MXM Fan Meeting in KL

South Korea’s new boy band MXM held a “Match Up” fan meeting at HGH Convention Centre in Kuala Lumpur last night(1/5/2018). They smiled and warmed their fans throughout the whole fan meeting. During the fan meeting, they being cute and and spent a wonderful evening with fans with their amazing […lagi…]

The post MXM Fan Meeting in KL appeared first on Sensasi Selebriti.

Sekitar Sidang Media MXM Fan Meeting

South Korea’s new boy band MXM took the lead to come to the media the day before of their fan meeting and revealed unknown secret of each other! Produce 101 that increase MXM awareness and popularity was made the a lots of fans went to the airport for welcome their […lagi…]

The post Sekitar Sidang Media MXM Fan Meeting appeared first on Sensasi Selebriti.

‘Maafkan Saya…’ – Warkah Terakhir Key SHINee Buat Jong-hyun Yang Menyentuh Hati

K-POP

Hari ini, genap seminggu semenjak pemergian vokalis SHINee, Kim Jong-hyun. Hanya sedih, terkejut menyelubungi perasaan orang ramai yang rata-rata masih tidak dapat menerima berita kematian penyanyi tersebut.

Pastinya, yang paling terkesan adalah ahli kumpulan SHINee sendiri yang sama-sama membesar dan berkongsi banyak kenangan pahit manis bersamanya sejak kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2008. Terbaru, salah seorang ahli SHINee iaitu Key telah berkongsi nota menyayat hati yang ditulis untuk sahabatnya itu. Luahan Key di laman Instagram membuatkan ramai tersentuh hati.

‘Hyung. This is Ki Bum~ I sent you off today and even saw your face yesterday, but I still can’t believe it. I’m sorry for visiting you so late because of work, and I’m sorry for not being a source of strength to you when you were lonely.

‘You and I were the the two most stubborn members in our group, so we had to do everything we wanted to do. But you did everything you wanted and in the end, you made the decision and you left first…it was really hard at first, but after spending time with only you for the past three days, I think I might understand how you felt.

‘Don’t be too worried that you left before us. I will respect and look after your mom and sister like my own family. ‘I’ll miss you for a really long time. I’m worried because the person who always took my side at meetings is now gone. You and I talked the most during our meetings…but now I’ll have to get used to not having you here.

‘I’m going to try living a better life, too. When I get older and we meet again, tell me I did well! Jonghyun hyung, you were the best artist, friend, hyung, and colleague to me.

‘You did well, and I love you so much!’

Dalam suratnya itu, Key memohon maaf kepada Jong-hyun kerana gagal hadir sebagai ‘sumber kekuatan’ kepada sahabatnya.

Selain meluahkan kekecewaannya, Key turut memperincikan persahabatan mereka yang rapat dan menulis, ‘Saya akan merindui awak buat masa yang lama’. Lebih menyayat hati, dia juga memberi jaminan kepada Jong-hyun bahawa dia akan mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan kakaknya.

Bukan sahaja Key, malah, seorang lagi ahli SHINee, Onew turut tidak terlepas memberi penghormatan kepada Jong-hyun menerusi suatu mesej yang meruntun hati ramai peminat.

Membawa ke Instagram, Onew berkongsi suatu imej hitam bersahaja dengan iringan kapsyen berbunyi: ‘Tidak kira siapa awak atau apa yang awak lakukan. Ingatlah, ada seseorang menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi diri awak sendiri. Awak akan sentiasa berada dalam ingatan saya. Saya sayang awak’.

Sumber: Metro.co.uk

The following two tabs change content below.

‘Orang Kuat Agama Pun Tewas’ – Lelaki Ini Kongsi Punca Utama Disebalik Kematian JongHyun

K-POP

Berita mengenai kematian ahli kumpulan utama Shinee, JongHyun antara kisah yang tragis pada minggu ini. Walaupun ini bukan kali pertama kematian bunuh diri yang melibatkan artis korea, namun penyanyi ini mendapat perhatian ramai seluruh negara. Ada juga yang menyifatkan rakyat Malaysia terlalu ‘over’ dengan kematian penyanyi K-Pop ini.

Di sebalik kematiannya yang tragis, ini sebenarnya perlu diambil iktibar. Penyakit kemurungan yang dialami penyanyi itu harus dijadikan pengajaran buat semua. Jangan cepat mengkritik sebelum tahu perkara sebenar.

Bila saya terdengar berita Jonghyun membunuh diri, agak terkejut juga. Walaupun saya bukanlah peminat tegar SHINee, tapi ada beberapa lagu mereka yang berada dalam playlist saya (“Tell Me What to Do”, “1 of 1”). Tiba-tiba rasa sangat “absurd” dengan kematian seorang pemilik suara yang saya familiar.

Saya pun tak nak over-analyze isu ini. Tiada perlunya keluarkan kajian Emile Durkheim pasal “Suicide”. Saya pernah menulis pasal mengapa kadar bunuh diri tinggi di Korea Selatan. Punca kematian Jonghyun tidak lain stres: stres yang tak dapat disalurkan keluar. Orang Korea (dan orang Asia Timur secara umumnya) dididik untuk “internalize” stres. Adalah “shameful” sekiranya mengadu pasal stres, lagi-lagi lelaki. Itulah yang paling menakutkan: anda perlu memerangi stres secara berseorangan. Dan itu akhirnya membawa kepada kemurungan yang berpanjangan atau “depression”.


Orang yang tak tau selok-belok K-Pop ni mungkin akan anggap K-Pop ni main-main je. Tapi sebenarnya majoriti artis K-Pop, terutamanya mereka di bawah syarikat “Big Three” (SM Entertainment, JYP Entertainment, YG Entertainment) perlu melalui kehidupan di luar kemampuan manusia biasa. Bukan saja mereka perlu melalui latihan long hour, malah kalau mereka cedera pun kena teruskan persembahan. Artis-artis K-Pop kalau pengsan atas pentas, patah kaki atau patah tangan tu kira perkara biasa. Lagi menakutkan, kehidupan mereka di bawah seliaan rapi. Tak boleh berkawan dengan sebarangan orang, tak boleh dating, tak boleh pergi tempat yang sendiri nak pergi. Pendapatan diperas. Orang yang kuat agama pun boleh tewas kalau macam ini.

SHINee ni kira antara kumpulan yang paling excel dalam industri K-Pop, dan mereka pula berada di bawah syarikat SM yang paling “notorious” dari segi layanan kepada artis-artis. Jadi boleh jangka apakah jenis kehidupan yang ahli-ahli kumpulan pernah lalui. Jadi tak hairan kerana itulah Jonghyun mengidap kemurungan. Dan perasaan “loneliness” dan “isolated” sepanjang perjalanan stardom itu yang betul-betul membuat Jonghyun membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya. Dalam surat wasiatnya, Jonghyun tinggalkan ayat korea. Maksudnya “I was completely lonely”. Penggunaan ayat korea itu menunjukkan betapa seriusnya tahap loneliness yang dilalui.

Lihat pada ayat-ayatnya yang lain:
“They told me not to be like that”.
“They told me to figure out why I was hurting”.
“I know very well why. I’m hurting because of me. It’s all my fault and because I’m bad”.

Dari situ kita tahu, Jonghyun sebenarnya pernah mengadu dekat orang, tapi orang lain semua bagi nasihat skema “be strong” “don’t be like that” “come on”. Nasihat-nasihat yang tidak membantu orang yang ada kemurungan. Apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan listening ear untuk “fight their demon inside”. Sebelum Jonghyun mati, dia cuba untuk menarik perhatian dengan membuat bising, tapi tak ada orang peduli dia. Mungkin itu yang menjadikannya nekad untuk membunuh diri.

Kematiannya boleh jadi pengajaran kepada kita. Lain kali kalau rakan-rakan kita tiba-tiba jadi semacam memerlukan perhatian, jangan simply brush him/her aside. Kita tak tau sekiranya beliau dilanda kemurungan dan memerlukan bantuan kita. Tak rugi meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk layan mereka. You might save a life.

Surat asal JongHyun : https://www.allkpop.com/article/2017/12/dear-clouds-nine9-reveals-jonghyuns-parting-letter-as-requested-by-jonghyun-himself

Sumber : Ayman Rashdan Wong

The following two tabs change content below.

I’m not fat, I’m just easy to see

‘Saya Pasti Awak Tidak Sunyi Lagi Selepas Ini’ – Ini Mesej Terakhir TaeYeon Buat JongHyun

K-POP

Semalam kecoh berita kematian penyanyi K-Pop JongHyun yang telah bunuh diri akibat dari tekanan. Kisah ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sehingga menjadi trending di Twitter. Ramai yang melahirkan rasa sedih atas kehilangan yang mengejut itu.

Semua sedia maklum, Taeyeon merupakan antara kawan yang rapat dengannya. Luaahannya di laman Instagram buat ramai yang sedih. Sedihnya..

Itulah awak dan tiada siapa yang akan berhenti menyayangi awak kerana awak tahu siapa awak. Saya sayang awak. Saya sangat sangat sayang awak. Saya teringin memeluk awak dari belakang buat kali yang terakhir. Saya menyesal kerana tidak berbuat begitu sebelum ini padahal saya ada banyak peluang bersama awak. Jonghyun yang saya sayang, maafkan saya. Jikalah saya menghubungi awak waktu sekarang, saya pasti dapat mendengar ‘eung’ dengan kuat sekali. Saya sangat rindukan awak.

Saya betul betul minta maaf kerana tidak dapat membuatkan awak bahagia. Saya minta maaf dan sangat sayang awak..Terima Kasih. Saya masih ingat waktu kita menulis lagu ‘Lonely’ bersama. Kita sama sama memahami perasaan itu yang berada di fikiran kita berdua. Awak sangat unik, hebat dan istimewa. Kim Jonghyu, saya sangat rindukan awak dan teringin memegang tangan awak waktu sekarang. Awak terbaik. Awak telah melakukannya dengan baik dan saya pasti awak tidak lagi sunyi selepas ini.

-Taeyeon

Taeyeon dan Jonghyun memang merupakan antara kawan yang rapat kerana mereka pernah menghasilkan muzik bersama-sama. Taeyeon telah menulis lagu Jonghyun yang dipanggil “Lonely”, dan telah disusun untuk album terbarunya “Story Op.2”. Lagu ini dikeluarkan pada 24 April tahun ini.

Peminat di Instagram Taeyeon berkongsi ucapan takziah dan kesedihan mengenai kehilangan Jonghyun. Mereka mendoakan agar Taeyeon tabah dengan kehilangan kawan baiknya.

Sumber : TaeYeon

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad

I’m not fat, I’m just easy to see

[VIDEO] Ekspresi Jong Hyun Di Konsert Terakhir Sebelum Ambil Keputusan Untuk Bunuh Diri

K-POP

Malam semalam peminat K-Pop di seluruh dunia dikejutkan dengan kematian penyanyi terkenal Korea, Jong Hyun. Jong Hyun dilaporkan membunuh diri di kediamannya di Gangnam, Seoul. Ketika ini di Korea, kebanyakan meratapi pemergian penyanyi kegemaran mereka itu.

Artikel berkaitan: Ini Yang Dilakukan Jong Hyun Sebelum Bunuh Diri

Sementara itu, di Twitter salah seorang peminat Jong Hyun memuat naik satu video pendek di mana anda boleh lihat ekpresi muka Jong Hyun di konsert terakhirnya. Ada mengatakan bahawa keputusan untuk bunuh diri itu sudah lama dirancang.

Menurut beberapa peminat Jong Hyun di Twitter, penyanyi itu sudah membuat ‘persediaan’ untuk membunuh diri. Video diatas menunjukkan ekpresi Jong Hyun di konsert terakhirnya. Tweet di atas telah mendapat lebih 16k perkongsian.

Malah ada juga yang perasan dengan perubahan kecil Jong Hyun.

Selain itu, salah seorang peminat telah meninggalkan komen di Instagram dan bertanya apakah aktiviti akan dilakukan Jong Hyun pada hujung tahun.

Jawapannya: ‘Saya akan berehat pada bulan Disember..’

Adakah itu satu petanda?

Sumber: Twitter @yunjaery

Save

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad

Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo.
Ashie, lelaki tegar.

Latest posts by Ash Nordin (see all)

Konsert Bintang K-Pop G-Dragon Menerusi Kempen Unlimited Grooves

U Mobile bakal menggembirakan hati peminat muzik di Malaysia dengan menambah bintang K-pop yang terkenal, G-Dragon ke dalam kalendar Unlimited Grooves mereka, yang akan berlangsung sehingga tahun 2018. U Mobile akan menjadi penaja rasmi syarikat komunikasi bagi konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsung pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kempen Unlimited Grooves

U Mobile Kini Membawakan Bintang K-Pop G-Dragon Menerusi Kempen Unlimited Grooves

Kempen Unlimited Grooves U Mobile diperkenalkan oleh syarikat tersebut bagi membawa muzik kegemaran lebih dekat dengan para pelanggan. Kempen ini bermula pada Mei 2017 dengan penajaan Urbanscapes, festival seni kreatif yang paling lama dianjurkan di Malaysia. Sepanjang tahun 2017, kalendar Unlimited Grooves dipenuhi dengan persembahan para artis daripada pelbagai genre. Selain G-Dragon and Ed Sheeran, Unlimited Grooves juga termasuk Good Vibes Festival (menampilkan antaranya Kodaline, Dua Lipa, Lany dan Najwa) dan siri konsert mini Upfront (antaranya termasuk Tokimonsta dan Lucy Rose).

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata semasa pelancaran kedai induk syarikat di Berjaya Times Square bahawa U Mobile gembira menjadi penaja rasmi syarikat telekomunikasi bagi G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur. “U Mobile sentiasa mengutamakan muzik dalam penawaran kami kerana ramai pelanggan meminatinya. Kami secara agresif telah mencari pelbagai idea untuk memberi peluang kepada para pelanggan supaya dapat menikmati lebih banyak acara muzik. Kami bangga dapat menjadikan konsert G-Dragon di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Unlimited Grooves U Mobile!”

Beliau menambah, “Seperti biasa, para pelanggan kami akan ditawarkan manfaat eksklusif semasa konsert G-Dragon nanti. Jika anda pelanggan U Mobile dan akan menghadiri Good Vibes Festival pada 12 dan 13 Ogos ini, anda boleh meninkmati keistimewaan ini di U Mobile Zone, sebuah kawasan yang direka khas untuk acara tersebut.”

Semasa perasmian kedai induk, Jasmine turut menyentuh tentang kemajuan rangkaian perhubungan syarikat menerusi pelancaran jalur spektrum 900MHz dan 1800MHz yang dianugerahkan oleh kerajaan pada tahun lalu. Beliau berkata, pelanggan sudah pun dapat menikmati mutu dan liputan rangkaian yang lebih baik untuk menjadikan pengalaman U Mobile mereka lebih bermakna.

Syarikat U Mobile turut berkongsi bahawa mereka akan menawarkan tiket-tiket percuma ke konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E di Kuala Lumpur dan konsert Ed Sheeran ÷ (Divide) Malaysia Tour secara eksklusif untuk para pelanggan melalui dua peraduan di laman sosial Instagram.

Kempen Unlimited Grooves

BUTIRAN PERADUAN
Unlimited Passion untuk G-Dragon
• Peraduan akan berlangsung mulai 18 Ogos 2017 – 8 September 2017
• Peraduan akan diadakan menerusi laman sosial Instagram. Para peserta perlu ikuti U Mobile di www.instagram.com/MyUMobile
• Hanya pelanggan prepaid atau postpaid U Mobile yang aktif selama sekurang-kurangnya 6 bulan semasa tempoh peraduan layak untuk menyertai peraduan ini.

Unlimited Passion untuk Ed Sheeran
• Peraduan akan berlangsung mulai 25 September 2017 – 27 Oktober 2017
• Peraduan akan diadakan menerusi Instagram. Para peserta perlu ikuti U Mobile di www.instagram.com/MyUMobile
• Hanya pelanggan prepaid atau postpaid U Mobile yang aktif selama sekurang-kurangnya 6 bulan semasa tempoh peraduan layak untuk menyertai peraduan ini.
Maklumat selanjutnya mengenai peraduan ini akan diberikan kepada pelanggan semakin hampir dengan tarikh pelancaran menerusi www.instagram.com/MyUMobile

Kempen Unlimited Grooves

Komen via Facebook

Komen