Betul Ke Kereta Izreen Dicat Dengan Tulisan ‘Perampas Laki Orang’

PANAS… Laman sosial tempatan kecoh apabila foto sebuah kereta didakwa milik aktres, Izreen Azminda yang disembur cat dengan tulisan ‘Perampas Laki Orang’, menjadi tular sejak pagi Rabu.

Bagaimanapun, BH Online yang menghubungi pelakon wanita berkenaan atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 32, menafikan dakwaan kereta terbabit adalah milik beliau.

izreen

“Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran projek drama terbaharu arahan Ziela Jalil, Geng Tadarus Untuk Ramadan yang bakal disiarkan stesen RTM,” katanya.

Ditanya ramai menyangka kereta terbabit miliknya, Izreen yang baru-baru ini dihambat kontroversi selepas menjadi isteri kedua seorang pemuzik, memberitahu beliau sudah lali dengan tuduhan melulu masyarakat.

“Biarlah apa orang hendak kata atau fikir… Janji hidup saya tetap okay. Seandainya, terjadi pada diri saya sekalipun, negara kita pun masih lagi ada undang-undang,” katanya dengan nada tenang.

Sebelum ini, Izreen menjadi perhatian ramai apabila Intan Liana Saleh, 32, yang juga isteri pertama suami aktres itu, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude membuat pengakuan rela hidup bermadu dengan pelakon itu.

Izreen dan Ude, 29, yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya, Selangor berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Janna Nick Duta Terbaru vivo V7+

Hari ini, vivo melancarkan V7+ terkini diMalaysia. Ia adalah telefon pintarberasaskan selfie yang dilengkapi kamera depan 24MP, flash LED serta Paparan FullViewTM. Telefon pintar siri V terbaharu ini memaparkan ciri-ciri fotografi dan skrin yang luar biasa, serta rekaan yang bertujuan memperkasakan konsep ekspresi kendiri di kalangan pengguna yang celik media. Berdasarkan keperluan golongan muda hari ini, V7+ telah mempertingkatkan dari aspek selfie, membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi memori-memori yang bermakna.

Untitled

vivo memperkenalkan V7+, Telefon Pintar Berasaskan Selfie yang Terkini di Malaysia

V7+ adalah telefon pintar yang berasaskan fungsi selfie. Ia mencerminkan misi vivo dalam memperkasakan ekspresi kendiri di kalangan generasi yang seterusnya. Ia memaparkan pelbagai teknologi canggih dalam semua aspek, bermula dari kamera depan, penangkapan gambar sehinggalah galeri, seterusnya membolehkan pengguna yang celik media mencipta serta berkongsi memori-memori yang paling menarik.

V7+ merupakan Telefon Pintar Pertama dengan Paparan FullViewTM, Kamera Depan 24MP serta flash LED yang Menawarkan Selfie dan Gambar yang Paling Sempurna

“Sebagai pengguna telefon pintar yang aktif, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada saya. Dengan adanya Paparan FullViewTM serta kamera depan 24MP, vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini. Bukan sahaja V7+ dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” demikian kata Janna Nick, Duta vivo V7+.

Untitled

Tiada lagi gambar dan selfie kabur dengan V7+
V7+ melambangkan keagungan vivo sebagai pelopor selfie sempurna dengan kamera depan 24MP yang unggul beserta flash LED bagi menghasilkan selfie yang berimej tajam dan jelas. Menerusi warna yang semula jadi, kontras yang baik serta latar belakang yang jelas, V7+ menjanjikan detik memori yang jelas lagi menarik.

Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi. Contohnya, ciri Face Beauty 7.0 dapat mencerahkan dan menghasilkan rona warna kulit yang lebih seimbang walaupun dalam keadaan gelap. Portrait Mode dalam V7+ pula mengaburkan latar belakang demi mendapatkan kontras yang lebih tajam dan visual yang lebih tajam bagi menghasilkan selfie yang bergaya.

Pengalaman cinematik yang mengujakan dengan Paparan FullViewTM
V7+ dilengkapi Paparan FullViewTM 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5%, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional. Tambahan pula, pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan, dengan 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan serta bezel senipis 2.15mm yang akan meningkatkan pengalaman visual pengguna.

Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang mampu menghalang panggilan dan mesej bagi menjamin pengalaman gaming tanpa gangguan.

Dilengkapi pelbagai sistem operasi dengan prestasi luar biasa
V7+ juga dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna. Berdasarkan tradisi vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa. Di samping itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekaligus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.

Harga dan kebolehdapatan
V7+ bakal dijual bermula pada 29 September 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang.

Imej-imej beresolusi tinggi V7+ boleh didapati di www.vivo.com/my

Komen via Facebook

Komen

Peraduan Premiere With Budiey Filem MOTHER!

Hai semua pembaca, pada bulan ini, Budiey.com mahu menjemput pembaca dan Budieyators bersama selebriti untuk menonton sebuah filem psiko-thriller yang padat dengan aksi suspen yang cukup mendebarkan iaitu MOTHER!.

Jika anda pengemar filem lakonan terbaik pelakon jelita, Jennifer Lawrence yang pernah menang trofi pelakon terbaik di Oscars , haaaa… filem ini memang khusus untuk tontonan anda!

Sebelum menonton kisah yang cukup menarik ini, Budiey mahu korang tonton trailer filem arahan Darren Aronofsky, MOTHER! di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya ditayangkan di pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

MOTHER!

Filem ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang tinggal di sebuah rumah yang terpencil namun ketenangan mereka telah diganggu dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang menginap di rumah mereka.

Selain Jennifer Lawrence, filem ini menggandingkan pelakon hebat dari Hollywood iaitu Javier Bardem, Ed Harris, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, dan ramai lagi.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer MOTHER! yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok filem aksi cemas mendebarkan lagi penuh misteri lakonan hebat dari Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis dan ramai lagi ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 28 September 2017.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi yang padat dengan aksi horror mendebarkan, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Peraduan Tayangan Premiere MOTHER!

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 89 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

27 September 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1 UTAMA, Hall 3

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere MOTHER! – Budiey.com di TGV 1 UTAMA, Hall 3. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MotherMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MotherMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Siapakah pengarah yang mengarah filem MOTHER!

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere MOTHER! – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere MOTHER!  – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

26 September 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 28 September 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Fattah Amin Bakal Dilantik Duta Tilam King Koil

Masa tengah laris, tengah meletop dan tengah popular ni lah kena kaut semua tawaran job yang datang, ye dak? Rezeki jangan ditolak. Musih jangan dicari. Peduli apa kalau orang kata tamak ke apa ker. Bukan diorang yang bagi kita makan.

Bukan mudah untuk dapat peluang menjadi duta atau jurucakap di zaman kemelesetan ekonomi sekarang. Sebab itulah kalau boleh bagi selebriti yang berada di kelas teratas, setiap produk atau jenama yang tu meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki,

Cakap pasal duta ni, Budiey nak ucap tahniah buat Fattah Amin sebab dengarnya beliau akan dilantik menjafi duta produk tilam jenama terkenal, King Koil. Wah, selepas produk MAYDAN, satu lagi jenama mengintai Fattah untuk dijadikan duta. Berita ni dikongsi Fattah Amin di Instagram Storynya, semasa menjalani sesi fotografi dan promo iklan tilam tersebut.

Walaubagaimana pun, masih belum acara pelancaran atau sidang media dibuat oleh jenama tersebut untuk mengumumkan berita gembira ini.

Semakin kena kecam, nampaknya rezeki Fattah Amin makin mencurah-curah. Syukur Alhamdulilah.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Sisi Kedewasaan Kaka Azraff Menerusi Lagu KEMBALI

Selepas memunculkan Terima Kasih yang menjadi siulan peminat pada tahun lalu, Nor Atiqa Noor Azraff atau nama pentasnya, Kaka Azraff meneruskan kecintaan seni dengan single terbaharu, Kembali merupakan karya sepenuhnya oleh The Good Fellas dengan sentuhan magis, Alif Abdullah sebagai produser.

Dan tiada lain, wanita berusia 28 tahun itu mensasarkan ekspektasi tinggi terhadap Kembali agar terus memekarkan popularitinya dalam lapangan hiburan apatah lagi usai satu demi satu single yang dipersembahkan pantas menjadi halwa telinga para pengikutnya.

Sisi Kedewasaan Kaka Azraff Menerusi Lagu KEMBALI

Menurut Kaka, Kembali merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya. Tidak hanya itu, single ini boleh
diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya.

“Lagu ini berkisar erti kebebasan di mana seseorang yang mempunyai perasaan kurang keyakinan diri memperoleh keberhasilan apabila keluar dari kepompong kesulitan hidup setelah mendapat petunjuk.

“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu terdahulu adalah disebabkan liriknya yang matang. Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, Kembali kedengaran lebih bersahaja daripada aspek melodinya,” kata Kaka yang cukup ternantikan pelancaran Kembali dalam waktu terdekat ini.

Menyambung bicara, pelontar lagu hit, Bukan Hal Aku ini memberitahu, Kembali menjalani pembikinan dan proses di belakang tabir selama dua bulan sebelum ia menjadi sebuah karya yang lengkap.

“Sejujurnya, komposer lagu ini merupakan seorang individu yang kreatif dan memiliki citarasa tinggi dalam setiap naskhah dihasilkan olehnya. Lebih menarik, dia sanggup bereksperimen sehingga mengeluarkan aneka versi demo Kembali sebelum saya membuat keputusan untuk memilih yang terbaik.

“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer ini. Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.

“Dan lebih signifikan, saya berharap agar Kembali mampu memberi magis sinar kepada semua yang mendengar dan mendalaminya.” akhiri Kaka yang merupakan wajah Selebriti Sokongan Riben Merah seliaan Majlis AIDS Malaysia.

Para peminat kini boleh mengundi lagu Kembali di http://era.fm/carta/era-fm/lagu-baru-nak-up yang bermula sejak tiga minggu lalu.

Video muzik Kembali akan menjalani penggambaran pada 10 September ini yang digarap oleh Mohd. Khairul Azri Md. Noor atau lebih dikenali sebagai Keroll.

Kembali merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan kolaborasi Uprising Entertainment Sdn. Bhd. selaku pihak pengurusan Kaka.

Kaka bakal mengeluarkan album penuh dengan dua buah lagu baharu termasuk Kembali, Terima Kasih dan Bukan Hal Aku dijadualkan pada hujung tahun ini.

Jutaan terima kasih kepada kepada majalah fesyen, kecantikan, hiburan dan gaya hidup popular, EH! yang memberikan kebenaran kepada Uprising untuk menggunakan foto jurugambar rasmi (in-house) mereka bagi digunakan sebagai gambar kulit depan single Kembali.

Komen via Facebook

Komen

Di Sebalik Muzik Video Pejamkan Mata Malique & Dayang Nurfaizah

Pada tarikh 8 Ogos 2017, muzik video Pejamkan Mata telah di muat naik ke Youtube secara rasminya.

Satu tarikh keramat yang di nanti-nantikan oleh orang ramai kini sudah pun tiba dan hanya dalam masa 18 jam, lagu ini telah mendapat sebanyak 83 ribu tontonan dan menjadi trending di Youtube pada kedudukan ke-lapan.

Pastinya ini suatu fenomena yang luar biasa tambahan pula para pelakon bagi muzik video ini juga bukan calang-calang orangnya. Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika, empat nama besar dalam industri seni tanah air telah bergabung bagi menjayakan muzik video ini.

Pastinya, kolaborasi mereka telah memberi satu sentuhan hasil karya yang mengagumkan. Arahan oleh Zul dari produksi Luey Motion Lab dan penggambaran muzik video ini hanya mengambil masa satu hari sahaja.

Teristimewa buat peminat Malique dan Dayang Nurfaizah, lagu ‘Pejamkan Mata ’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Obor Kuala Lumpur 2017 tiba di AirAsia RedQ

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, dengan bangganya menerima kehadiran obor Kuala Lumpur 2017 di ibu pejabatnya, RedQ hari ini bersempena dengan Larian Obor KL2017.

AirAsia merupakan Syarikat Penerbangan Rasmi dan Penaja Emas bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 di Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017.

Obor Kuala Lumpur 2017 tiba di AirAsia RedQ

Larian Obor tersebut telah diadakan di setiap negeri di Malaysia, bermula dari Johor pada 14 Mei 2017 dan seterusnya ke lokasi-lokasi ikonik di semua negeri dan wilayah sebelum tiba di Selangor bermula dari 31 Julai hingga 5 Ogos 2017.

Hari ini, Larian Obor bagi sesi di Sepang bermula dari Balai Berlepas Utama KLIA dan berakhir di AirAsia RedQ dengan jarak sejauh 5.9km. Larian Obor KL2017 ini merupakan kesinambungan daripada Larian Baton Rising Together yang telah berlangsung di 10 negara Asean dan Timor Leste bersempena dengan Kuala Lumpur 2017.

Lebih 800 pelari mengambil bahagian dalam larian obor ini, di mana ia telah disaksikan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X; Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia ; Kathleen Tan, Presiden AirAsia China dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad. Ketibaan obor tersebut telah disambut meriah bersama- sama AirAsia Allstars di hadapan RedQ.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, “AirAsia amat teruja untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan yang akan datang dan kami amat berbesar hati menerima kehadiran obor ini di RedQ. Sukan merupakan sebahagian daripada komitmen kami dan sebagai syarikat penerbangan Asean, adalah amat tepat bagi kami untuk mengambil bahagian dalam acara sukan terbesar di rantau ini – sebuah acara yang sarat dengan mesej perpaduan dan kerjasama – dan kami amat berbangga menerima obor tersebut di ibu pejabat kami.”

Sukan SEA ke-29 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19-30 Ogos 2017, dan akan mempamerkan sejumlah 405 acara bagi 38 sukan dengan kedatangan atlet-atlet dari 10 buah negara Asean dan Timor Leste.

Sukan Para Asean ke-9 pula akan berlangsung dari 17-23 September 2017, akan menonjolkan para atlet yang kurang upaya dari Asean bersaing untuk merebut gelaran juara dalam 16 acara sukan para.

Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA dan kali ketiga menjadi tuan rumah Sukan Para Asean.

Kuala Lumpur 2017 merupakan acara pertama yang akan diadakan sejak pembentukan Komuniti Asean 2015, seperti yang digambarkan melalui tema “Rising Together”.

AirAsia amat berminat dalam bidang sukan. Kerjasama bersama Kuala Lumpur 2017 ini merupakan sebahagian daripada kempen sukan #DARETODREAM AirAsia yang bertujuan untuk mengembangkan bidang sukan dan memupuk bakat muda dari semua peringkat di Malaysia dan juga di seluruh rantau Asean.

Barisan atlet AirAsia di bawah kempen #DARETODREAM termasuklah jaguh trek berbasikal negara seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa, serta penerjun negara, Leong Mun Yee. AirAsia turut bekerjasama dengan atlet bina badan Faiz Ariffin dan pemandu go-kart, Muizzuddin Musyaffa. Selain itu, AirAsia juga kerap mengadakan pusat latihan bagi atlet muda yang bersemangat tinggi, seperti Klinik Kejurulatihan Tahunan bersama perenang Olimpik Ben Proud dan bersama Kelab Bolasepak Inggeris, QPR.

Baru-baru ini, AiraAsia telah menjadi penaja utama bagi liga remaja terbaru iaitu Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM, dan juga penaja Liga Ragbi Malaysia AirAsia dan Liga Junior KL AirAsia.

Ikuti perjalanan sukan AirAsia melalui hashtag #DARETODREAM atau ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk maklumat dan aktiviti terkini.

Obor Kuala Lumpur 2017 tiba di AirAsia RedQ

Komen via Facebook

Komen