Sinopsis Drama RAISHA Lakonan Diana Danielle & Hafidz Roshdi

Kos kehidupan yang tinggi sering dikaitkan sebagai antara faktor jenayah bertambah dalam kalangan masyarakat. Segelintir masyarakat pula mengambil jalan pintas dengan menjual diri mereka demi meraih keuntungan dan kemewahan. Beban kehidupan ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat, termasuk selebriti terkenal Diana Danielle dan Aishah Azman. Menurut sumber yang dipercayai, mereka telah di tangkap oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia tempoh hari. Apakah khabar Diana Danielle dan Aishah Azman kini? Ikuti kisah mereka dalam drama bersiri Raisha dalam Slot Lestary, TV3.

Drama RAISHA

Sinopsis Drama RAISHA Lakonan Diana Danielle & Hafidz Roshdi

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Tunku Hanis, dan Taib Zamannuri, drama 13 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Nizam Zakaria.

Menurut Pengarah Drama Raisha, saudara Nizam Zakaria, “Drama Raisha ini menekankan nilai kekeluargaan dan persoalan-persoalan kemasyarakatan seperti kepentingan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan pengaruh-pengaruh rakan sebaya terhadap gejala sosial yang buruk. Nilai serta persoalan-persoalan ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian anak-anak kita yang sering terdedah dengan pengaruh-pengaruh dunia luar. Tambahan pula, gabungan artis-artis muda dan senior memberikan sinergi yang baik. Mereka mampu bina hubungan (chemistry) yang baik. Selain itu, antara faktor X drama ini adalah pada ceritanya sendiri yang mengajar kita bahawa perbuatan dan pengamalan tabiat buruk hanya akan membawa padah.”

Drama bersiri Raisha mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya? Saksikan kisah Raisha dalam drama Lestary Raisha setiap hari Rabu dan Khamis bermula 13 September, pada pukul 9 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Drama RAISHA

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Drama MEH SANDAR LAGI Lakonan Mira Filzah & Aliff Aziz

Kadang-kadang, mencintai seseorang itu boleh menyakitkan hati kita sendiri. Perasaan sedih pasti akan melanda jiwa tetapi mungkin itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebahagiaan insan kita sayangi. Namun, sejauh manakah anda rela bersabar dan bertahan dengan segala ujian yang menimpa hidup, semata-mata ingin melihat pasangan anda bahagia?

Meh Sandar Lagi Poster

Begitulah nasib Mira Filzah sebagai orang isteri dalam Meh Sandar Lagi, sebuah drama terbaharu kesinambungan drama adaptasi novel popular iaitu Meh, Sandar Pada Aku. Drama sekuel 8 episod ini merupakan terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh saudara Kyoll Hamzah.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Berikutan dengan sambutan hangat daripada peminat setia drama ‘Meh, Sandar Padaku!’ yang telah bersiaran pada tahun lepas, kami ingin menghadiahkan kesinambungan kepada drama ini khas buat mereka yang masih ingin menyaksikan gandingan hebat Mira Filzah dan Aliff Aziz. Dengan itu, kami berharap para penonton akan menikmati dan terus memberi sokongan kepada drama sekuel ini.”

Bakal menemui penonton setia drama slot Akasia di TV3 bermula 28 Ogos 2017 ini pada pukul 7.00 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis, drama Meh Sandar Lagi diperkuat lagi dengan gandingan pelakon-pelakon popular seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Aishah Ilias, Asyraf Aley, Haliza Misbun, Alicia Amin dan juga Daler Yusof.

Meh Sandar Lagi mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama? Jangan ketinggalan untuk menonton lakonan hebat Mira Filzah dan Aliff Aziz dalam drama bersiri Meh Sandar Lagi, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia, hanya di TV3!

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan tidak ketinggalan juga Instagram rasmi @dramasangat.

Meh Sandar Lagi 11

Meh Sandar Lagi 10

Meh Sandar Lagi 9

Meh Sandar Lagi 8

Meh Sandar Lagi 7

Meh Sandar Lagi 5

Meh Sandar Lagi 1

Meh Sandar Lagi 4

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

September ini, Astro Shaw bakal tampil dengan filem terbaru berjudul Bisik Pada Langit pada 21 September ini.

Barisan pelakon yang hadir : Umie Nazeera, Beto Kusyairi, Jalil Hamid, Erwin Dawson, Na’im Daniel & Fadilah Mansor.

Pengarah : Kabir Bhatia

Sinopsis: Sejauh manakah kasih seorang ayah terhadap anak-anaknya? Keluarga Rosli dikejutkan dengan berita kemalangan anaknya yang belajar di luar negara dan menjadi terdesak untuk melawatnya di sana. Namun, niat si ayah itu menimbulkan tentangan dan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga kerana mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi. Tanpa disangka, niat si ayah juga menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Fakta Tentang Filem GHOST HOUSE

Sebuah lagi filem seram berjudul GHOST HOUSE akan ditayangkan untuk peminat setia filem seram khususnya filem seram dari Asia. Filem arahan Rich Ragsdale ini dilakonkan oleh Scout Taylor-Compton, James Landry Hébert, Mark Boone Junior dan ramai lagi.

Nak tanya sikit, ada tak di kalangan korang yang nak menonton filem GHOST HOUSE ni?

Filem ini akan berada di pawagam mulai 3 Ogos 2017.

Sinopsis Filem GHOST HOUSE

Jim and Julie are vacationing in Thailand where Julie falls in love with photographing the Thai “Ghost Houses” that are believed to give spirits shelter and comfort. A couple of British travelers take them on an adventure to the countryside with the promise of showing Jim and Julie a ghost house graveyard where the old houses are discarded.

After leaving the graveyard with a souvenir, Julie becomes cursed and is increasingly plagued by visits from a malevolent spirit, Watabe, that threatens both her sanity and her life. After Julie is hospitalized in a state of terror, Jim must find a way to lift the curse in three days before Julie loses her soul to the ghost world forever. Through an act of desperation, Jim enlists the help of a shady ex-pat named Reno who takes the couple on a journey deep into the jungle in the hope that a witch doctor can provide a solution to their problem.

Poster 27 x39 in

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Sinopsis Filem BLOK 404

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda. Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh juga , hubungan mereka semakin.

blok 404

Lalu kembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial.

Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang ‘pengaman’ hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan.

Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ.

Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. Termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina

Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh ‘menjamu’ matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi ‘review’ mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang kena menyebabkan sentiasa tak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ.

Lokasi rumah tamu yang terpencil dan di tepi sungai ditambah pula dengan ketenangan dekorasi di situ menjanjikan ketenangan pada sesiapa yang ada di situ. Zul, Intan dan Hairi yang melangkah ke rumah tamu itu pun jadi terpana. Rumah tamu itu turut mengamalkan konsep ‘disconnect to connect’ yang membawa maksud tiada kemudahan internet dan line telefon.

Yang ada hanyalah alam untuk diterokai. Di saat itulah Zul terserempak dengan Gina yang sangat perlukan perhatian lelaki, dan terus mula saling menggoda.

Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya.

Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya.

Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya? Apakah signifikan filem ini… Hidup Sampai Mati….

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Telemovie JANJI Lakonan Namron & Aida Aris

Kisah keluarga yang terpisah kerana angkara jenayah melatari plot kisah telemovie khas hari bapa yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2. Kisah bagaimana kesungguhan seorang ayah cuba menebus kembali kesilapan lama yang pernah dilakukannya semata-mata mahu meyakinkan anaknya tentang kasih sayang seorang ayah kepada anak yang tiada sempadan.

Telemovie JANJI

Citra Hari Bapa Telemovie “Janji” Pada 20 Jun Ini Di TV2

Menampilkan lakonan mantap pelakon berpengalaman Namron, Aida Aris, dan Arash Mohammad selain turut dibantu oleh Ezzrin Loy juga Shazleen Arsha, telemovie bertajuk “Janji” ini bakal menemui penonton pada 20 Jun ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Sama-sama menyorot kisah berlaku selepas 15 tahun di penjara, Amran dibebaskan dan kembali ke kampung untuk memulakan kehidupan yang baru bersama keluarganya. Dia begitu merindui keluarganya dan menyesal dengan kesalahan yang pernah dilakukannya hingga mengheretnya ke penjara.

Dia berusaha menjejaki bekas isterinya kerana rindu untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Di sana dia berjaya menemui Munira, bekas isterinya tetapi Munira meminta dia untuk tidak mengganggu mereka lagi.

Tanpa putus asa Amran mengekori Munira ke rumah dan akhirnya dapat melihat anaknya, Haikal. Amran juga diberitahu anaknya Yuni telah meninggal dunia. Setelah Munira mengetahui Amran dihidapi penyakit limfoma, dia merancang supaya Haikal menghabiskan cuti semester bersama Amran di kampung.

Pada masa itu Munira telah menjalinkan hubungan cinta dengan Izman, seorang lelaki yang kelihatan berjaya. Di kampung ayahnya, Haikal bertemu dengan Tasha dan neneknya Mak Mah yang memasak untuk dia dan ayahnya.

Pada mulanya Haikal tidak begitu senang tetapi selepas beberapa ketika dia mula rapat dengan Tasha. Suatu hari Haikal diculik dan kebetulan Tasha sedang menelefon Haikal. Dia sempat mendengar perbualan penculik yang dikenalinya lalu diberitahu Amran.

Amran segera ke tempat kawan-kawan lamanya dan menemui Haikal dan Munira. Rupa-rupanya dalang disebalik segala perbuatan jenayah selama ini adalah orang yang dikenali mereka. Dia berpura-pura baik untuk memenuhi niat jahatnya. Namun siapakah orangnya?

Telemovie JANJI

Telemovie JANJI

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem SINDIKET

Isu pemerdagangan manusia dilihat antara jenayah yang cukup berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh berisiko menjadi mangsa sekiranya ia tidak dibendung dengan sebaiknya.

Menyedari hakikat itu, syarikat Loyal Studio Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Sindiket yang memberi fokus terhadap jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Filem Sindiket

FILEM SINDIKET Papar Kisah Pemerdagangan Manusia

Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada unit khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy terhadap sebuah kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.

Sudah bertahun-tahun Inspektor Rudy menjejaki gerak-geri kumpulan ini. Akhirnya dia dapat menyerbu tempat dipercayai kubu utama persembunyian Galang, ketua kumpulan itu. Pertempuran berlaku antara pihak polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tetapi malangnya ketua mereka Galang berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, bukan Galang dan beberapa konconya sahaja, malah turut bersama-sama mereka ialah gadis-gadis yang telah menjadi mangsa. Antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.

Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib yang baru memasuki tahun satu di universiti. Mereka telah ditipu dalam satu iklan bercuti sambil memperoleh pendapatan di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu serta pendapatan yang lumayan di Malaysia.

Menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang di Sabah, filem bergenre aksi berkenaan turut mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal iaitu Bade Hj Azmi.

Selain itu, filem yang mula menjalani penggambaran pada bulan Jun 2013 itu turut menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci serta beberapa orang barisan pelakon dari Indonesia.

Kini, setelah empat tahun, filem Sindiket bakal menemui penonton pada 6 April 2017 di pawagam seluruh negara.

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Youtube trailer
https://www.youtube.com/watch?v=qMp3Gf3lYqM

Facebook
https://www.facebook.com/filemsindiket/

Barisan pelakon

Sharnaaz Ahmad – Inspektor Rudy

Daphne Iking – Inspektor Sabrina

Liyana Jasmay – Noreen

Sharifah Amani – Amira

Rashidi Ishak – Galang

Tony Eusoff – Jack

Soo Wincci – Jane

Ebi Kornelis – Surias

Dato Jalaluddin Hassan – Tuan Hassan

Pelakon Indonesia

Wangi Julianda – Yanti

Danny Prima Agung – Raden

Hady Hartoni – Ardi

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Komen via Facebook

Komen