Izzue Islam Tukar Karier Jadi Pegawai JPJ?

Kenapa pula Izzue Islam nak jadi Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula ni? rasanya kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi masih lagi rancak. Memang benar Izzue ada membuat permohonan untuk menyertai unit beruniform itu, tetapi itu hanyalah tuntutan watak di dalam drama terbaharu lakonanannya berjudul OPS CINTA DIN SARDIN yang bakal bersiaran pada 11 Ogos ini di TV9.

Poster Ops Cinta Din Sardin

Drama 20 episod ini akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi slot Kelakarama. Membawa watak sebagai Din, Izzue Islam turut bergandingan bersama Mira Filzah, yang membawa watak Che Ta.

Drama ini turut diperkuatkan dengan barisan pelakan seperti Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Ops Cinta Din Sardin adalah drama kesinambungan daripada cerita Din Sardin yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa kejadian malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

Mira Filzah

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Kazar & delimawati

Jaja Illiyes

Izzue Islam

Izzue 1

Clip0078T01 (2)

Clip0063T01 (2)

Bell Ngasri

Amir

Komen via Facebook

Komen

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Selebriti serba boleh, Izzue Islam meraikan jenama kanta lekap sendiri, Lookalike di platform Shopee bersama kira-kira 100 orang peminat di majlis Temu Mesra bersama Izzue Islam yang dianjurkan di Zawara Coffee Setia Alam hari ini.

Peminat-peminat tersebut merupakan antara peserta yang terpilih dari ratusan penyertaan di laman Facebook Shopee (FB/ShopeeMY). Merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee adalah pasaran sosial pertama yang bekerjasama dengan Izzue Islam untuk mempromosikan kanta lekap berjenama Lookalike.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

100 Peminat Bertuah Terpilih Berkongsi Kegembiraan di Setia Alam

“Shopee akan meneruskan usahasama dengan lebih ramai selebriti tempatan yang ingin melancarkan jenama dan produk sendiri. Menerusi usahasama dengan platform terkemuka seperti Shopee, selebriti seperti Izzue Islam boleh mendekati lebih 3 juta orang pelanggan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menjadi lebih mudah dengan Program Penghantaran PERCUMA ke seluruh negara,” kata Rachel Tan, Ketua Jabatan Pemasaran Shopee.

Sebagai tanda sokongan terhadap kedai rasmi selebriti, Shopee melancarkan pelbagai kempen yang boleh menginjakkan lagi penjenamaan dalam talian mereka. Bersempena dengan pelancaran Kedai Rasmi Izzue Islam baru-baru ini, 500 pelanggan pertama dapat menikmati potongan harga sebanyak 20% ke atas semua produk.

Kanta lekap Lookalike boleh didapati dalam 7 warna popular – Smokey Grey, Dustry Brown, Metal Grey, Snowy Blue, Pale Honey, Misty Green dan Mauve Violet. “Saya mula terdetik dengan idea ini apabila melihat trend pemakaian kanta lekap berwarna dalam kalangan rakyat Malaysia, baik perempuan mahupun lelaki. Oleh itu, saya dan isteri membuat sedikit penyelidikan untuk menghasilkan jenama Lookalike yang menjanjikan kualiti dan keselesaan bagi pengguna,” kata anak kelahiran Kelantan yang berjaya menempa nama dalam industri hiburan tempatan ini.

“Saya juga berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Shopee kerana platform ini menjamin pengalaman membeli-belah dalam talian yang efisien, cepat, mudah dan paling penting, keselamatan sistem pembayaran dalam taliannya”.

Dengan menggunakan platform Shopee, Izzue lebih bebas untuk menjalankan perniagaan dalam talian sambil menyesuaikan masa dengan jadual kerja yang padat sebagai pelakon dan penghibur. Insentif Komisyen Sifar (0) yang disediakan oleh Shopee juga membolehkan peminat membeli produk pada harga terbaik tanpa caj tersembunyi.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Kelebihan seumpama ini juga mendorong Izzue untuk mengembangkan lagi perniagaan dalam taliannya dengan melancarkan jenama lain, izzuexclusive yang menampilkan pakaian lelaki, hijab dan selipar.

Peminat-peminat Izzue juga teruja mendengar pengumuman tentang aktiviti semasa dan akan datang pada sesi Temu Mesra tersebut. Walaupun sibuk mempromosikan ‘single’ kedua yang berjudul ‘Sahabat’, Izzue juga kini sedang menjalani penggambaran drama sebanyak 20 episod yang bertajuk ‘Kisah Yang Hilang’. Dapatkan kanta lekap Lookalike kegemaran anda di Shopee di https://shopee.com.my/izzueislam pada harga RM55 sahaja. Peminat juga boleh mendapatkan 3 rekaan tudung bawal eksklusif – Orked, Kemboja dan Chempaka pada harga RM79.

Sebelum ini, Shopee pernah menjalinkan usahasama dengan selebriti terkenal tanah air yang lain seperti Anzalna Nasir, Mira Filzah, Yana Samsudin dan Fouziah Gous yang mempromosikan pakaian dan produk makanan tambahan.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Ikuti platform Media Sosial Shopee: FB/ShopeeMY dan Instagram: @shopee_my untuk maklumat terkini berkaitan Jualan Jaminan Harga Terendah dan Kempen Shocking Sale.

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Izzue Islam Meraikan Pelancaran Kanta Lekap Lookalike di Platform Shopee

Tentang Shopee

Shopee merupakan platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Ia merupakan platform yang direka khusus untuk rantau ini, memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah, selamat dan pantas menerusi sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee mensasarkan untuk terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pelbagai pilihan kategori produk seperti produk elektronik dan perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan kanak-kanak, fesyen dan peralatan kecergasan. Dilancarkan pada bulan Disember 2015, Shopee menawarkan lebih 3 juta jenama dan peniaga individu dengan akses secara langsung kepada lebih 40 juta pengguna merentasi rantau ini di Singapura, Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Shopee disokong kukuh oleh Sea (yang dahulunya dikenali sebagai Garena), syarikat platform berasaskan internet terbesar di Rantau Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://shopee.com.my/.

Komen via Facebook

Komen

Izzue Islam, Yana Samsudin & Fouziah Gous Lancar Kedai Online di Aplikasi Shopee

Shopee, the largest mobile-first marketplace in Southeast Asia and Taiwan is proud to announce its latest collaboration with Malaysian top celebrities; Izzue Islam, Yana Samsudin and Fouziah Gous who will launch their Official Shops on the Shopee platform.

“Celebrities nowadays are keen to explore their entrepreneurial potential by launching their own brands,” said Ian Ho, Shopee’s Regional Managing Director. “After the successful celebrity collaborations during the recent Cahaya Raya Campaign, Izzue Islam, Yana Samsudin and Fouziah Gous are excited to work with us to promote their products on the Shopee platform as part of our July highlights”.

Shopee Continues Collaborations with Malaysian Top Celebrities

These celebrities will enjoy the same incentives that make Shopee the preferred online platform including Free Shipping Nationwide and Zero (0) Commissions to give all cost savings to both buyers and sellers. At the same time, they will continuously participate in Shopee’s flagship campaigns such as the Lowest Price Guaranteed and Shocking Sale with unique RM9 deals every 9th of the month.

Izzue Islam, Yana Samsudin & Fouziah Gous Launch Official Shops with Shopee

Shopee X Izzue Islam (https://shopee.com.my/izzueislam)
The Kelantan-born multi award-winning celebrity is proud to launch his contact lens brand, Lookalike which comes in 7 different colours to suit Malaysian fashionistas’ preferences. Each box of lens is priced at RM55. “I’m excited to launch my brand and products on Shopee because I’ve seen their commitment to bring the best deals through various campaigns since its official launch. I’d like to associate Lookalike to a trustworthy brand like Shopee,” said Izzue Islam.

Shopee X Yana Samsudin (https://shopee.com.my/ayanahijab)
Having established her name in the entertainment industry for more than 10 years, Yana Samsudin needs no more introduction. This Southern Belle brings forth her own exclusive line of hijab, Ayana Hijab at affordable price. While offering her trendy designs to Muslimah fashionistas, Ayana Hijab promises exceptional comfort for long hours – day and night. “As a Muslimah fashion lover, I’d love to share my ideas and create something that defines my style. Thus, Ayana Hijab was born and now, I know that my ‘baby’ will be best represented by Shopee due to the massive growth in the local Muslimah fashion,” said Yana Samsudin. Ayana Hijab is available on Shopee at the range of between RM25 and RM189.

Shopee X Fouziah Gous (https://.shopee.com.my/fouziahgous)
Another multi-talented celebrity who has come onboard with Shopee to promote her brand is Fouziah Gous. When most of her celebrity counterparts are promoting fashion items, Fouziah has taken another step by introducing her supplement product, FG Walet. FG Walet is made of locally harvested natural bird’s nest which is rich in minerals like zinc, copper, sodium, potassium, soluble glycoprotein and amino acid. “As I’m pregnant with my second child now, I’m more concerned about my wellbeing. Therefore, I chose to launch FG Walet, my own food supplement to raise awareness on health among Malaysians, especially pregnant mothers such as myself,” said Fouziah Gous. FG Walet is available on Shopee at RM168 per set of 6 boxes.

Meet & Greet with Izzue Islam
To celebrate this collaboration, Shopee is organizing a Meet & Greet with Izzue Islam on Saturday, 29 July 2017 at Zawara Coffee Setia Alam at 1.30 pm. Fans of Izzue Islam can stand a chance to win an invitation for 2 when they answer the question, “Why I want to meet Izzue Islam?” on Shopee website, app or Social Media. Participants can submit their entries before 23 July 2017.

During this event, fans can also learn tips and techniques on eye make-up to suit different occasions conducted by famous Hijabista, Zamrina Zamrin.

Komen via Facebook

Komen

Izzue Islam Ajak Peminat Jelajah Lokasi Menarik Dalam DESTINASI HIJAU

Pelakon terkenal Izzue Islam mengajak peminatnya menjelajah ke tempat-tempat menarik yang menjanjikan pemandangan flora dan fauna yang cantik menerusi program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Destinasi Hijau”.

Ringan dan berkonsepkan pengembaraan serta mengunjungi destinasi rehat dan rekreasi di Malaysia, program 13 episod ini bersiaran menemui penonton mulai 26 Mei ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV1.

Izzue Islam Ajak Peminat Jelajah Lokasi Menarik Dalam “Destinasi Hijau” di TV1

Tumpuan penonton dibawa mengembara ke tempat-tempat rekreasi dan peranginan, sambil menjelaskan kenikan tempat-tempat yang dikunjungi. Menerusi episod pengenalannya, program ini memperkenalkan kawasan Janda Baik di Pahang dengan empat jenis tarikan di situ iaitu Resort Teratak Malaya, kebun sayur, Taman Herba Pak Habib dan Lata Tampit.

Usah ketinggalan menyaksikan perkongsian menarik menerokai kawasan Kluang, Johor dengan empat jenis tarikan di situ iaitu UK Farm Resort, Kluang Rail Coffee, Zenxin Organic Park dan Kedai Makan Jom Makan. Episod berikutnya memperkenalkan Homestay Banguris di Sepang, Selangor dengan empat jenis tarikan di situ iaitu Kebun Kopi, Kebun Buluh Madu, Kebun Pisang dan Kilang Kerepek Rizal.

Kunjungan ke beberapa tempat yang menarik di Mersing Johor tidak kurang hebatnya mengunjungi lokasi seperti Pasar Endau Mersing, Cili saliran baja, Jeti LKIM Pantai Penyabong dan sebagainya. Episod jelajah semakin menyeronokkan dengan perkongsian beberapa tempat yang menarik di Kuala Gula, Perak seperti Kuala Gula Sanctuary Resort, Hutan Paya Laut Bakau, JS Muara Restoran dan Mi Udang Parit 30.

Lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya di Cameron Highlands dimana kesempatan yang ada digunakan memperkenalkan Taman Agrotechnology MARDI, Glory 78 Cafe & Souvenir, KEA farm dan Cameron Lavender Garden. Episod berikutnya memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di Teluk Bahang seperti Escape Adventure Play, Tropical Fruit Farm dan Tropical Spice Garden.

Episod yang bakal mencuri tumpuan pastinya tempat- tempat yang menarik di Pulau Langkawi, Kedah seperti Tok Senik Resort, Herbwalk, Restoran Siti Fatimah dan sukan air Parasailing. Begitu juga tempat-tempat yang menarik di Muar, Johor, seperti Hotel Muar, sangkar Tiram Sungai Muar dan Ladang Nasuha, Pagoh.

Jelajah Destinasi Hijau diteruskan dengan kunjungan tempat menarik di Kuala Kangsar, Perak seperti Syamille Agro Farm & Resort, Restoran Tasik Raban dan Ikan Pindang & Ikan Pekasam. Manakala di Rompin, Pahang seperti rumah Rakit Rompin, memancing udang, Kebun Abang Awie, Warung Pokok Manggis, dan memukat ikan di pantai. Izzue Islam berada di Pulau Langkawi mengunjungi Laman Padi Langkawi, Kilim Geoforest Park, Langkawi Skycab, Dataran Lang Kuah dan Taman Agro Teknologi MARDI. Episod akhir di Sabak Bernam, Selangor dimana Izzue Islam meluangkan masa melakukan aktiviti seperti memancing ikan, menangguk udang dan membuat atap.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Izzue Islam Lancar Single Solo Kedua Berjudul SAHABAT

Setelah muncul dengan single solo sulung beliau yg berjudul “Bimbang”, Muhammad ‘Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih kenali sebagai Izzue Islam (27 tahun) yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi berkumpulan bersama Forteen, kini muncul dengan single solo kedua berjudul “Sahabat”.

“Sahabat” merupakan ciptaan sepenuhnya oleh IIAN yang menceritakan tentang semangat persahabatan. Dalam lagu ini, pencipta lagu ini ingin meluahkan tentang hebatnya sebuah persahabatan.

Sahabat Izzue Islam

“Manusia tidak akan boleh hidup tanpa adanya sahabat, tapi apa pula peranan seorang sahabat? Sahabat yang baik akan sentiasa memberi semangat & aura positif dalam apa jua keadaan sekalipun.” Kata IIAN (Izzue Islam & Awin Nurin).

Izzue Islam Lancar Single Solo Kedua Berjudul SAHABAT

Justeru itu, “Sahabat” juga membawa konsep muzik sama seperti lagu sebelumnya, Bimbang iaitu ‘Alternative Pop Rock’ yang berentak “Catchy”. Seiring dengan gaya persembahan, kali ini izzue memilih untuk mempersembahkan lagu ciptaannya ini dengan diiringi oleh “Band”.

“Setiap kali izzue membuat persembahan, izzue akan perform dengan live band. Ia lebih sesuai kerana kedua-dua lagu izzue (Bimbang & Sahabat) adalah berentak ‘fast & catchy’.” Kata Izzue Islam.

Selain itu, lagu Sahabat juga telah menjadi Official Sound Track (OST) untuk drama episod MEGAT EXTEND yang ditayangkan di Astro Warna bermula 10 Mei 2017. Berikutan dengan itu, official lirik video Sahabat juga telah dimuat naik di Youtube Channel IzzueIslamTV pada tarikh yang sama.

Youtube link :

https://youtu.be/r1tnWl98qj4

Akan tetapi, penglibatan beliau bersama FORTEEN masih lagi kekal dan tidak ada isu pecah belah atau meninggalkan kumpulan tersebut. Mencipta lagu merupakan salah satu minat beliau.

Tidak salah sekiranya beliau mengembangkan bakat yang beliau ada. Dalam hal ini, izzue banyak bertanya & meminta pendapat dengan komposer & penulis yang lain. izzue ‘salute’ dengan penulis dan komposer lagu yang sentiasa menghasilkan karya yang terbaik utk semua. Single kedua ini telah dimuat naik di laman YouTube izzueislamTV untuk tontonan para peminat.

Lagu ini juga boleh didengar di iTunes, Spotify, Joox, KKBox, Raku & PSonar.

Perkembangan terkini, izzue sedang menjalani pengambaran telefilem “Pengemis Itu Saudaraku” yang akan disiarkan di TV3.

Sahabat Izzue Islam

Komen via Facebook

Komen

Lirik Lagu SAHABAT Izzue Islam

Lirik Lagu SAHABAT Izzue Islam
(IIAN Music)

Malam sunyi menemani sepiku
Bintang berkelip tabahkan hati gugup
Indah bulan menyuluh gelap malam
Indah dirimu bagai bintang disyurga

Tapi tanpa keberanian
Mimpimu takkan bermakna
Sahabat usah gentar menggapai bintang
Walaupun diri tak terdaya

Jangan menyerah kalah
Terus berdiri
Berlari dan mengejar harapan
Kabus pagi menghalang pandanganku
Terus berlari mengejar impianku

Cita-cita, cinta dan juga harapan
Tinggi menggunung
Mustahil untuk ku gapai
Tapi dengan keberanian
Mimpimu akan bermakna

Penyanyi : Izzue Islam
Lirik & Komposer : IIAN

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });