3 Sebab Kenapa Budiey Tertarik Dengan TIGUAN VOLKSWAGEN

Baru-baru ini, Budiey berpeluang memandu uji kereta jenis Tiguan, SUV Volswagen generasi kedua. Sempat la bawa pergi jalan-jalan sambil shopping raya.

Berikut ini, Budiey nak ceritakan pengalaman memandu kereta idaman ini yang paling sukses dengan lebih 2.8 juta unit telah dijual sehingga kini di seluruh dunia.

IMG_6865

Untuk info pembaca, dua varian Tiguan telah diperkenalkan di pasaran Malaysia, Comfortline dan Highline. Kedua-dua varian ini dipasang di kilang pemasangan Volkswagen milik DRB-Hicom di Pekan, Pahang.

Tiguan ini telah mendefinisikan semula standard baru dari segi reka bentuk, keselesaan dan fungsi di mana ia direka dengan sangat terperinci untuk ruang kabin yang lebih luas dan fleksibel.

tiguan-01

1. ENJIN DAN PRESTASI

Perkara yang utama sekali jika nak beli kereta, sudah tentu kita nak tengok enjin dan prestasinya macamana kan? Dengan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 1.4L yang ada pada Tiguan ni, Budiey kira ia cukup membuatkan korang rasa berpuas hati. Enjin yang bermutu dan berprestasi tinggi membuatkan pemanduan kita bertambah lancar.

Satu lagi, penggunaan bahan api yang jimat iaitu hanya 6.7 liter bagi 100 km (14.9 km/l). Jangan tak percaya, kalau Budiey katakan, minyak petrol sangat menjimatkan. Lambat nak habis minyak. Budiey boleh nampak, walaupun kita memandu jauh balik kampung pun, meter minyak lambat nak turun.

Antara elemen menarik yang turut ditampilkan pada SUV 2WD ini ialah ia turut dilengkapi dengan sistem penghidup enjin automatik yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api dan pemancaran karbon dioksida. Patutlah kereta Tiguan antara kereta Volkswagen paling popular.

IMG_6847

2. REKAAN DALAMAN YANG SELESA

Budiey paling suka apabila kereta ini memperkenalkan ciri dan fungsi serba baharu seperti kemasukan tanpa kunci KESSY. Ini bermakna korang hanya perlu menekan jari di pemegang pintu kereta. Senang dan mudah. Lagi pun zaman sekarang ni, tak perlu nak guna kunci sangat lah. Zaman dah moden. Jadi, kunci kereta boleh simpan dalam poket. Amacam?

Kemudian, lihat pada stering multi fungsi dibalut kulit, fuh mengancam habis. Memang stylish dan sporty sangat.

Tambahan lagi, Budiey suka dengan ciri-ciri yang membuatkan korang rasa selesa apabila memandu seperti paddle shiffer untuk penukaran arah yang lebih mudah, cermin pandang belakang anti-silau dan kawalan jelajah dan Park Assist.

IMG_6860

Rasanya jika korang pandu uji kereta ini pastinya jatuh cinta pandang pertama sebab reka bentuk luaran yang sporty dan keadaan dalamannya yang sangat selesa. Rekaan dalaman Tiguan Highline masih mengekalkan standard seperti model premium Volkswagen lain dengan tahap keselesaan dan kemewahan berkualiti, seperti kemasan tempat duduk upholsteri kulit Vienna, perehat tangan yang boleh dilaraskan ketinggiannya, dan Paparan Info Aktif skrin sesentuh lebih besar 12.3 inci.

Rekaan dalaman kereta ni sangat kemas, compact dan yang penting sejuk mata memandang. Sistem paparan sesentuh boleh di naik taraf kepada fungsi App Connect untuk Apple CarPlay dan Android Auto dan Mirror Link.

SKRIN sesentuh yang lebih besar 8 inci. Ruang tempat letak barang pula boleh memuatkan 615 liter, 145 liter lebih besar berbanding model sebelum ini. Ruang boleh diluaskan lagi kepada 1,655 liter dengan merebahkan tempat duduk bahagian belakang.

IMG_6848

Tiguan Highline diperkemaskan dengan roda aloi 18 inci, roof rail warna krom dan lampu LED hadapan dengan DRL LED lengkap fungsi Dynamic Cornering Light. Pintu but pula boleh dibuka menggunakan kuasa elektrik.

Sistem pendingin hawa pada Highline dibahagikan kepada 3-zon (kiri, kanan dan penumpang belakang), selain kamera undur bagi kemudahan pemandu.

Untuk tempoh terhad, sistem paparan sesentuh itu boleh dinaik taraf kepada fungsi App Connect untuk Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink pada harga promosi RM699 (berbanding harga asal RM1,099). App Connect terdiri daripada tiga teknologi yang membolehkan anda menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit pada sistem infotainment. Ia disokong oleh Android Auto, Apple Carplay dan Mirrorlink.

IMG_6885

Okay, kita tinggal pasal enjin. Apa yang menarik hatinya untuk memiliki Tiguan adalah kemasan bahagian dashboard. Cukup elegan dan mewah sekali. Setiap butang kawalan senang dikendalikan. Mudah dan segalanya ada tersedia depan mata. Kami berdua setuju jika dapat katakan sentuhan lembut pada permukaan papan pemuka dan bahagian pintu juga menyuntik sedikit elemen mewah.

Budiey juga suka dengan stering Tiguan ni. Stering Tiguan ni dibalut dengan leather dan grip yang nampak sporty. Tak cukup dengan itu, Tiguan ini juga dilengkapi dengan lampu ambien yang menyala pada garis pintu dan kemasan sisi untuk ruang kabin yang lebih cerah.

Yang uniknya, Tiguan didatangkan dengan brek parkir elektrik. Mula-mula cuba guna, Budiey pun tertanya-tanya gak kat mana pulak hand-break kan? Puas Budiey cari tak jumpa. Rupanya, hand break tu terletakknya kecil je dekat dengan gear. Fungsinya auto hold, pemegang tombol balutan kulit, cermin pandang belakang anti silau.

2017-volkswagen-tiguan-s-auto-suv-rear-seat

Kemudian, tempat duduk belakang boleh dilipat yang mampu diposisikan pada empat sudut berbeza, begitu juga dengan meja kecil pada belakang tempat duduk depan, jadi ini memudahkan kita nak makan minum rasa macam dalam flight pulak kan.

Untuk caj bateri henset pulak takde masalah. Soket 12 volt pada bahagian konsol tengah. Sistem tempat duduk boleh laras untuk keselesaan pemandu. Oh ya, Budiey lupa nak sentuh pasal pendingin hawa dalam kereta ni.

Ada lapan lubang air cond kat dashboard depan. Patulah sangat selesa sebab Tiguan ni menggunakan sistem penghawa dingin Air Care Climatronic dengan 3 zon kawalan suhu. Tak sampai 15 saat, kita dapat rasa sejuk dan nyaman sekali.

3. PENGGUNAAN MINYAK PETROL YANG MENJIMATKAN

Selain ada ciri-ciri keselamatan, kereta ini menjimatkan minyak petrol. Bayangkan kami boleh jimat dengan mengisi minyak pergi dan balik dari Kuala Lumpur – Melaka. Itu pun dah cemuh kami bawak pergi shopping raya dan jalan-jalan di sekitar bandar Melaka. Minyak tak habis-habis. Itulah teknologi dan inovasi TSI dan DSG. Jimat giler kot.

Bukan mudah nak tempuh perjalanan ke Melaka sebenarnya. Kami terpaksa memandu dalam keadaan jalan yang macam-macam. Bengkak bengkok, lurus dan naik bukit. Fuh, semua itu menguji kemampuan dan kehebatan Tiguan.

Bukan apa, kata nak uji kemampuan enjin. Tapi betul, Tiguan ni memang stabil walapun dibawa dengan laju. Jangan silap buat andaian, kami bawa laju bertempat, bukan main redah je, okay.

Tiguan menawarkan pecutan mengagumkan dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 8.9 saat.

Budiey cuba memotong kenderaan kat depan dengan laju dan lancar. Ternyata Tiguan mampu membawa kami dengan cemerlang sekali. Orang kata, tak perlu nak menekan pedal pendikit sehabis mungkin. Kerahan tenaga tidak perlu dipulas seratus peratus sebab Tiguan ni bijak untuk mempamerkan prestasi yang seakan tersembunyi di sebalik kelembutannya.

Kami tak berhenti pun sebab berpuasa. Jadi, walaupun jauh, nampaknya Tiguan sangat steady walaupun berkapasiti 1.4 liter TSI empat silinder suntikan terus bahan api, ternyata ia gagah dipacu.

Okay bercakap pasal gear pula, semasa Budiey buat tukar gear, dapat rasa ia masih lancar.

tiguan-02

Ada masa drive balik kampung ni buat kami mengantuk. Jadi, dengan Tiguan yang memang mementingkan aspek keselamatan, Tiguan dilengkapi dengan sistem pengesan ‘Rest Assist’ yang mampu memberikan amaran jika pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

Dilengkapi dengan lampu utama LED adaptif dan lampu belakang LED. Memang terang benderang walaupun cuaca berkabus dan hujan.

Pendek kata, segala yang dibuat atas dasar keselamatan. Tiguan turut menampilkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), enam beg udara, tiga-poin tali pinggang keselamatan dan sistem anti kecurian, selain ciri standard seperti ABS dan Bantuan Brek (BA). Haa, mana nak cari.

Paling best sebab Tiguan ni didatangkan dengan pintu but belakang elektrik. Tak payah nak guna tenaga. Yang penting sekali, bonet belakangnya sangat luas. Jadi senanglah nak letak barang dan beg semasa pulang beraya nanti.

Ia ditawarkan pada harga sebelum pendaftaran RM148,990 seunit bagi varian Comfortline dan RM168,990 bagi Highline. Ia didatangkan dalam lima warna iaitu putih (Pure White), hitam (Deep Black), biru (Atlantic Blue), perak (Tungsten Silver), Ruby Red dan kelabu (Indium Grey).

IMG_6877

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut: https://www.volkswagen.com.my/tiguan

Komen via Facebook

Komen

San Francisco Coffee Tampil Dengan Wajah Baru Dengan Nama SF Coffee

Selepas menyajikan kopi paling baik selama hampir dua dekad, SF Coffee atau lebih dikenali sebagai San Francisco Coffee, kini hadir dengan wajah baru untuk rangkaian kedainya yang menggabungkan suasana nyaman dengan dekorasi yang diceriakan oleh hasil karya daripada para pelukis tempatan.

“Penjenamaan logo dan nama baru SF Coffee ini walau pun baru, namun ianya tetap tetap dikenali. Ianya merangkumi keseluruhan identiti korporat jenama tersebut, dengan aspek pembaharuan paling ketaranya iaitu kelainan konsep hiasan dalaman bagi setiap kedai juga peningkatan yang baik dalam menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan khas untuk para pelanggan kami,” ucap Dato’ Jaya J.B Tan, Pengerusi Envictus International.

Thumbs Up to SF Coffee for having Top of the Crop Coffees and has served up freshly brewed look at the new rebranding launch today

San Francisco Coffee Tampil Dengan Wajah Baru Dengan Nama SF Coffee

Kedai baru ini direka sebagai perangsang emosi (Mood Modulator) untuk pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk dengan memberi kepuasan kepada lima deria rasa serta mencipta pengalaman yang menyeronokkan buat mereka.

“Rangkaian kedai kami kini menampilkan ciri baru dengan wajah lebih segar dan suasana nyaman lagi mendamaikan untuk para pelanggan menikmati kopi unggul kami, yang merupakan satu-satunya perkara yang kekal konsisten. Kami tidak akan memberi kompromi dengan kualiti kopi yang dihidangkan oleh SF Coffee,“ jelas Cik Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee Sdn. Bhd. semasa memperkenalkan logo dan konsep kedai barunya, yang terletak di The Envictus di Petaling Jaya.

Cawangan yang berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi di The Envictus itu dihiasi dengan warna terang yang nyaman dan selesa dengan elemen kayu. Rangkaian kedai SF Coffee lain yang diperbaharui akan menampilkan identitinya yang tersendiri bergantung pada lokasi.

Setiap rangkaian baru juga bakal mempunyai ruang bagi memaparkan hasil karya artis tempatan. Cawangan di The Envictus menampilkan hasil karya DuDu de Doodle, seorang penggemar kopi yang melukis gaya lukisan doodle bagi menyebarkan daya positif.

Pada masa ini, SF Coffee memiliki 37 rangkaian kedai bertema yang terletak di seluruh Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kini jenama ini mula meneroka pasaran Malaysia Timur bagi merancang pembukaan kedai di sana pada tahun 2018.

Dato' Jaya and Sue San spill the bean on SF Coffee new look

“SF Coffee telah bertapak di Malaysia selama hampir dua dekad dan transformasi ini adalah bagi memenuhi keperluan para pelanggan kami yang berubah-ubah, dan pelbagai sebab untuk mereka menikmati jenama kami supaya mereka dapat terus menghargai diri mereka sendiri dengan menghirup kopi paling segar, mendapat perkhidmatan terbaik dan pengalaman yang lebih menyeronokkan,” kata Koo.

“Kami mendapatkan biji kopi kami dari ladang kopi terbaik di seluruh dunia dan mencari yang luar biasa. Bagi menyalurkan pengalaman SF Coffee, kami memanggang kopi kami di sini bagi memastikan kesegaran yang paling unggul dan melatih barista kami supaya melambangkan budaya kami secara cemerlang memandangkan kami amat mementingkan proses membru untuk setiap cawan kopi yang bermula dari mendapatkan bekalan, memanggang, hingga ke penuangan ke dalam cawan,” tambah beliau.

Yang Berbahagia Dato' Jaya J.B Tan, Chairman of Envictus International

Komen via Facebook

Komen

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang JEUNESSE

Menyedari kulit muka makin kronik dan memerlukan penjagaan rapi, Budiey terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru JEUNESSE yang dilancarkan di Malaysia pada 14 Julai lalu jam 3 petang. Difahamkan Malaysia merupakan negara pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan JEUNESSE kepada pengguna. Tahniah buat pengguna di Malaysia.

Apabila terdedah dengan cuaca matahari terik di luar dan suhu dingin di dalam bilik yang berhawa dingin membuatkan kulit saya hilang kelembapan dan kering. Sampaikan nak bercakap pun susah sebab terlalu tegang. Apabila kulit kering, saya perasan ia menjadi memggelupas. Kadang-kafang kulit rasa gatal.

JEUNESSE

Apabila mendapat tahu, produk JEUNESSE mengandungi formula yang cukup eksklusif iaitu youth-enhancing polypeptide technology, saya rasa mahu mencuba produk ini.

Produk yang sesuai dengan semua jenis kulit ini memgandungi 3 rangkaian iaitu NV Primer, NV BB Perfecting Mist Foundation dan NV Bronzer.

Senang digunakan di mana sahaja dan tak kira masa.

NV Primer ni kira killer product sebab ia mencipta lapisan kanvas yang berfungsi seperti bedak asas dengan hanya satu sapuan. Ia juga dapat mengurangkan garisan penuaan dan liang roma. Jadi tak perlulah nak sapu bedak asas lagi. Produk ni sangat mudah digunakan sebab kita hanya perlu spray ke muka. Tak perlu nak ambil masa yang lama untuk bersolek. Jadi kepada anda yang mengamalkan gaya hidup yang sibuk dan

NV BB Mist Foundation pula membantu untuk memgaburkan permukaan tona kulit yang tidak sekata menjadi lebih segar, menawan dan sihat bermaya. Lagi pun, produk ini dicipta untuk semua jenis kulit dan ia tidak berminyak.

Ternyata, produk ini disyorkan oleh pakar kulit. Menurut penasihat kesihatan, Dr. Donna Antarr memerangkan tentang sains serta teknologi di sebalik produk NV. Manakala jurusolek antarabangsa yang terkenal, KF Bong telah buat demonstrasi dengan menggunakan produk NV yang mana beliau juga memgesyorkan produk ini kepada selebriti dan semua yang mempunyai masalah kulit wajah.

Menurut Cassiah Jay, Senior Director Digital Marketing Jeunesse Global, produk NV adalah selamat digunakan kerana ia tidak mengandungi phthalates, parabens, sulfates dan sebagainya. Produk NV BB Perfecting Mist Foundation memgandungi formula anti penuaan yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kecantikan kulit.

Produk ini disyorkan untuk korang yang sentiasa ke mana-mana dengan bersolek. Ini kerana produk ini seperti bedak asas yang natural dan asli. Dipercayai dengan produk ini, kulit akan lebih terjaga dan melindungi daripada anasir luar yang dapat merosakkan kulit.

Selain vitamin A dan E, produk ini ada anti-oksida yang melembapkan kulit serta aloe yang kaya dengan khasiat untuk kulit.

Untuk info lanjut boleh layari: https://www.facebook.com/JeunesseHQ/

Komen via Facebook

Komen

Kolaborasi Shopee & Senheng Tawarkan 500 Produk dengan Harga Terendah

Shopee, pasaran social mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan berbangga untuk mengumumkan pelancaran Kedai Rasmi Atas Talian Senheng di platformnya hari ini, sebaris dengan jenama terkemuka seperti Unilever, Nestlé’, Sandisk, GoPro, OPI, GNC dan banyak lagi.

SenHeng X Shopee 02

Lebih 500 produk berjenama ditawarkan pada harga rendah dari kategori kunci seperti Perkakas Kecil, TV & Audio dan Telefon Bimbit & Gajet untuk mencapai sasaran Senheng berjumlah RM3 juta pada Nilai Dagangan Kasar (GMV) sehingga hujung tahun 2017.

“Perkakas Rumah (Home Appliances) adalah satu satu kategori utama Shopee tahun ini. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Senheng atas dasar mempunyai visi yang sama dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah untuk pengguna khususnya bagi produk perkakas rumah. Usahasama dengan peruncit produk elektronik dan perkakas rumah terkemuka seperti Senheng merupakan satu pencapaian besar bagi Shopee dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan lebih erat,” kata Pengurus Kategori, Perkakas Rumah dan Rumah & Ruang Tamu, Shopee, Edward Ling.

SenHeng X Shopee 01

“Usahasama strategic dengan Shopee memfokuskan pada menembusi segmen m-dagang, seiring dengan pelan transformasi runcit kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang mudah untuk pengguna. Pendekatan perniagaan komuniti yang diamalkan oleh Shopee akan memanfaatkan Senheng. Ia merupakan satu platform yang sesuai untuk mendidik pengguna menerusi Pemasaran Unik (unique selling proposition) berkaitan dengan Program Ganjaran PlusOne sebagai kunci yang membezakan kami (dengan pesaing) dalam pasaran berdasarkan harga (price-driven market),” kata Wong Che Hoe, Pengarah Eksekutif, Senheng® Electric (KL) Sdn. Bhd.

Pelancaran Kedai Rasmi Atas Talian Menawarkan

Mengulas lanjut tentang pelancaran tersebut, Senheng mendapati faktor utama terhadap perubahan tabiat membeli-belah pengguna dipengaruhi oleh kehadiran atas talian (online presence) dan kandungan yang lengkap. Sebagai salah satu peruncit elektronik terulung di Malaysia, mereka mensasarkan untuk mengukuhkan penembusan pasaran dalam segmen pasaran ini berdasarkan potensi m-dagang yang menjadi tunjang utama dalam anjakan pasaran runcit.

Beko Blender

Senheng Yakin Jana RM3 Juta Atas Platform Shopee

Bagi meraikan kerjasama rasmi antara Shopee dan Senheng, penguna boleh menikmati penebusan baucar sehingga RM500 bagi produk terpilih selain jualan murah bagi produk terpilih pada harga terendah di pasaran. Penghantaran percuma ditawarkan bagi setiap pembelian melebihi RM500 bagi setiap daftar keluar (check-out) di Semenanjung Malaysia.

Juicer

Lebih 500 Produk Berjenama Pada Harga Rendah

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka, Senheng akan terus meluaskan capaian mereka menerusi pelbagai platform seperti luar talian (offline), atas talian, e-dagang dan m-dagang untuk menjadikan jenama mereka lebih dekat kepada pengguna.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

Air Fryer

Komen via Facebook

Komen

Cara Dapat Tawaran Lebih Rendah & Shopee Akan Menebus Semula

Shopee, pasaran sosial mudah alih No 1 di Asia Tenggara dan Taiwan melancarkan ‘Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah’ dari 20 hingga 27 April 2017 di seluruh negara untuk kekal selari dengan perkembangan terbaharu produk teknologi. Sepanjang kempen ini, peminat telefon bimbit dan gajet boleh menikmati potongan harga sehingga 80% bagi jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, OPPO dan Xiaomi.

(nocta)crazy_inapp

Cari Tawaran Lebih Rendah dan Shopee akan Menebus Semula

“Menerusi Kempen Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah ini, Shopee mengukuhkan lagi kedudukan sebagai platform e-dagang pilihan bagi semua peminat gajet di negara ini. Sekiranya anda terjumpa mana-mana platform e-dagang yang menjual model telefon yang sama pada harga lebih rendah, kami akan menebus semula sebanyak 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk baucar tunai. Itu Jaminan Shopee!” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Ian Ho 01

Rentetan daripada kejayaan kempen telefon bimbit sebelum ini di platform Shopee, Jualan Harga Telefon Bimbit Terendah ini membariskan beberapa promosi menarik termasuklah harga telefon paling murah dari serendah RM60 setiap unit. Antara model telefon bimbit terpilih termasuklah Samsung Galaxy J2 Prime for RM389 (RRP: RM499), Asus Zenfone 2 ZE551ML for RM539 (RRP: RM589), Lenovo Vibe S1 Lite for RM439 (RRP: RM649), Apple iPhone 5 for RM475 (RRP: RM799) and Xiaomi Redmi Note 4X Dual Sim for RM489 (RRP: RM899).

(nocta)120lowest_inapp

Jaminan Jualan Harga Terendah untuk Si Gila Gajet

Bagi mereka yang ingin terus mengikuti perkembangan semasa, dua model terhangat telefon bimbit; Apple iPhone 7 RED 128GB dan Huawei P10 Lite akan dijual pada hanya RM3,400 dan RM1,099 untuk tempoh terhad.

Bermula dari 12.00 pm pada 20 April 2017 hingga 12.00 pm pada 27 April 2017, semua pembelian melebihi RM50 sepanjang promosi Gadgets Crazy Deals dan Best Price Tech Specials membolehkan pembeli menebus baucar bernilai RM8. Flash Sales akan berlangsung pada 20 April 2017 dari pukul 12 tengah hari hingga 3.00 petang dan 7.00 pm hingga 10.00 malam dengan produk semurah RM1 bawah Kategori Telefon Bimbit dan Gajet (Mobile & Gadgets).

20170411_BestPriceTechSpecial_inapp(nocta)

Telefon Bimbit dan Gajet merupakan salah satu kategori terlaris dalam platform Shopee. Dengan Program Penghantaran Percuma seluruh negara dan Komisyen Sifar (0) yang ditawarkan kepada penjual Shopee, mereka mampu memberikan potongan harga yang lebih menarik untuk pengguna. Ini merupakan salah satu faktor yang membolehkan Shopee menjadi platform e-dagang kegemaran rakyat Malaysia.

Selepas kempen ini, Shopee merancang untuk membuat pengumuman rasmi Pembayaran Waktu Terima (cash-on-delivery), satu projek usahasama dengan Pos Malaysia pada 4 Mei 2017 sebagai sebahagian strategi perniagaan untuk menggalakkan lebih ramai pembeli mencuba sendiri kenikmatan membeli-belah atas talian. Program COD ini akan dilancarkan di kawasan sekitar Lembah Klang sempena Kempen Cahaya Raya bersama Shopee.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.

20170418_Asus_2

20170418_Xiaomi_2

20170418_Samsung_2

Komen via Facebook

Komen