Program Percutian Keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam CTDK-ation

MENIMANG cahaya mata sulung, sudah pasti membuatkan setiap pasangan suami isteri berasa gembira dan teruja.

Pelbagai cara diguna pakaikan oleh ibu bapa baru ini, sama ada melalui album gambar mahupun akaun media sosial khas untuk dokumentasikan proses pembesaran anak-anak mereka.

CTDK-ation

Tetapi jika anda dari kalangan selebriti, tawaran untuk tampil dengan program jurnal yang menunjukkan perkembangan diri bersama bayi semasa proses kehamilan sehingga fasa berpantang sudah pasti tidak akan ditolak,kan!

Namun buat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kelainan yang ditonjolkan adalah melalui fortenya iaitu nyanyian.

Akui penyanyi Cahaya Cinta ini, Siti sudah mempunyai tiga melodi untuk dijadikan lagu istimewa buat anak sulungnya itu.

Khabarnya lagu tersebut sebagai hadiah istimewa buat cahaya matanya nanti.

“Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir.

“Idea datang ketika dalam bilik air di mana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar,” katanya dipetik mStar Online.

CTDK-ation

Walaupun sudah mempunyai tiga melodi, penyanyi berusia 38 tahun ini masih belum mempunyai lirik dan tajuk untuk lagu tersebut.

Menurut Siti, tajuk lagu tersebut akan diberikan selepas liriknya nanti siap.

Tambah Siti lagi, dia kini sedang menunggu kebenaran daripada suaminya, Datuk Seri Khalid untuk berkongsikan tentang jantina anaknya itu kepada umum.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru saya kongsikan dengan peminat,” katanya lagi.

Mengenai pemilihan nama anaknya pula, Siti menyatakan nama Siti akan diletakkan di depan nama sekiranya anak yang dikandungnya perempuan dan permulaan pangkal huruf A jika anaknya lelaki.

Dengar-dengarnya, Siti kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuka akaun Instagram buat anaknya itu.

Siti yang kini hamil enam bulan dijangkakan akan melahirkan zuriat sulungnya itu pada Mac 2018.

Dalam pada itu, penyanyi ini akan muncul dengan program percutian keluarga menerusi CTDK-ation yang akan disiarkan bermula 29 Disember ini di saluran Astro Ria.

Komen via Facebook

Komen

Siti Nurhaliza Terus Berteka Teki Tentang Jantina Anak dalam Kandungan

PERNAH memberi bayangan bakal menimang bayi perempuan, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagaimanapun mengambil pendekatan untuk terus berteka-teki.

Tambahan pula, katanya, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tidak selesa untuk berkongsi soal tersebut kepada umum.

“Nantilah, kena tunggu masa dulu. Lagipun, suami tak berapa gemar sangat nak berkongsi sebab ia masih dalam perut dan belum cukup sifat lagi. Jadi, saya kena akur,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di program larian amal, Jakel Charity Run for Rohingya, hari ini.

Siti nurhaliza

Sebelum ini, pelantun lagu Segala Perasaan ini memuat naik video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya menerusi akaun Instagramnya (IG), baru-baru ini.

Bagaimanapun, video itu didapati sudah dipadamkan daripada akaunnya, tidak lama selepas itu.

“Tak ada apalah, semua itu sebab saya rasa seronok. Saya bukan nak berahsia sangat tapi nantilah. Bila tiba masa, baby boy atau girl, pasti akan tahu juga nanti,” katanya.

Mencecah enam bulan usia kehamilannya, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui tahap kesihatannya semakin baik.

Bahkan, katanya, doktor turut menasihatkan untuk terus bergiat aktif.

“Alhamdulillah, saya dah semakin OK. Sebab itu, saya join larian amal ini sebagai satu tanda sokongan buat rakyat Rohingya yang sangat memerlukan. Lagipun, berjalan saja bukan berlari (ketawa),” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Terbaik Bagimu ini juga bersyukur apabila alahan yang dialami semakin berkurangan.

“Alahan itu masih ada, tapi dah berkurang sikit, cuma ia tak tentu dan bergantung pada mood. Tapi, saya masih tak boleh makan makanan pedas sedangkan itu kegemaran saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Komen via Facebook

Komen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza ternyata begitu teruja menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku pada dirinya.

Penyanyi nombor satu negara ini juga seperti ibu-ibu lain, mengalami alahan dan perubahan diri semasa hamil. Oleh itu, Siti telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi entri Instagram:

Dato' Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

“Alhamdulillah. Pengalaman mengandung adalah sesuatu yang sangat indah dan mencabar bagi Siti. Siti alami alahan kulit, heartburn, tak selera makan, sakit pinggang, penat, panas badan dan lain-lain,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sudah tentu pengalaman ini menjadi kenangan termanis buat penyanyi itu. Masakan tidak, setelah 11 tahun menunggu untuk mengandung, pasti Siti sangat menghargai setiap detik pahit manis semasa dalam proses kehamilan ini.

Dalam pada itu, Siti tetap bersyukur diberi rezeki untuk merasai pengalaman yang berharga itu. Dalam posting tersebut, Siti turut mengenangkan jasa ibunya yang tidak mampu dibalas kerana telah mengharungi alahan yang sama semata untuk melahirkan mereka adik-beradik.

“Betapa besarnya pengorbanan mak Siti dulu ya. tapi Siti tabik bila mak alami semua cabaran ini tapi masih mampu melahirkan kami lapan beradik,” tulisnya lagi.

Menurut kapsyen yang ditulisnya, jelas sekali suaminya, Datuk Khalid sangat menjaga dan mengambil berat tambah-tambah lagi apabila Siti sekarang sedang berbadan dua.

“Sekarang usia kandungan Siti hampir lima bulan. Terima kasih suami yang sentiasa memahami kerenah isterinya.

“Cuma pesan dia ‘janganlah muka asyik berkerut, nanti baby pun berkerut. Senyum sikit’.. Hahahaha..,” tambahnya lagi.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun yang lalu, namun baru kini diberi rezeki untuk Siti mengandung.

Semoga Siti dan kandungannya berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Tak sabar nak lihat anak sulung Siti nanti, mesti comel seperti ibunya!

Dato' Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua

Komen via Facebook

Komen

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

SEJAK 13 Oktober lalu, penyanyi Nombor 1 Malaysia ini tidak henti-henti telah menerima ucapan tahniah daripada ramai peminatnya.

Kandungan yang kini berusia empat bulan itu telah membuatkan Datuk Siti Nurhaliza tak sabar untuk berkongsi dengan pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata mengenai rawatan yang diterimanya.

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

Terbaharu, kakak ipar merangkap pengurus Siti, iaitu Rozi Abdul Razak telah berkongsikan detik pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh Siti sepanjang perkahwinanya bersama dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 11 tahun lalu.

“Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan alami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan.

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

“Mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum. Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya.

“Malah beliau aktif beriadah, senaman dan jaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan bertambah,” katanya di caption posting tersebut.

Rozi juga sering kali memberitahu bahawa Siti dan Datuk K tak pernah berhenti mencuba untuk mendapatkan zuriat walaupun ada banyak mulut yang mengatakan kononnya mereka tidak mahu berusaha.

Siti juga sanggup menolak banyak undangan nyanyian di konsert besar kerana mahu memberi fokus kepada rawatan yang dijalankan.

Jadi sebab itulah kita selalu tengok perubahan pada tubuh badannya. Mungkin kerana tak sanggup untuk menolak undangan, sehingga membuatkan Siti mengambil keputusan untuk menangguh rawatan.

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

“Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak atur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.

“Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahaya mata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan.

“Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita yang belum dikurniakan cahaya mata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya,” kata Rozi lagi.

Benar lah, sungguh besar pengorbanan Siti sebenarnya. Selama 11 tahun dia melakukan rawatan dan akhirnya tahun ini usahanya diperkenankan oleh-Nya.

Jadi, pada mana-mana netizen yang kata kononnya Siti dan Datuk K tak usaha untuk mendapatkan zuriat, anda salah! Kita tak tahu apa yang mereka dah usahakan dan tak perlu untuk kita mempertikaikan usaha itu.

Mudah-mudahan Siti dan bayinya sentiasa dalam keadaan yang sihat. Ramai juga yang tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang dinantikan selama 11 tahun tu.

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

Rozi Dedah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun

Komen via Facebook

Komen

Penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza Umum Hamil Anak Sulung 4 Bulan

Tahniah Dato’ Siti, Seluruh Sitizoners mengucapkan syukur pada malam ni. Semoga kandungan sihat dan dikurniakan anak yang soleh solehah. Amin. PENYANYI tersohor Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Ini antara kenyataan beliau kepada media:

Pertamanya, Setelah Melalui Fasa Dan Tempoh Tertentu, Saya Dan Suami Mencapai Kata Sepakat Untuk Mengumumkan Kepada Anda Semua Bahawa Saya Sedang Hamil Empat Bulan.

Alhamdulillah, Tiada Kata Yang Dapat Menggambarkan Rasa Syukur Dan Gembiranya Kerana Allah Memberikan Kurniaan Yang Terlalu Agung Ini Selepas 11 Tahun Kami Bersabar. Inilah Juga Menjadi Sebab Utama Kenapa Saya Memilih Untuk Berehat Kerana Kandungan Dan Bayi Ini Menjadi Keutamaan Saya.

2. Tujuan Saya Membuat Pengumuman Dan Penjelasan Ini Juga Adalah Supaya Pihak Yang Berurusan Dengan Pengurusan Saya, Snp Memahami Keadaan Saya Yang  Tidak Dapat Memenuhi Sebarang Undangan Sejak Beberapa Bulan Lalu Dan Juga Untuk Suatu Tempoh Pada Masa Depan. Suka Untuk Saya Kongsi Rasa Syukur Dan Gembira Kerana Saya Masih Diberi Menerima Undangan Untuk Mengadakan Konsert, Persembahan, Kemunculan Di Televisyen Dan Radio Serta Menjadi Jurucakap Kepada Pelbagai Produk. Sayang Sekali, Kebanyakannya Tidak Dapat Saya Penuhi. Bagaimanapun, Saya Juga Harus Melunaskan Beberapa Tugasan Juga Selepas Ini Yang  Bersesuaian Dengan Keadaan Saya.

3. Semoga Dengan Penjelasan Saya Ini, Segala Tanda Tanya Dan Desas Desus Selama Ini, Telah Terjawab Kerana Saya Memutuskan Untuk Berehat Disebabkan Oleh Kehamilan Sulung Ini.

Penyanyi Dato' Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan Siti yang ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran di kediamannya di Ampang, malam tadi berkata, dia bersyukur disahkan hamil selepas mengalami keguguran dua tahun lalu. “Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. “Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama. Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. “Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula,” katanya. Siti juga mengakui dia melakukan rawatan kesuburan di pusat perubatan di Petaling Jaya. “Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. “Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik,” katanya. Siti juga mahu semua pihak yang berurusan dengan pihak syarikatnya faham akan situasi yang dilalui kini. “Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. “Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. “Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar,” katanya. Sumber Harian Metro

Komen via Facebook

Komen

Dato’ Siti Nurhaliza Penuhi Impian Jadi Wirawati dalam Muzik Video SEGALA PERASAAN

Kalau ditanya kepada penyanyi nombor satu negara sebelum ini, Dato’ Siti Nurhaliza apa lagi yang belum dia buat dan dia ingin capai. Pasti jawapannya, beliau pernah mengatakan kepada media yang dia mahu menjadi seorang wirawati. Tapi sekarang, impiannya itu sudah pun tercapai apabila beliau berlakon menjadi seorang heroin dalam muzik video terbaru untuk single SEGALA PERASAAN.

Tonton muzik video ini…

Muzik video ini menampilkan produk minuman berjenama i-mizu sebagai penaja utama.

Muzik video ini memperlihatkan satu pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dengan sinematografi yang cukup indah.

Walaupun lagu SEGALA PERASAAN merupakan sebuah lagu cinta, namun Dato’ Siti Nurhaliza mempertejemahkan lagu ini dari sisi yang berbeza yang lebih universal dan global.

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza di atas pelancaran muzik video ini.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Persembahan SEGALA PERASAAN Dato’ Siti Nurhaliza di ABPBH30 Mendapat Kritikan

“Alamak! Kenapa Dato’ Siti nyanyi macam tu?”

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut saya ketika mendengar persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menyanyikan lagu SEGALA PERASAAN buat pertama kali secara langsung di Anugerah Bintang Popular 3.0 semalam. Yea, ternyata lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan.

Kalau kita dengar, lagu ni nampak mudah untuk dinyanyikan. Ada bahagian lagu ini notanya terlalu tinggi dan menggunakan kemahiran vokal yang bukan sikit. Apatah lagi apabila penyanyi lagu ini sendiri mengaku melakukan kesilapan ketika mendendangkan single ini semalam.

Kebiasaannya, jarang sekali persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menerima komen negatif. Selesai sahaja acara semalam, Budiey ada baca banyak sekali komen. Ada yang positif dan tak kurang ada banyak juga la yang negatifnya. Biasalah, kadang-kadang kita kena akui tak semua persemhahan nak sempurna dan perfect je. Kita hanya manusia biasa. Betul tak?

Apa-apa pun, Budiey respek dengan respon dari Dato’ Siti Nurhaliza yang begitu positif dan sikit pun tak melatah apabila dikritik.

Budiey tertarik untuk baca ulasan dari peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang telah mengulas dengan panjang lebar, apa yang berlaku semalam.

Jom kita baca ulasan dari Azwan Hashim, wartawan dari Sitizoners.

Terbukti persembahan Dato’ Siti Nurhaliza (DCT) semalam di pentas #ABPBH30 memberi impak positif! Lagu ‘Segala Perasaan” berjaya dipromosikan dengan efektif menerusi sebuah rancangan anugerah yang pastinya mendapat rating tertinggi.

Khalayak buat pertama kalinya menonton secara langsung persembahan lagu yang dipilih sebagai single pertama album #SimetriSiti. Melalui medium promosi sebegini, kemunculan album terbaru DCT dapat diketahui dan disedari lebih ramai orang.

Keputusan DCT bersama pihak pengurusannya SNP untuk terlibat sama dalam menjayakan persembahan di ABPBH30 semalam merupakan tindakan yang bijak. Biarpun pengumuman beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah, kemunculan DCT tetap menjadi perhatian dan tarikan utama.

Begitulah hebat dan besar pengaruhnya populariti DCT sehinggakan ada peminat dari Singapura yang sanggup membeli tiket ABPBH semata-mata untuk menonton persembahan walaupun satu lagu sahaja daripada DCT!

Kemunculan DCT dengan busana bewarna biru rekaan Qudyn Aziz dan disolek cantik oleh Nurul Shukor menyerlahkan lagi penampilan DCT. Bersesuaian dengan tema ABPBH30, Qudyn tampil memberi kelainan dengan kreativitinya tersendiri. Paling menarik, lampu-lampu menghiasi busana biru itu kelihatan bercahaya ketika waktu gelap.

Seperti biasa, DCT sentiasa tampil memberi persembahan terbaik dan memukau para penonton yang berada di dalam PICC dan mereka yang menonton di televisyen atau pun secara online. Munculnya DCT di atas pentas, terdengarlah sorakan peminat menyebut namanya. Paling bersemangat tentulah Sitizoners kan!

Saya sendiri yang berada di dalam dewan PICC berasa teruja untuk merakamkan persembahan DCT. Nasiblah sempat merakam hampir ke hujung lagu menerusi telefon bimbit sebelum memori penuh! Hahaha..

Bercerita tentang persembahan DCT, impaknya saya kira luar biasa! Kerana apa? Kerana persembahan ‘Segala Perasaan’ DCT menjadi bualan hangat terutama di laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kelainan cara penyampaian dan nyanyian DCT telah menjadi satu topik perbincangan dan perdebatan di kalangan netizen! Dasyat sungguh kan?

Macam-macam komen yang boleh dibaca. Ada komen positif, ada juga komen negatif. Biasalah, nitizen kan suka menjadi ‘hakim’ dan pengkritik tak bergaji di laman sosial. Masing-masing mahu mengkritik sedangkan kritikan yang ditulis tidak berasas.

DCT menerusi laman instagramnya hari ini mengatakan bahawa beliau tersilap sikit teran semasa menyanyikan lagu Segala Perasaan semalam. Atas sebab itulah nyanyiannya kelihatan berbeza dan tidak serupa seperti lagu di dalam album.

Dengan pengalaman lebih 21 tahun di arena seni, DCT tidak mudah melatah dengan segala kritikan negatif, sebaliknya beliau masih merendah diri dan menerima kritikan secara tenang dan terbuka. Buktinya komen DCT yang dicoretkan bersama SitiZoners berhubung isu ini :

“Kakiti ok je terima komen. ..selalu nyanyi perfect, sekali sekala ada ketika juga kita tak perfect…apa pun happy dapat perform lagu baru lagi.. bukan senang tau! Selalu orang dah biasa lagu yang dah popular…Doakan lagu-lagu dari album SimetriSiti akan hits agar peminat & penonton boleh nyanyi bersama dalam show seterusnya… “

Kalian nilaikan coretan tersebut. Itulah kata-kata penyanyi nombor satu Malaysia yang telah berjaya memenangi beratus-ratus anugerah dan kejayaan sehingga di peringkat luar negara.

Semoga album SimetriSiti akan terus laris di pasaran setelah promosi yang hebat semalam di ABPBH. Kami SitiZoners juga mendoakan album terbaru ini akan berjaya di AIM dan pelbagai anugerah lain. Aamiin.

Tahniah Kekandaku tersayang! Kakiti tetap yang terbaik!
Azwan Hashim,
Peminat setia Kekanda
#SitiZoners

Komen via Facebook

Komen