Babak Drama Cinta Tipikal Yang Korang Mesti Pernah Berangan Untuk jadi Realiti!

Drama

Bohonglah kalau korang tak pernah berangan bila tengok drama-drama dekat tv tu kan? Lagi-lagi drama cinta ha mula lah senyum sorang-sorang. Teringat dekat boyfriend lah, dekat ex eh semua lah teringat! Memori lama terus datang balik ha gitu.

Kadang-kadang bila tengok drama-drama ni, admin selalu terfikir bila lah nak jadi dekat diri sendiri. antaranya babak-babak yang buat admin feeling ada disenaraikan kat bawah ni. Korang pun sama ke?

1- Babak terlanggar bahu, buku-buku terjatuh

Ini paling tipikal. Tak tahu lah korang tapi admin dulu time baru masuk belajar ada lah jugak terfikir nak terjadi dekat diri sendiri. Scene tengah-tengah jalan, tiba -tiba terlanggar bahu seorang lelaki, barang jatuh, mata bertentang mata, terus jatuh cinta. Ha.. hakikatnya, terlanggar bahu pun haram ditegur, cakap sorry pun tak. Hurm..

2- Babak cari buku dalam library, nampak seseorang di celah-celah buku, mata bertentang mata….

Hurm.. ini pun satu. Selalu juga admin pergi library lepastu berangan lah terjumpa mamat-mamat cute kat celah-celah rak buku.. Hakikatnya.. dah lah tak jumpa pun studentnya, kalau ada pun nak dekat exam.. Itu pun datang student tidur je dekat celah-celah rak buku tu! Hampeh!

3- Babak nak terjatuh& diselamatkan jejaka tampan

Boleh dikatakan mostly drama melayu memang wajib ada scene ni. Tengah jalan-jalan, tersepak batu, lepastu nak jatuh tiba-tiba tah dari mana lelaki kacak datang sambut. Lepas tu, tertatap pula mata..pastu jatuh cinta.. Ini in real life, sama ada tak ada orang datang tolong or yang tolong tu perempuan. Tak adanya nak jatuh-jatuh cinta.

4- Babak kahwin paksa dengan lelaki kaya

Ini paling in sekarang ni. Sama macam cerita hindustan, scene kena kahwin paksa ni bukan main dramatis. Lari sana, lari sini, gaduh bukan main. Last-last, jatuh cinta jugekk.. Bercinta lepas kahwin lagi sweet katanya. Ada lah macam rasa nak suruh mak carikan jodohkan? Lepastu cancel hehe.

5- Babak hampir dilanggar kereta lelaki kacak

Scene ni selalu dramatik. Konon kene langgar kereta, lepastu yang keluar kereta tu bukan main handsome sampai nak gugur jantung. Hakikatnya, kalau realiti,  memang kene hon kaw-kaw lah lepas tu bergaduh, keluar stereng lock. Eh? Haha!

Eh macam sama je kita berangan!

Haa..tipulah kalau tak pernah berangan ni semua. Dah alang-alang berangan tu, apa kata kita top-up lagi imaginasi tu dengan menonton drama romantik terbaru “Mocha Kau Bahagia“. Drama cinta di kafe yang boleh buat korang tersenyum sorang-sorang lepas ni. Tengah-tengah nak beli mocha, ha mesti teringat cerita ni.

Cerita ini mengisahkan dua  remaja, Melur dan Firdaus yang berkawan semenjak sekolah dan kemudian bekerja di cafe yang sama. Kedua-dua mereka ada simpan perasaan terhadap satu sama lain tapi dipendam sampailah kehadiran Zikri (pengurus cafe) yang membuatkan Firdaus insecure. Melur dan Zikri semakin rapat, membuatkan Firdaus putus harapan dan menerima tawaran pengurus di Sabah.

 

Jadi, apa kesudahanya? Dapatkah Melur dan Firdaus bersatu? Bagaimana pula dengan Zikri? Di kafe apa mereka berkerja? Saksikan drama terbaru “Mocha Kau Bahagia” dibintangi oleh Syafiq Kyle , Farah Nabila , Syazwan Zulkifli & Meera James. Drama ini telah pun mula ditayangkan pada 11 November 2017 dan episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu jam 10.30pm di TV3!

Kalau tak sempat nak menonton di TV, korang boleh tengok drama di Tonton.com.my! Nah, kitorang belanja trailer drama Mocha Kau Bahagia ni, mesti korang pun akan excited nak tengok sama macam admin juga!

The following two tabs change content below.

Tiket Konsert Ed Sheeran Dah Sold Out, Ini Cara Untuk Tengok Idola Korang Nyanyi ‘Live’ Depan Mata

Hollywood

“I’m in love with the shape of you, We push and pull like a magnet do” Haa lagu apa ni?

Pandai, lagu Ed SheeranShape of You! Nampak sangat korang peminat tegar Ed Sheeran kan? November ni dia datang Kuala Lumpur buat konsert Ed Sheeran LIVE in Kuala Lumpur tau. Tapi tiket dah sold out. Mesti korang nak pergi sangat kan?

Ke ada yang sanggup gegar pejabat pengurusan Ed Sheeran kat Malaysia sebab nak tiket lebih dan sanggup bayar harga double atau triple sekalipun? Atau, rempuh pintu masuk masa konsert tu berlangsung semata-mata nak tengok dia beraksi atas pentas depan mata korang? Hahaha, korang tak payah cari masalah…

Sebab, U Mobile ada tiket untuk konsert Ed Sheeran LIVE in Kuala Lumpur dan diorang nak bagi korang sempena Peraduan Instagram #UMobileXEdSheeran! Serius lah? Wow, bestnya! Akhirnya, tercapai jugak salah satu life goals korang untuk tengok artis kesayangan perform atas pentas. Tapi, ada syarat-syaratnya…

1. Follow laman Instagram U Mobilehttps://www.instagram.com/myumobile/

2. Post rekaan gambar atau video kreatif berkaitan hobi atau aktiviti yang korang suka dalam akaun Instagram sendiri sama ada gambar, video atau Boomerang. Tak kisah lah korang suka main gitar, enjoy tengok matahari terbenam, berkhemah dan sebagainya, semua boleh turut serta. Cuma pastikan ada elemen oren dipaparkan ikut kreativiti korang!

3. Lengkapkan dan sertakan tagline “I have unlimited love for U Mobile and Ed Sheeran because……” bersama hashtag #UnlimitedPassion #UnlimitedGrooves #UMobileMY #UMobileXEdSheeran dan tag @myumobile dalam caption penyertaan korang.

4. Pastikan tagline post korang tu dalam Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Melayu saja. Make sure profile korang dah di setkan ke ‘public‘!

Bila tamat je tempoh peraduan pada 29 Oktober 2017U Mobile akan pilih 55 pemenang dengan penyertaan paling kreatif bagi merebut hadiah menarik berikut:

Hadiah utama (5): 2 pasang tiket (kategori 1) setiap seorang untuk konsert Ed Sheeran LIVE in Kuala Lumpur pada 14 November 2017 di Axiata Arena Bukit Jalil

Hadiah penyertaan (50): 1 pasang tiket Zon U Mobile setiap seorang untuk konsert berkenaan

Dah hantar penyertaan korang? Cepat upload gambar atau video paling kreatif sebelum tarikh tutup penyertaan! Untuk maklumat lanjut, klik sini – Peraduan Instagram #UMobileXEdSheeran.

Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Writer yang gila salted egg butter chicken.

Jom Baca Apa Yang Best Dalam Filem Valerian And The City Of A Thousand Planets. Dengar Kata Rihanna Berlakon?

Filem Antarabangsa

Kalau korang suka movie aksi pengembaraan dengan visual dramatik, Valerian and the City of a Thousand Planets patut ada dalam list movie wajib tengok korang bulan ni! Filem blockbuster epik ini ditulis dan diarahkan oleh pengarah lagenda Luc Besson diadaptasikan dari komik sains fiksyen Perancis Valérian and Laureline nukilan Pierre Christin.

Dibintangi oleh Dane DeHaan dan model terkemuka Cara Delevingne sebagai pelakon utama, ia dibantu ikon pop terkenal Rihanna, Clive Owen, Ethan Hawke, Herbie Hancock, Kris Wu dan Rutger Hauer. Jarang kita nampak Rihanna berlakon kan? Ini lah masanya kita tengok bakat dia!

Valerian and the City of a Thousand Planets berkisar tentang kejadian yang berlaku di alam semesta pada tahun 2740. Pengembaraan epik ini menampilkan pegawai khas nakal, Major Valerian (DeHaan), yang cuba mengorat pembantunya, Sergeant Laureline (Delevingne), yang berfikirkan kolot dan bersederhana dalam kehidupannya. Haha!

Mereka berdua ditugaskan untuk menyeludup masuk ke Big Market yang sibuk untuk menyeludup keluar satu-satunya Mül Converter yang masih wujud, seekor hidupan kecil berkuasa yang mampu membantu menyelamatkan tamadun itu. Comel je makhluk tu!

Dengan menaiki kargo The Intruder, Valerian dan Laureline mengembara ke stesen angkasa lepas Aplha dikenali sebagai The City of a Thousand Planets. Tiba-tiba, Aplha dibayangi misteri mencemaskan dan Laureline diculik. Aik? Kesiannya…

Untuk menyelamatkan Laureline, Valerian terpaksa menempuh dugaan di sebuah daerah pelacuran demi mencari maklumat dan sekutu untuk membantunya. Di sana, dia terserempak dengan penghibur yang boleh bertukar rupa Bubble (Rihanna) yang mebantunya mencari Laureline dengan kebolehannya. Berjaya ke Valerian menyelamatkan Laureline?

Nak tau Valerian berjaya atau tak menyelamatkan Laureline, korang kena tengok movie Valerian and the City of a Thousand Planets yang mula ditayangkan 20 Julai ini. Ajak ramai-ramai kawan korang yang minat cerita aksi pengembaraan ni sebab ia juga ditayangkan dalam versi 3D tau!

Sebab apa korang kena tengok dalam versi 3D? Dalam movie ni, turut ada sekumpulan ‘avatar‘ yang korang memang kena tengok dengan spek istimewa untuk kesan khas. Baru ada feel seolah-olah korang pun ada dalam filem. Memang berbaloi lah kan?

Sedikit sneak peak, jom kita tengok trailer Valerian and the City of a Thousand Planets ni:

Aku Ditipu Abang K-Pop! – Duit Gadis Singapura Hilang Lebih 40 Ribu Ringgit Dek Kasihankan Kisah Sedih Jejaka Korea

Seorang wanita dari Singapura berkongsi kisah di mana dia telah ditipu lebih 13 ribu dollar Singapura (RM40 ribu). Dia telah ditipu oleh seorang jejaka muda berusia 20 tahun yang berasal dari Korea Selatan. Pada awalnya, lelaki itu menceritakan kisah yang kononya sedih. Mangsa yang kasihan nekad untuk pinjamkan wangnya kepada suspek.

Saya ada cerita menarik untuk saya kongsikan di sini. Seorang lelaki Korea yang bernama Kwan Soon Ho, Taylor (nama Kristiannya) adalah “Orang Yang Dikehendaki” di Korea Selatan sekarang. Kedua-dua Pegawai Polis Korea dan Pegawai Imigresen Korea sedang mencari dia kerana dia tidak hadir dan tidak mahu sertai latihan ketenteraan Korea Selatan (di Korea, melarikan diri dari latihan tentera adalah sesuatu kesalahan besar) dan dia juga ingin meninggalkan negaranya, ketika saya berada di kampung halamannya di Incheon, Korea Selatan, dia juga merompak saya dan mencuri wang tunai 3,000,000 won (SGD $ 3,750) dalam dompet saya dan sekarang lelaki ini telah melarikan diri. Di Singapura, saya telah meminjamkan SGD $ 10,000 kepadanya kerana dia berbohong kepada saya, dia perlu menjalani pembedahan jantung dan hati, dan dia juga memberitahu saya dia perlu melangsaikan hutang rakan-rakan Koreanya, Saya telah memeriksa dengan rakan-rakannya, tapi satu sen pun Kwan Soon Ho tak bayar kepada kawan-kawannya. Dan mereka membuat laporan polis terhadapnya di Korea. Tahu tak? Saya tak boleh cakap dan faham bahasa Korea dengan baik, ibu bapa Kwan Soon Ho adalah orang yang bawa saya ke balai polis minta saya untuk buat laporan polis dan menyaman anak mereka sendiri. Ibu bapanya juga belikan saya makanan, bawa saya tinggal di apartmen mereka. P / S. Malah di Incheon, kampung halamannya sendiri, tak ada orang yang menyukainya. Dia tak ada kawan di Incheon kerana dia berhutang hampir semua kawannya dan dia mempunyai banyak bank, hutang kad kredit yang perlu dibayar. Dia berhutang kira-kira 200,000,000 won di Korea. Dan sekarang dia mencuri 3,000,000 won saya dan dia hilang dan ingin melarikan diri dari negaranya. Sekiranya ada yang melihatnya di Korea, Singapura atau di mana-mana sahaja, sila hubungi dan laporkan kepada pegawai polis Korea dan pegawai imigresen dengan segera di +82 032-363-6802 atau +82 032-541-3863. Bantu saya like dan share dengan orang lain. Terima kasih.

[VIDEO] Viral Pencuri Di Daerah Madura Indonesia Dibakar Hidup-Hidup?

Kini Trending

Seorang lelaki dibakar hidup-hidup kerana didakwa mencuri di daerah Pamekasan, Madura, Indonesia. Kejadian yang dikatakan berlaku semalam, 4 Julai 2017 jam 10.20 malam waktu tempatan. Lelaki itu ditangkap dan dipukul sebelum dibakar hidup-hidup. Ngeri betul admin tengok video ni.

Tidak ada info yang lebih mendalam berkenaan kes ini. Tapi Sebelum ini ada juga kes seperti ini di daerah yang sama. takut pulak admin. Even bukan pencuri.

Kredit : Ani Sumiati

8 Perkara Yang Akan Terjadi Sekiranya Spiderman Berasal Dari Malaysia. Memang Lucu Habis!

Filem Antarabangsa

Agak-agaknya, apa korang fikir kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Bangun tidur terus pakai sut, pergi kawal traffic jammed. Maklum lah, Malaysia memang terkenal dengan traffic jammed tak kira masa. Tapi kita, bangun pagi pergi kerja, ambil anak balik sekolah, beli barang dapur dan macam-macam lagi lah! Memang lain betul rutin harian kita dengan Spiderman kan? Haha!

Biasanya, Spiderman ini aktif bergerak ke sana sini dengan spider web dia dan suka bergayut di dinding bangunan, tiang elektrik atau pun mana-mana tempat yang dia suka. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti terbantut semua aktiviti dia sebab di Malaysia ini macam-macam perkara tak boleh buat! Hahaha!

Nak tau apa agaknya kemungkinan kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Ini admin kongsikan 8 perkara antara yang akan terjadi pada Spiderman tu. Memang lucu habis!

First job Spiderman semestinya bukan wartawan macam dalam movie tu. Itu dalam movie, real life biasanya memang lain habis! Hahaha.. Kalau dapat kerja best untunglah, kalau rezeki tak menyebelahi Spiderman, dia buat je apa yang boleh untuk sara diri dia. Zaman sekarang kat Malaysia ni bukan boleh memilih kerja, grab je apa yang boleh.

Pagi jadi despatch boy, malam mungkin jual burger. Weekend pulak jual nasi lemak tepi jalan. Kalau ada masa lebih, ajar kelas mengaji atau buat kelas tuisyen untuk budak-budak sekolah. Eh, senang cerita semua kerja dia nak buat sebab semua orang kena buat #2kerja sekarang ini untuk tambah pendapatan bulanan.

Memang rutin harian si Spiderman tolong orang dalam kesusahan, jadi tak mustahil dia akan tolong orang yang tengah ada masalah kat Malaysia pulak kan? Contohnya, angkat tong gas, tolak kereta keluar dari lumpur, tolong orang angkut barang pindah rumah, cat rumah dan lain-lain lagi.

Pendek kata apa saja pertolongan kat Malaysia ni, Spiderman akan datang. Baik betul Spiderman kan?

Kalau geng Dikir Barat atau silat korang tak cukup orang, Spiderman boleh ganti! Tak percaya? Sedangkan hafal ayat-ayat cinta nak mengorat Mary Jane boleh, lirik Dikir Barat dengan step silat depan orang kahwin tu apa lah sangat! Spiderman yang memang lincah ni memang sesuai dengan bersilat, macam-macam aksi dia boleh buat nanti!

Kalau dalam filem Spiderman: Homecoming, Spiderman akan bermusuh dengan Vulture, tapi kalau kat Malaysia, dia akan bermusuh dengan burung gagak. Sedangkan orang Malaysia pun tak suka dengan burung gagak yang annoying ni sebab suka ‘melepas’ merata-rata.. Kadang-kadang atas kereta, baju kat ampaian, jemuran tilam dan banyak lagi tempat yang buat kita panas hati. Rasa nak tembak je burung gagak ini.

Majlis perbandaran pun banyak buat aktiviti menembak burung gagak, tapi biasa lah mesti datang balik punya! Lepas ini, Spiderman boleh lah tolong majlis perbandaran hapuskan gagak. Tembak je guna spider web dia!

Setanding superhero lain, Spiderman pun kebal, kuat dan ada keistimewaan. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti dia mampu lawan penjahat, perompak, perogol dan macam-macam lagi kes jenayah yang banyak terjadi kat Malaysia ni. Selain bantu polis dan anggota pertahanan yang lain, Spiderman pun mampu berjasa pada negara. Aman Malaysia lepas ini.

Memang menjadi kewajipan rakyat Malaysia yang beragama Islam membayar zakat, Spiderman pun tak boleh lari dari tanggungjawab tu. Kalau tak bayar zakat, seolah-olah macam dia tak menyumbang pada orang miskin. Hasil dia jual nasi lemak, bekerja siang malam patut diberi pada yang memerlukan. Jadi, Spiderman jangan lupa bayar zakat ya?

Dah nama pun Spiderman, mesti la banyak sawang labah-labah atau spider web dia bersepah sana sini kat tepi jalan. Kalau tak, macam mana dia nak bergerak kan? Tapi, kalau dah banyak sangat, orang pun marah sebab halang jalan. Kalau dia tak bersihkan, makcik cleaner pun tak larat nak sapu hari-hari. Banyak kot!

Duduk kat Malaysia kalau tak hadap jalan jammed hari-hari memang tak sah. Kat mana-mana, waktu bila sekali pun mesti akan jammed punya. Itu antara perkara paling stress yang rakyat Malaysia kena hadap. Tapi, tidak bagi Spiderman. Dia boleh bergayut sana sini dan lompat-lompat atas kereta suka hati. Memang cepat la dia bergerak!

Oleh sebab dia bergerak lebih cepat, tak mustahil dia boleh buat servis delivery untuk Lazada, McDonalds atau Uber sekali pun. Baru order 2 minit dah sampai! Haha!

Tak kisah lah dari mana Spiderman berasal, tetapi filem Spiderman yang terbaru iaitu Spiderman: Homecoming akan mula ditayangkan 7 Julai depan! Korang yang follow siri Spiderman mesti tak sabar kan? Berdasarkan trailer, nampaknya Spiderman bakal berdepan dengan musuh terbaru. Siapa pula ya? Ha, nantikan 7 Julai depan, bawa kawan dan adik-adik tengok sekali tau!

[11 FOTO] Makeup Saya Buruk! – Pasangan Pengantin Thailand Ditawar Reshoot Gambar Kahwin, Hasilnya Kebaboom!

Kini Trending

Perempuan mana yang taknak kelihatan cantik di hari persandingannya. Sebab itu, pentingnya pemilihan jurusolek yang bagus. Taknak la yang main tempek ja. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin dari daerah Hankha Chai Nat, Thailand.

Pengantin perempuan, Darika Klinkuhlab menyuarakan kekecewaan di laman Facebooknya apabila diberikan solekan yang boleh dikategorikan sebagai buruk. Dia mengambil pakej dari butik berhampiran rumahnya untuk solekan dan sewaan pakaian.Baginya lebih mudah kerana lebih dekat dengan rumahnya. 

Pada hari perkahwinannya 13 Mei lalu, dia pergi ke butik itu pada waktu tengah hari, tapi terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum jurusolek mula menyolek. Jurusolek selesai makeup bila majlis dah nak bermula pada pukul 4 petang.

Walaupun Darika kecewa dengan hasil solekan, tapi dah terlambat untuk makeup semula. Jadi pasangan pengantin cuba untuk tersenyum ketika majlis diadakan.

Selepas itu, dia post gambar perkahwinannya di laman Facebook dan beri peringatan kepada bakal pengantin untuk memastikan mereka memilih butik pengantin dan jurusolek yang betul. Cerita beliau dikongsi secara meluas di Facebook.

Menurut Bangkok Post, Darika dihubungi oleh seorang photographer professional, Park Eun Young. Park menawarkan untuk membawa pasukan jurugambar dan jurusoleknya untuk menjadikan memori perkahwinan mereka lebih indah.

Mulanya Darika menolak tawaran itu kerana kawasan rumahnya adalah perkampungan di bandar Bangkok. Tapi pasukan Park tetap berkeras. Pasukan mereka tiba di rumah Darika pada 15 Mei lalu. Sesi bersolek dan bergambar dilakukan selama lebih 3 jam.

Pasangan pengantin bersama pasukan Park Eun Young sewaktu sesi photoshoot. Hasil gambar memang kebabom!

Park Eun Young berkata dia dan pasukannya gembira membantu membawa kebahagiaan dan kecantikan baru kepada pasangan pengantin muda itu. Memang terpancarlah kegembiraan pasangan ini dengan hasil yang diberikan.

Cantik kan? Siapalah tak happy bila dapat offer untuk buat photoshoot. Hasilnya pulak da boom! Beza betul dengan gambar pada hari perkahwinan mereka.

Kredit : Bangkok PostDarika Klinkuhlab