Kak Ogy Bakal Anjurkan Street Theater SENI… ITU RUPANYA

Baru-baru ini, Budiey sempat meninjau sesi pembelajaran di Kelas Lakonan dan Pengacaraan yang dianjurkan oleh Fauziah Ahmad Daud atau selesa dipanggil Kak Ogy. Siapa yang tak kenal dengan Kak Ogy, seorang pelakon berkaliber dan pengacara yang cukup berpengalaman ini. Dengarnya, Kak Ogy sekarang ini, aktif dan sibuk menjadi mentor dan mengajar di Ogy Centrestage & Academy selain menjadi pengacara program HURU HARA untuk saluran HyppTV.

Terkenal dengan kritikannya yang pedas dan pendirian yang cukup pedas, Oleh kerana pengalaman yang luas dalam dunia seni, Kak Ogy pernah dijemput untuk menjadi juri serta tenaga pengajar di beberapa program realiti TV.

Terbaru, Kak Ogy sekarang ini sibuk untuk mengadakan Street Theater atau Teater Jalanan di Courtyard Concourse, The Curve, Mutiara Damansara. Teater ini berjudul SENI… ITU RUPANYA. Acara ini akan berlangsung selama dua hari berturut-turut dan mengumpulkan pencinta seni teater di satu lokasi.

Budiey difahamkan, Kak Ogy telah pun buat sesi ujibakat mencari pelakon baru-baru ini dan kita tengoklah nanti pelancaran acara ini nanti ya.

Teater ini memerlukan pelakonnya berlakon, menari dan menyanyi dalam masa yang sama. Macam-macam cerita tentang seni dan perkara berbangkit yang menyentuh dunia anak seni akan ditonjolkan oleh teater ini dan akan menyentuh isu semasa.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Kak Ogy pernah terlibat menjadi pelakon Street Theater pada tahun 1990 di bawah arahan pengarah terkenal Allahyarham Datuk Syed Alwi di hadapan Pertama Kompleks. Kak Ogy masih ingat lagi keseronokan terlibat dengan teater ini.

Jadi, Kak Ogy mahu mengangkat semula naskah teater ini dan seterusnya menjadi perintis semula teater sebegini. Ianya satu latihan yang memberikan pengalaman baru kepada pelakon kerana mereka terpaksa menghadapi orang ramai yang lalu lalang di situ.

Bayangkan pelakon terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang macam-macam karakter dengan begitu dekat dan pelakon perlu ‘block’ dan fokus minda berkali ganda berbanding berlakon dalam teater biasa.

Street Theater sangat berbeza dengan teater yang biasa kita layan di Istana Budaya dan mana-mana pentas. Kak Ogy ada bercerita tentang pengalamannya berlakon dalam teater ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena dengan acara ini. Selain Street Theater, acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti lain di 10 booth yang menjual barangan dan produk dari selebriti terkenal. Ada pertandingan solekan artis, ada Pencarian JEJAKA IDAMAN MALAYSIA, ada juga casting call dan macam-macam lagi.

Budiey rasa sangat teruja untuk menantikan acara ini. Nantikan kemaskini lanjut tentang Street Theater ini. Sama-sama nanti kita meriahkan ya!

Speaker - Fauziah Dato' Ahmad Daud (Lakonan)

Komen via Facebook

Komen

Fakta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang OLABOLA THE MUSICAL

Dua skrin LED gergasi menjadi pengapit pentas yang 80% diolah menjadi padang bola. Lakonan yang mantap bersama skrip digubah kepada lagu-lagu hip-hop diselarikan dengan rentak tari yang cukup energetik menjadikan pementasan ini berjaya mengangkat naskah filem kepada sebuah teater muzikal. Tahniah buat seluruh pasukan produksi yang menjayakan pementasan ini yang dikatakan bertuah menjadi antara yang pertama diberi keistimewaan buat persembahan selepas Istana Budaya dibaik pulih. Jangan lupa beli tiket dan tontonlah di Istana Budaya dengan hati yang terbuka. Pementasan OLA BOLA THE MUSICAL bermula pada 8 Februari 2018.

Tiara Jacquelina (Director) and the leading cast of OlaBola The Musical

MALAM PERTAMA PEMENTASAN OLABOLA THE MUSICAL YANG LUAR BIASA DI ISTANA BUDAYA

Enfiniti, syarikat produksi hiburan terkemuka yang memenangi anugerah di Malaysia, mempersembahkan pementasan pertama OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan di dalam persembahan perdana di Istana Budaya yang baharu diubah suai pada Rabu lalu. Teater muzikal itu terbuka kepada orang ramai bermula Khamis, 8 Februari dan berlangsung sehingga 11 Mac 2018.

Tiara Jacquelina and the leading cast

OlaBola The Musical menjejak kisah “Tauke” Chow Kwok Keong iaitu Kapten pasukan yang bertekad untuk menerajui pasukan Harimau Malaya ke mercu Olimpik, dan sahabat baiknya, Rahman yang sangat peramah dan bercita-cita menjadi pengulas sukan. Muzikal ini juga memaparkan penjaga gol pasukan Muthu, bintang penyerang Ali dan barisan anggota pasukan lain yang pelbagai ragam, dengan audiens mengamati kisah impian pasukan muda ini dan cabaran yang mereka tempuh di dalam kejohanan Olimpik, di mana ketika itu negara yakin mampu mencapai impian besar.

Dipersembahkan semula di atas pentas oleh Tiara Jacquelina, menerusi lirik yang menusuk jiwa, koreografi yang menawan dan lakonan mantap, muzikal ini bermula dengan pemaparan individu pasukan Harimau Malaya yang terus berlatih dengan gigih walaupun gagal melayakkan diri ke Olimpik 1976 tetapi penceritaan perlahan-lahan mendedahkan cabaran yang setiap watak utamanya harus hadapi, daripada kapten pasukan, Chow Kwok Keong yang terpaksa membuat pilihan antara cintanya terhadap bola sepak dengan menyediakan nafkah untuk keluarganya.

Manakala bintang penyerang, Ahmad Ali secara mendadak menerima saingan dengan pengenalan penyerang kedua dalam pasukan. Dan dilema penjaga gol, Muthu yang bapanya sangat menentang anaknya bermain bola sepak dan mahu dia membantu keluarga. Ketegangan memuncak dalam setiap babak dan menyaksikan pasukan berpecah-belah dan tidak bersemangat. Namun, pasukan ini secara perlahan-lahan menginsafi kepentingan peranan setiap pemain dan menyedari pasukan itu berpeluang mencapai impian sama jika bersatu padu.

Coach Harry Mountain and the Harimau Malaya team

CIMB DENGAN BANGGANYA MEMPERSEMBAHKAN OLABOLA THE MUSICAL

Mohamed Adam Wee Abdullah, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan CIMB berkata, “CIMB dengan sukacitanya menjadi penaja persembahan bagi OlaBola The Musical dan kami sangat teruja ia kini dipersembahkan secara langsung di atas pentas. Sebagai bank peneraju universal ASEAN, kepelbagaian dan penyertaan adalah sebahagian daripada nilai teras CIMB, berperanan sebagai prinsip panduan di dalam operasi perniagaan kami, dasar-dasar manusia dan inisiatif CSR. Kami juga mengalu-alukan mesej penyepaduan OlaBola kepada rakyat Malaysia, terutama belia-belia kita untuk melihat melangkaui bangsa, agama, usia atau jantina, dan menerima kepelbagaian sebagai kekuatan kolektif Malaysia. Kami berharap rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi daripada musikal ini dan menyerap nilai-nilai yang disampaikan menerusi OlaBola”.

Altimet as Sergeant Ahmad

PASUKAN IMPIAN OLABOLA THE MUSICAL

Semangat esprit de corps barisan pelakon OlaBola The Musical diterjemahkan di dalam persembahan seumur hidup, menganjak audiens dari kerusi mereka di Istana Budaya ke dalam Stadium Merdeka pada 1980. Barisan pelakon berbakat telah bekerja bersungguh-sungguh sejak sembilan bulan lalu untuk memantapkan lakonan, nyanyian dan koreografi mereka di dalam mempersembahkan watak-watak lakonan mereka.

Barisan pelakon bintang termasuk Iedil Putra sebagai Rahman, Stephen Rahman-Hughes sebagai Coach Harry Mountain, Altimet sebagai Sergeant Ahmad, Melissa Ong sebagai Chow Mei Ling dan Douglas Lim sebagai Mr. Wong (pemilik Kopitiam). Watak utama Harimau Malaya merupakan pelakon teater terkenal, Brian Chan sebagai “Tauke” Chow Kwok Keong, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu dan Kai Chalmers sebagai Eric, dan juga Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen yang kembali memainkan watak mereka dari filem, masing-masingnya sebagai Ali dan Ah Cai .

Barisan pelakon turut menampilkan Emma Tosh, Fiza Thomas dan Nasz Sally serta krew “street dance” yang memenangi anugerah Giller Battle Crew terdiri daripada tiga adik-beradik B-boy dari Sabah – Khenobu, Weskarnain dan “Juicy” Mohd Yasin – dan penari hip-hop terkenal Budak Joget, dipimpin oleh Penolong Koreografer OlaBola The Musical, Fuzz Wayne.

Brian Chan as Chow Kwok Keong

KEBANGGAAN DAN KEBAHAGIAAN BAGI TIARA JACQUELINA

Tiara Jacquelina, aktres yang memenangi anugerah, produser dan “Chief Dream-Maker” Enfiniti Group dan Pengarah OlaBola The Musical berkata, “Saya memiliki skuad terdiri daripada bakat kreatif paling berdedikasi di negara ini bersama saya, menyokong saya dalam keseluruhan proses bermula dari penyediaan konsep hingga pengolahan skrip dan pementasan dan juga kepada meneliti butiran-butiran untuk saya bagi memastikan OlaBola akan menjadi pengalaman muzikal yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Saya bersama pasukan saya telah menempuh perjalanan yang dipenuhi dengan keringat, ranjau dan air mata sejak tahun lalu untuk mempersembahkan sebuah pementasan yang kami harap dapat diserapi oleh semua rakyat Malaysia dan mencetus inspirasi kepada mereka. Selepas malam ini, saya berharap kami mampu melonjakkan rasa bangga dan perpaduan dan paling penting, mengajak audiens supaya “believe again” pada diri mereka sendiri, negara ini dan di dalam apa sahaja yang kita secara kolektif mampu capai bersama.

Iedil Putra as Rahman and Brian chan as _Tauke_ Chow Kwok Keong

SEBUAH REMIX HIP HOP, BOLA SEPAK DAN TEATER

OlaBola The Musical adalah muzikal rap dan hip-hop pertama Malaysia yang memberikannya irama yang benar-benar segar dan membezakannya daripada produksi Malaysia yang lain. Di bawah arahan muzik Saiful Ridzuan a.k.a. Duan dari Seven Collared T-Shirt dan kolaborasi pertama kali antara rapper-penulis lirik Altimet dan, komposer dan penulis lirik Mia Palencia, pengkisahan OlaBola The Musical menerima suntikan hip hop, rock dan irama new age yang pasti disukai belia Malaysia hari ini. Muzik dan lirik ditetapkan untuk menepati setiap babak ketika ia berubah dari irama melodi pemerkasaan kepada pertempuran rap tegang dalam babak pertengkaran.

“Saya amat menyukai filem Ola Bola. Saya menontonnya dua kali dan memujinya semasa kali pertama menontonnya. Apabila Tiara menghubungi untuk memberikan peluang ini, saya terus menerimanya tanpa ragu-ragu. Ringkasnya, tiada lagi produksi negara ini mengetengahkan muzik rap dan hip hop seperti OlaBola The Musical. Ia telah memberi pengalaman yang cukup berharga untuk mendengar dan menonton lirik-lirik yang dipersembahkan secara langsung oleh kumpulan individu yang berbakat bagi menceritakan kisah ikonik ini. Kami berharap negara ini menyukai muzikal ini sebagaimana saya seronok menjadi sebahagian daripadanya,’’ kata legenda rap tempatan dan penulis lirik rap OlaBola The Musizal, Altimet.

Pementasan muzikal ini memerlukan koreografi yang kompleks daripada irama melodi kepada babak perlawanan bola sepak dan tiada siapa yang lebih arif membawa bahasa tarian dan pergerakan menjadi hidup berbanding koreografer yang memenangi pelbagai anugerah dan pelakon West End, Stephen Rahman-Hughes sebagai Koreografer Pergerakan Khas.

“Setelah bekerja dengan Tiara dan pasukan Enfiniti sebelum ini, saya tahu sejauh mana usaha dan kemahiran dicurahkan ke dalam setiap produksi mereka, jadi ia sentiasa menjadi kebanggaan untuk bekerja dengan mereka. Ia merupakan cabaran untuk memikirkan bagaimana kami hendak mencipta semula perlawanan bola sepak di atas pentas sehingga kami menyedari pergerakan slow-motion digabungkan dengan koreografi hip-hop sebagai penyelesaiannya. Sama seperti peranan saya sebagai Coach Harry, ia adalah tugas saya untuk mengajar barisan pelakon teknik dan kaedah yang betul. Saya sangat-sangat berbangga ia berjaya dilakukan dan kami pasti audiens akan terpesona dengan persembahan mantap ini,’’ kata Stephen Rahman-Hughes.

OlaBola The Musical_s cutting-edge visual effects

OlaBola The Musical juga memaparkan persembahan koreografi mengagumkan oleh Giller Battle Crew (juara 8TV Showdown 2012) dan kru tarian hip-hop yang memenangi anugerah antarabangsa, Budak Joget.

“Hip-hop telah menjadi cara kehidupan bagi saya dan untuk diberi peluang menjadi sebahagian daripada OlaBola The Musical adalah satu penghormatan. Ia adalah sesuatu yang begitu istimewa untuk berkolaborasi dengan Koreografer Adzwa, Pengarah Pergerakan dan menyasikan bakat paling kreatif di Malaysia membawa koreografi kami menjadi hidup. Keseluruhan pengalaman telah benar-benar memberi makna daripada melatih rakan-rakan pelakon dalam koreografi hip hop saya kepada mempelajari kemahiran berlakon dan bernyanyi,’’ kata Pembantu Koreografer, Muhammad Fazrin aka Fuzz Wayne.

Victorious Harimau Malaya

TEKNOLOGI MEMAINKAN PERANAN UTAMA

Dengan bantuan peneraju penyedia rangkaian data Malaysia, Celcom Axiata sebagai rakan digital rasmi OlaBola The Musicall, Enfiniti dapat mengguna pakai teknologi digital terkini bagi mewujudkan pengalaman benar-benar memukau.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata, “Kami berbangga menjadi rakan digital rasmi untuk pementasi OlaBola The Musical yang dinanti-nantikan ini. Kisah di dalam pementasan ini menggambarkan negara kita dan secara tepat menampilkan kesungguhan, keazaman dan kepelbagaian kita dalam usaha mencapai matlamat bersama. Di dalam wawasan kami menjadi jenama telekomunikasi peneraju di Malaysia, kami menyifatkan teknologi sebagai komponen utama perniagaan kami, dan kami mengiktiraf kepentingan memacu pendigitalan di dalam perkongsian dan inisiatif kami untuk Celcom dan Malaysia. Ia adalah sesuatu yang luar biasa menyaksikan syarikat hiburan terkemuka seperti Enfiniti yang tahu mengenai manfaat menggunakan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih emersif bagi audiens teater. Kami teruja menjadi sebahagian daripada kisah inspirasi Malaysia dan yakin negara akan turut sama terhibur dengan produksi ini apabila persembahan bermula pada 8 Februari.

OlaBola The Musical memukai audiens seperti mereka berada di dalam suasana Stadium Merdeka 1980 semasa perlawanan kelayakan Olimpik yang menarik, dikelilingi oleh 180 darjah kandungan visual yang disalurkan menerusi paparan LED yang besar, pemetaan lantai digital, visual animasi, pencahayaan terkini dan suasana stadium yang riuh-rendah di dalam bunyi sekeliling 360 darjah. Kebanyakan ilustrasi yang dipaparkan pada pelbagai layar adalah dilukis tangan secara grahic novel dan bukan menggunakan latar belakang gambar sebenar yang biasa diguna oleh kebanyakan produksi. Lukisan 2D dicipta bagi kesan simulasi dan model 3D digunakan untuk animasi realistik.

Danny Hoo, Penerbit Kesan Khas Visual OlaBola The Musical, telah berkhidmat dengan Enfiniti di dalam pelbagai projek sejak 12 tahun lepas. Beliau dikenali sebagai individu yang pertama memperkenalkan paparan visual pada musim kedua Puteri Gunung Ledang The Musical. “OlaBola The Musical adalah produksi teater muzikal pertama menggunakan teknologi canggih seumpamanya. Enfiniti telah melabur di dalam 13 projektor canggih yang memiliki pelbagai lumens (kecerahan) dan empat paparan besar, berukuran antara 12 meter hingga 15 meter dari segi saiz untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman penonton. Kami juga teah menggunakan beberapa pelayan media paling berkuasa oleh D3 Technologies dan kesan visal berkualiti tinggi untuk mengendalikan secara digital babak-babak berbeza dari Kopitiam hingga Stadium Merdeka,’’ kata Danny.

Astro merupakan Rakan Media Rasmi OlaBola The Musical. Lesen IP dimiliki oleh Penerbit Eksekutif Ola Bola, Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment untuk adaptasi muzikal OlaBola.

Tiara Jacquelina and the leading cast(1)

Henry Tan, Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro berkata, “OlaBola adalah cerita mengenai kita: sebuah negara, rakyatnya dan nilai-nilai yang dimilikinya. Ia adalah suatu peringatan bahawa kunci kepada kekuatan membangunkan negara terletak pada kerja berpasukan melangkaui pelbagai budaya. Astro juga bangga bekerjasama dengan rakan perniagaan yang berfikiran sama yang berkongsi nilai serupa dalam menyatupadukan rakyat Malaysia dan kami mengalu-alukan lebih banyak perkongsian seumpamanya.’’

Tiket-tiket bagi OlaBola The Musical berharga bermula daripada RM50 dan boleh diperoleh secara pembelian dari laman web. Berikut adalah promosi semasa:

1. Pemegang kad CIMB layak untuk membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 40%. Diskaun ini terpakai kepada 3000 tiket pertama yang dibeli. Promosi ini adalah berasaskan siapa cepat dia dapat.

2. Pelanggan Celcom layak untuk membeli semua kategori tiket pada harga diskaun 20%. Diskaun ini terpakai untuk 500 tiket pertama dibeli. Promosi ini adalah berasaskan siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut dan butiran penuh mengenai tiket, sila lawat laman web www.olabolamusical.com. Untuk perkembangan terkini, sila ikuti Facebook Enfiniti (https://www.facebook.com/EnfinitiMY/) dan Instagram (https://www.instagram.com/enfinitimy/).

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Muzikal OlaBola di Istana Budaya

Muzikal OlaBola adalah kisah yang berlatarkan tahun 1980 ketika waktu ekonomi bergelora, tentang sekumpulan pemain bola sepak yang menghadapi kekalahan memalukan kerana ketidaksefahaman. Isu peribadi membuat mereka lemah menghadapi tekanan manakala pasukan mereka mula retak.

Mereka hanya mempunyai satu peluang untuk mencapai kegemilangan antarabangsa, dan pasukan berbilang budaya ini perlu menyelami diri untuk mengatasi dugaan dan bersatu demi negara. Tapi tanpa mereka ketahui, ujian terbesar meraka bakal mendatang, satu ujian yang akan membina atau menghancurkan semangat juang mereka berserta harapan dan aspirasi negara.

[L-R] Lim Jian Wen, Luqman Hafidz, Iedil Putra, Brian Chan. Abimanyu Misilamani, Kai Chalmers

Satu pengajaran hebat dari masa lampau dan satu perutusan penuh harapan buat masa depan, OlaBola adalah sebuah kisah fiksyen berdasarkan peristiwa benar, yang menjemput kita untuk meraikan perbezaan dan bersatu sebagai sebuah negara dengan matlamat yang sama. Perjalanan kalah menjadi menang ini mengingatkan kita bahawa terdapat keindahan dalam kepelbagaian dan kekuatan dalam perpaduan. Kita mungkin akan mendapat ilham untuk terus bertahan dan berjuang demi impian di dalam negara kita yang cukup permai, Malaysia.

Muzikal OlaBola akan dipersembahkan dalam bentuk rap dan hip-hop, dengan kerjasama kali pertama antara komposer dan penulis lirik Mia Palencia bersama penyanyi rap dan penulis lirik, Altimet, dua artis besar yang banyak memenangi anugerah dalam bidang masing-masing.

Saksikan penampilan julung kalinya Tiara Jacquelina sebagai Pengarah dalam Muzikal OlaBola. Produksi Tiara terkenal kerana menetapkan tanda aras baharu dan meningkatkan tahap industri teater tempatan, namun antara cabaran paling hebat buat beliau adalah untuk mencipta dan mengolah semula pengalaman ketika di stadium bola sepak yang dipenuhi 50,000 untuk dibawa ke atas pentas.

Mari saksikan salah satu kisah paling berinspirasi, dipersembahkan dalam pengalaman menarik, penuh tenaga dan dinamik di Istana Budaya pada Februari 2018!

Komen via Facebook

Komen

Pementasan MAK YONG TITIS SAKTI Karya William Shakespeare di KLpac

Buat pertama kalinya The Actors Studio, Seni Teater Rakyat akan membawa kemunculan semula pementasan Mak Yong Titis Sakti yang bakal berlangsung pada 27 Januari hingga 4 Febuari 2018, bertempat di Pentas Seni, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (Klpac).

Ketika dipentaskan pada tahun 2009, tiada siapa membayangkan bagaimana dua dunia dengan era yang berbeza disatukan dengan begitu indah sekali. Pementasan Mak Yong ini berdasarkan karya komedi romantis William Shakespeare, dengan naskhahnya A Midsummer Night’s Dream arahan Norzizi Zulkifli.

Mak Yong Titis Sakti

MAK YONG TERUS BERNYAWA

Sejak itu, pementasan Mak Yong Titis Sakti telah melangkah lebih jauh. Mak Yong Titis Sakti ini adalah satu-satunya karya dari Malaysia yang tersenarai dalam himpunan arkib Shakespeare yang berpusat di Singapura (Asian Shakespeare Intercultural Archive – A-S-I-A). Mak Yong Titis Sakti juga telah mendapat perhatian di Universiti Nasional Singapura di mana muncul sebagai salah satu silibus kuliah Intercultural Theatre di universiti tersebut, serta banyak diperbincangkan dalam penerbitan jurnal akademik Routledge Teater Asia.

Norzizi kemudiannya mengarahkan teater Medea (2010) dan Usikan Rebab (2012) serta memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian 2013. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke University of Wollongong, Australia pada 2012 selepas tamat pengajian sarjana MFA dalam bidang pengarahan teater dari Universiti Middlesex, London.

Mak Yong Titis Sakti

Nantikan kepulangan Mak Yong Titis Sakti

Sekembalinya beliau ke tanah air dengan segulung ijazah kedoktoran, Norzizi bersedia untuk terus membuat eksplorasi dengan percubaan berani beliau. Pada awal 2017, Norzizi telah mengarahkan teater Throne of Thorns yang melibatkan pelakon dari Australia mempersembahkan teater kontemporari intercultural yang mengadunkan teknik persembahan dari teater tradisional Melayu dengan naskhah Shakespeare, The Tempest. Kini, Norzizi bersedia untuk meninjau kembali karyanya pada 2009, Mak Yong Titis Sakti dan beliau tetap mendapat sokongan kuat daripada kesemua ahlinya yang terdiri daripada Pereka Tari Zamzuriah Zahari, Pengarah Muzik Kamrul Hussin, Pereka Set Bayu Utomo Radjikin dan Pereka Kostum Nur Afifi Mohamed Taib.

Barisan pelakon asal Mak Yong Titis Sakti yang bakal beraksi termasuklah Zamzuriah Zahari, Asrulfaizal Kamaruzaman, Rosdeen Suboh, Shahanaros Shahruddin, Elza Irdalynna, Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem) serta Siti Farrah Abdullah. Turut menjayakan beberapa pelakon baru termasuk pelakon terkenal Mardiana Alwi, Ezdianie Hayatie Omar, Safia Hanifah, Putri Hanan Shahidah serta lima penari dan dua belas pemuzik dan vokalis.

Berlatar belakangkan suasana mistik hutan yang dihuni pari-pari dan makhluk dari kayangan, Mak Yong Titis Sakti menceritakan kisah tentang tiga jenis cinta iaitu cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tak berbalas. Keasyikan ini di sulami dengan dendangan muzik, tarian serta elemen komedi di dalamnya, sudah pasti menghiburkan, apatah bagi mereka yang tidak pernah mengenal Mak Yong.

Kita tidak selalu berpeluang menonton persembahan tradisional yang tertua dan yang hampir pupus. Teater tradisional Mak Yong juga telah diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun 2005. Maka kerana itu, Mak Yong Titis Sakti haruslah di tonton apatah lagi ianya adalah persembahan pembuka tirai acara sambutan ulang tahun The Actors Studio yang ke-30 pada 2019 nanti.

Mak Yong Titis Sakti

Mak Yong Titis Sakti

Mak Yong Titis Sakti

Tajuk
Mak Yong Titis Sakti

Persembahan
The Actors Studio Seni Teater Rakyat

Sinopsis Mak Yong Titis Sakti

Apakah yang terjadi apabila sebuah karya klasik yang ditulis oleh dramawan Inggeris, diceritakan semula dalam bentuk seni teater tradisional tertua dari Malaysia?

The Actors Studio Seni, Teater Rakyat akan membawakan semula pementasan Mak Yong Titis Sakti, berdasarkan karya Shakespeare’s A Midsummer Night’s Dream di bawah arahan Norzizi Zulkifli.

Dengan berlatar belakangkan mistik hutan yang mempesona, kisah Mak Yong Titis Sakti berlegar antara tiga jenis cinta – cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tak berbalas. Di tambah pula nyanyian dan tarian serta elemen komedi, sudah pastinya menghiburkan apatah bagi mereka yang tidak pernah mengenal Mak Yong.

(persembahan dalam versi bahasa Malaysia dengan sarikata adegan-demi-adegan dalam bahasa Inggeris)

Kumpulan Kreatif
Penerbit Eksekutif: Dato’ Faridah Merican Pengarah Artistic: Joe Hasham OAM Pengarah: Norzizi Zulkifli
Pereka Tari: Zamzuriah Zahari
Pengarah Muzik: Kamrul Hussin
Pereka Set : Bayu Utomo Radjikin
Pereka Kostum: Nur Afifi Mohamed Taib

Pelakon
Mardiana Alwi (Raja Besar / Pak Yong Tua)
Ezdianie Hayatie Omar (Puteri Indah Permata / Mak Yong)
Zamzuriah Zahari (Raja Dewa Kayangan / Pak Yong Muda)
Asrulfaizal Kamaruzaman (Peran Tua)
Rosdeen Suboh (Peran Muda)
Shahanaros Shahruddin (Cempaka Sari)
Safia Hanifah (Iskandar Muda)
Putri Hanan Shahidah (Seri Laksana)
Elza Irdalynna (Indera Putera)
Mohd Kamarulzaman Taib aka Che Kem (Memanda Bijaksana)
Siti Farrah Abdullah (Bunga Kasih Sakti)

Tarikh/Masa
27 Jan, 1 – 3 Feb 2018 @ 8.30pm 28 Jan, 4 Feb @ 3pm

Tempat
Pentas 1, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) Sentul Park, Jalan Strachan

Off Jalan Sultan Azlan Shah 51100 Kuala Lumpur

Tiket
RM80 / RM60 / RM40 (concession)

Box Office
Call 03 4047 9000 (klpac) or 03 7880 7999 (Ticket Pro) Walk in to klpac box office or any Ticket Pro outlets Buy online via www.ticketpro.com.my

Laman Sesawang
www.klpac.org

Mak Yong Titis Sakti

Mak Yong Titis Sakti

Mak Yong Titis Sakti

Mak Yong Titis Sakti

Komen via Facebook

Komen

Ada Sebab Izreen Azminda Tarik Diri Dalam Teater Kontena 404

TEATER Kontena 404 telah dipentaskan semalam, namun salah seorang daripada pelakonnya telah menarik diri daripada terlibat dalam teater tersebut.

Izreen Azminda telah membuat keputusan itu pada sekitar empat hari lepas kerana berasa terkilan dengan sikap pihak produksi DBI Entertainment yang dianggap bersikap tidak acuh.

Berita penarikan diri itu telah dikhabarkan menerusi akaun Instagram miliknya.

Ibu kepada seorang anak itu yang juga merupakan duta artis barangan penjagaan diri di bawah kumpulan syarikat DBI.

Katanya, pihak berkenaan terbabit telah berjanji untuk menjelaskan bayaran kepadanya sebagai duta produk sebelum memulakan latihan teater tersebut, tetapi sehingga kini semuanya hanya tinggal janji palsu.

“Bagi teater ini, saya tidak kisah apabila mereka menawarkan saya bayaran rendah, dengan syarat DBI perlu menjelaskan bayaran saya sebagai wakil produk syarikat itu.

“Pada mulanya, mereka berjanji akan menyelesaikan bayaran saya sebagai duta produk sebelum 15 Oktober, tetapi sehingga ke hari ini ia hanya janji kosong,” katanya dipetik daripada BH Online.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga mendakwa pekerja syarikat terbabit tidak memiliki etika dalam pekerjaan serta mempunyai masalah dalam berkomunikasi.

Walaupun dia sendiri memahami mengenai isu penangkapan Datuk Boy Iman baru-baru ini, tetapi sebagai rakan artis yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan pihak tersebut, dia sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua perkara yang berlaku.

Namun, bagi pelakon drama Tukar-Tukar Menu itu, dia terpaksa menarik diri daripada teater tersebut kerana kecewa dengan janji palsu yang ditawarkan serta sikap pekerja yang tidak beradab itu.

“Pekerja syarikat itu langsung tiada adab ketika bercakap. Kalau mereka cakap elok-elok dan jelas, saya masih lagi boleh ‘beri muka’. Tetapi cara mereka langsung tidak menghormati saya,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, wakil DBI pula enggan memberi ulasan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan oleh Izreen malah mereka mengesahkan hanya mengenai penarikan diri pelakon etrsebut.

Teater Kontena 404 telah dipentaskan bermula semalam hingga Ahad ini di Lambang Sari, Istana Budaya.

Antara pelakon lain yang turut digandingkan ialah Miera Leyana, Adam Shahz, Tauke Jambu, Rani Kulup dan Adam AF serta teater ini telah diarahkan oleh Raja Azrey.

Sumber: BH Online

Komen via Facebook

Komen

SPRM Terbitkan Teater Bahara Emas

Dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan menganjurkan pementasan teater berjudul Bahara Emas pada 19 – 22 Oktober 2017 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Program ini diadakan sempena Sambutan 50 Tahun SPRM yang berlangsung dari Oktober hingga Disember ini di seluruh negara.

Ia dianjurkan dengan kerjasama CTRA Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

A (Group) DSC_9098

Antara pelakon yang terlibat ialah Farahdhiya Amir, Izzue Islam, Eyzendy Aziz, Esma Daniel, Amar Asyraf, Datuk Jalaluddin Hassan, Mardiana Alwi, Kumpulan Forteen, Mubarak Majid, Syed Atiq Wan Long, Rasdi Daud, Amran Nasrudin, Zera Hariz, Sera Kamal, Shahrul Mizad Ashari dan 40 pelakon lain.

Bahara Emas ditulis dan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir manakala Pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

TUJUAN PEMENTASAN

• Pementasan teater ini diadakan sebagai salah satu program sempena Sambutan Ulangtahun ke-50 SPRM.

• Melalui pementasan teater ini memberi peluang kepada SPRM mendekatkan diri dengan masyarakat melalui kaedah SENI. Ia adalah cara baru yang belum pernah dilakukan oleh SPRM sebelum ini.

• Skrip Bahara Emas mengetengahkan tentang bahaya rasuah yang mana ia boleh meruntuhkan sebuah negara hebat seperti Kesultanan Melayu Melaka. Ia harus dijadikan pengajaran kepada rakyat negara ini.

SINOPSIS BAHARA EMAS

Si Kitol berhutang sekati emas dengan orang kaya Raja Mendeliar dan sukar untuk membayar semula. Kekayaan Raja Mendeliar hanya kurang sebahara emas daripada kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, (satu bahara adalah 205 kati). Raja Mendeliar adalah orang yang sangat rapat dengan Laksamana Khoja Hassan. Manakala Laksamana Khoja Hassan pula rapat dan amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Syah. Adapun Sultan Mahmud Syah sedang berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja kerana tidak menunjukkan anak perempuan Bendahara, Tun Fatimah kepada baginda sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.

Pada masa yang sama rombongan Portugis yang diketuai oleh De Sequeira berada di Melaka. De Sequeire minta bantuan Bendahara mendapatkan izin berniaga di Melaka dan sebagai tanda persahabatan Bendahara telah dihadiahkan dengan seutas kalong emas. Manakala Raja Mendeliar juga memdapat emas daripada De Sequeira apabila mengatakan dialah yang menyebabkan Sultan memberi izin Portugis berniaga di Melaka. Situasi ini memberi jalan kepada Si Kitul mengambil kesempatan menyelamatkan diri dari hutang.

Satu hari, Kitul telah mengkhabarkan kepada Raja Mendeliar tentang kedai Nina Sura Dewana tidak dirobohkan oleh Laksamana Khoja Hassan sedangkan kedai Mutu dirobohkan. Berlaku salah faham dan dakwa-dakwi antara keduanya lalu pergi berjumpa dengan Bendahara untuk menyelesaikan perbalahan. Oleh kerana hari sudah Maghrib, Bendahara meminta mereka bertemu semula pada keesokan hari.

Pada malam itu, Nina Sura Dewana telah datang semula ke rumah Bendahara dengan membawa sejumlah emas dengan harapan keesokan harinya Bendahara Seri Maharaja akan menyebelahinya. Kata Nina Sura Dewana, pemberian itu sebagai penghargaan kepada orang yang berurusan perniagaan dengan beliau. Tanpa berfikir panjang lagi Bendahara pun menerima pemberian daripada Nina Sura Dewana. Urusan ini telah diintip oleh Si Kitul lalu memberitahu Raja Mendeliar.

Raja Mendeliar merasakan Si Kitul telah membantu menyelamatkan kedudukannya lalu hutang Si Kitul dihalalkan serta dengan segera mengambil sejumlah emasnya lalu pergi pula ke rumah Laksamana Khoja Hassan. Raja Mendeliar memberitahu Laksamana Khoja Hassan bahawa Bendahara sedang merancang untuk menjadi raja di Melaka dan telah menempah beberapa alat kebesaran daripada emas. Gelap mata oleh harta yang dihulur, Laksamana Khoja Hassan pun segera mengadap Sultan Mahmud lalu menyampaikan berita tersebut.

Tindakan Laksamana Khoja Hassan sebenarnya tak ubah bagai mencurah minyak ke dalam api. Sultan Mahmud dengan tanpa usul periksa telah menitahkan supaya Bendahara Seri Maharaja dan seluruh keluarganya dihukum bunuh. Tun Fatimah dan Tun Busu dapat diselamatkan oleh Tengku Zainal. Tun Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Sultan setelah dipujuk oleh Tun Busu sebagai satu cara untuk menuntut bela.

Akhirnya dengan bantuan Raja Ahmad anakanda Sultan sendiri, angkara Si Kitul dan Raja Mendeliar terbongkar. Mereka serta keluarga dihukum bunuh dengan mayat serta tapak rumahnya dibuang ke laut. Laksamana Khoja Hassan dilucutkan jawatan dan dibuang negeri.

WATAK / PELAKON

1. Sultan – Esma Daniel
2. Bendahara – Datuk Jalaluddin Hassan
3. Tun Fatimah – Farahdhiya Amir
4. Tun Busu – Izzue Islam
5. Tun Hassan – Amar Asyraf
6. Raja Mendeliar – Eyzendy Aziz
7. Kitul – Syed Atiq Wan Long
8. Tun Ali – Shahrul Mizad Ashari
9. Tun Sura – Rasdi Daud
10. Nakhoda Lopez – Mubarak Majid
11. Lela – Sera Kamal
12. Anum – Mardiana Alwi
13. Sari – Norzizi Zulkifli
14. Tengku Zainal – One (Forteen)
15. Suzer – Ameer (Forteen)
16. Raja Ahmad – Ariz (Forteen)
17. Seri Nara – Amran Nasrudin

Komen via Facebook

Komen

Teater Ola Bola Musical Bakal Dipersembahkan di Istana Budaya

Teater Ola Bola Musical bakal dipersembahkan di Istana Budaya pada bulan Februari 2018. Pengumuman ini dibuat oleh orang kuat dari Enfiniti iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina sendiri di satu sidang media petang ini di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.

Projek teater ini mendapat kerjasama dari Astro di mana teater ini diadaptasi dari sebuah filem yang mendapat perhatian ramai pada tahun lepas.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });