep yang diamalkan adalah secara ‘santai tapi sampai’ dan antara aspek yang dipaparkan ialah berkaitan sejarah serta aktiviti masjid tersebut.

13 episod program ini antaranya membawa penonton ke Batu Pahat, Johor. Pengembaraan Ustaz Halim Hafidz dari Kuala Lumpur dengan menaiki motosikal berkuasa besar sambil beribadah dan berdakwah secara santai. Destinasi beliau ialah Masjid Sultan Ibrahim dan antara lokasi yang sempat dilawatinya ialah Pantai Minyak Beku, Perigi Batu Pahat, Nasi Beriani Gam serta Dataran Penggaram. Masjid Sultan Ismail yang dibina pada tahun 1995 dapat menampung sebanyak 5000 orang jemaah.

Ustaz Halim merasai pengalaman sambutan Majlis Haul Habib Ali Bin Jaafar Al-Idrus yang diadakan pada hari tersebut. Aktiviti diteruskan dengan riadah dan sesi soal jawab bersama ‘geng anak muda’ di Dataran Penggaram. Episod ini diakhiri dengan trivia berkenaan solat sunat musafir.

Destinasi seterusnya pengembaraan Ustaz Halim ialah ke Masjid Sultan Alaudin Riayat Syah yang terletak di Pagoh, Johor. Ustaz Halim sempat singgah di beberapa lokasi menarik seperti Kolam Air Panas Gersik, Ladang Herba Nasuha dan Kg. Sarang Buaya. Setibanya di masjid tersebut, Ustaz Halim bertemu dengan imam, bilal serta ketua kampung. Beliau menyertai aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk yang kebetulan diadakan pada hari tersebut.

Antara aktiviti lain yang dilakukan persatuan belia kampung ialah Kursus Pengurusan Jenazah. Beliau kemudiannya melawat Makam Sultan Alaudin Riayat Syah yang terdapat di masjid tersebut. Ustaz Halim mengakhiri episod dengan sedikit perkongsian ilmu tentang solat jamak.

Ustaz Halim meneruskan pengembaraan santai beliau menuju ke Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara, Johor. Dalam perjalanan tersebut, beliau sempat singgah di beberapa lokasi menarik seperti gerai tembikar Air Hitam, Muzium Kota Lama dan Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi. Setibanya di masjid, beliau disambut oleh beberapa orang jemaah masjid termasuk imam muda masjid iaitu Imam Saufi yang berusia 26 tahun. Beliau berkongsi pelbagai maklumat tentang masjid yang dibina oleh KEJORA pada tahun 1965.

Di sini Ustaz Halim berpeluang menghadiri majlis bacaan Yassin yang diadakan pada setiap malam Jumaat serta jamuan nasi ambeng selepas selesai majlis Yassin. Ustaz Halim mengakhiri rancangan dengan pesanan agar mencontohi sifat air yang mengalir iaitu positif dan tegar dalam kehidupan.

Ikuti banyak lagi kupasan menarik program ini di TV1.

episod di Pagoh, Johor

Hos program...Ustaz Halim Hafidz

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Reen Rahim Terima PINANGAN KE-20 di TV1

Cuti sekolah hujung tahun sememangnya sinonim menjadi pilihan pasangan mempelai memateri janji dan mengikat hubungan percintaan seterusnya disatukan sebagai pasangan suami isteri. Mungkin ramai yang beranggapan pemilihan hujung tahun sebagai pilihan kerana memudahkan bagi saudara mara yang jauh berkesempatan untuk bertandang memeriahkan majlis.

Mengangkat kisah tentang majlis perkahwinan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie kekeluargaan bertajuk “Pinangan Ke-20” yang mengetengahkan lakonan mantap Reen Rahim, Zahiril Adzim, Aeril Zafril, Anne Abdullah, Dato’ Nash (Lefthanded) dan Sheila Mambo.

Menemui penonton pada 25 November ini, pukul 3.05 petang di TV1, ‘Pinangan Ke-20’ memaparkan kisah seorang gadis bernama Balqis yang selalu gagal dalam percintaan. Umurnya pula semakin hari semakin meningkat. Situasi itu ternyata membuatkan ibubapanya sudah mula gelisah kerana dia masih belum berkahwin. Ibu Balqis mendesak Balqis supaya cepat mencari jodoh. Mereka tidak mahu digelar andartu.

Meskipun berat menerima kenyataan itu, Balqis akhirnya akur. Namun dia sengaja mengenakan syarat kepada ibu dan bapanya bahawa dia akan menerima pinangan orang yang ke 20. Ibu bapanya juga terpaksa menerima syarat diberikan anaknya itu.

Masa berlalu maka ramailah yang hadir meminang Balqis. Akhirnya dalam keadaan yang terdesak, dia menerima pinangan yang ke 20 seorang lelaki bernama Aariz. Tetapi kemudiannya dia bertindak memutuskan hubungan yang baru terbina tanpa usul periksa kerana mendapat tahu pemuda itu ada hubungan dengan wanita lain.

Dalam situasi yang genting itu Aariz cuba menerangkan situasi sebenar namun tidak dipedulikan oleh Balqis. Dia tetap dengan pendiriannya. Hinggalah satu hari dia menyedari kesilapannya dan kebenaran sebenar terbongkar rupa-rupanya itu adalah perbuatan seorang lelaki yang pernah meminangnya tetapi ditolak.

Apabila Balqis mengetahui kesilapannya, dia dengan rasa bersalah yang teramat sangat cuba untuk meminta ibubapanya pergi bertemu ibubapa Aariz untuk meminangkannya semula. Pada mulanya ibubapa dia enggan kerana tidak pernah dibuat orang wanita meminang lelaki, akhirnya ibubapa Balqis bersetuju.

Namun adakah Aariz pula bersetuju menerima semula Balqis? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen