Suria Bawakan Siaran Luar Radio Yang Pertama Di Atas Cruise

Stesen radio Suria akan berkolaborasi bersama Cruise Tasik Putrajaya bagi menjayakan siaran luar radio yang pertama di atas kapal cruise pada Sabtu ini, 5 Mei 2018 di Putrajaya. Menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, acara kolaborasi ini bertujuan untuk mencuba sedikit kelainan dalam penganjuran acara siaran luar radio. “Suria sentiasa […lagi…]

The post Suria Bawakan Siaran Luar Radio Yang Pertama Di Atas Cruise appeared first on Sensasi Selebriti.

Datuk Fazley Yaakob Dilantik Wajah Kempen Ramadan Chatime

Cef selebriti dan penyanyi popular, Datuk Fazley Yaakob, 40, dilantik sebagai wajah kempen Ramadan jenama terkenal dan francais bubble tea antarabangsa, Chatime, pada sebuah majlis pelancaran yang diadakan di SukaSucre Bistro Khamis lalu. Menampilkan tema Buka Puasa, Buka Rasa, Fazley menghasilkan dua jenis minuman edisi istimewa; Bandung Sago Pearl Milk […lagi…]

The post Datuk Fazley Yaakob Dilantik Wajah Kempen Ramadan Chatime appeared first on Sensasi Selebriti.

Lenovo Malaysia Announces New Warranty Service

Creating positive customer experience with the new Lenovo PremiumCare warranty, worth up to RM379 to be purchased from as low as RM19.90 from 1 May to 30 June 2018 MALAYSIA, 3 MAY 2018 – Lenovo (HKSE: 992) (ADR: LNVGY), the world’s leading PC manufacturer has introduced Lenovo PremiumCare. As part […lagi…]

The post Lenovo Malaysia Announces New Warranty Service appeared first on Sensasi Selebriti.

Firdaus Nadxaman Kini Penerbit Filem

Bermula dengan kerja belakang tabir, pelakon Firdaus Nadxaman kini bergelar produser filem menerusi produksi miliknya, Guam TeamWork Sdn Bhd. Menurut Firdaus, filem Langsuir adalah projek filem sulung terbitan produksinya dengan kerjasama Nuansa Films. Filem yang mendapat sentuhan sutradara terkenal Osman Ali itu menyaksikan gandingan mantap Syafik Kyle dan Hannah Delisha. […lagi…]

The post Firdaus Nadxaman Kini Penerbit Filem appeared first on Sensasi Selebriti.

Liza Hanim Tuju Single Baru MIMPI Khas Buat Peminat

HALIZA HANIM atau LIZA HANIM merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anak didik Allahyarham Adnan Abu Hassan. Beliau mula dikenali ramai setelah menjadi naib juara petandingan Golden Teen Search pada tahun 1996. Disifatkan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik Malaysia yang menguasai industry muzik di era 2000-an.

WhatsApp Image 2018-02-20 at 3.14.29 PM

Sepanjang penglibatan Liza Hanim dalam dunia seni selama 22 tahun , beliau telah banyak memenangi pelbagai Anugerah seperti Naib Juara Golden Teen Search ( 1996), Juara Bintang Penghibur MHI ( 1999), Vokal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 17 ( Gelisah Mimpi ), Anugerah piala Perak, Festival Musik Shanghai ( 2001), Anugerah Personaliti Hiburan – Bakat Baru Pelakon (2002), Video Musik Pilihan – Anugerah Era-2004 ( Ku Teruskan )

Pada tahun 2017 Liza Hanim memasuki pertandingan GEGAR VAGANZA 4 dan mendapat gelaran Naib Juara, sejurus GV4 melabuhkan tirai, Liza Hanim telah dilamar oleh Penyanyi dan Komposer terkenal HAFIZ HAMIDUN dengan menghasilkan lagu berjudul ‘MIMPI’. MIMPI adalah hasil nukilan dari HAFIZ HAMIDUN dan Lirik ditulis oleh Saudara FEDTRI YAHYA.

Single terbaru ‘ MIMPI’ telah siap dirakam di studio rakaman ARTEFFECT SDN BHD (ARTEFFECT RECORD) milik Hafiz sendiri, setelah selesai rakaman lagu ‘MIMPI’ pihak pengurusan Liza Hanim iaitu LAUGH OUT LOUD ENTERTAINMENT mengeluarkan Muzik Video khas buat semua peminat yang selama ini menanti lagu baru dan MV dari artis kesayangan mereka.

MV ‘MIMPI’ ini mengisahkan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan kehilangan suami yang baru sahaja berkahwin. Bermula seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga bersama orang yang dicintai. Mereka akhirnya hidup bersama dan bahagia. Selepas bebebrapa bulan berkahwin , si suami meninggal dunia akibat penyakit misteri dan si isteri tidak dapat menerima hakikat pemergian suaminya. Setiap hari si isteri mengenangkan wajah si suami. Terus menanti dan mengharapkan si suami pulang dan bahagia seperti dahulu , tapi sayangnya semua itu ibarat MIMPI.

Harapan Liza Hanim dengan adanya single baru ‘MIMPI’ ini, sedikit sebanyak dapat mengubat hati semua peminat beliau yang selama ini tidak pernah putus menyokong karier beliau.

‘MIMPI’
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya

PEJAMKAN MATA
DENGARKANLAH DEBARANKU
YANG TAK BERHENTI
APAKAH INI GETARAN
SEPERTI NADA CINTA BERPADU
BAHAGIA TERHAMPAR DI LANGIT
DAN BINTANGNYA MENARI BERSAMA
FAHAMILAH BAHASA CINTA
TERINDAH…
KINI SAATNYA
KU SERAHKAN HIDUPKU UNTUK BERKASIH
BERSAMAMU BERTEMAN REMBULAN
TAK TERASA MALAM PUN BERLALU
KU TAK BISA MENUTU LAGI
BAHAGIAKU
NAMUN MIMPIKU
YANG DULU BERWARNA
KINI BERUBAH
JADI HAMPARAN LUKA
HANYA SEBENTAR
KU DAKAP CINTAMU
KAU PERGI…
KAU PERGI TAK AKAN KEMBALI

Komen via Facebook

Komen

Fattah Amin Bakal Lancar MRP DIET BY FATTAH AMIN

MAJLIS PELANCARAN Fattah Amin Bakal Lancar MRP DIET BY FATTAH AMIN

Semalam, Budiey ada menerima jemputan dari Fattah Amin untuk hadir di satu majlis pelancaran produk terbaru kelolaan Fattah Amin sendiri iaitu MRP DIET BY FATTAH AMIN. Wah! Tahniah Fattah kerana sekali lagi mengorak langkah untuk bergelar usahawan yang berjaya. Sungguh gigih ya pelakon popular yang seorang ini. Makin ligat untuk memberikan yang terbaik untuk peminatnya. Tahniah buat Fattah Amin. Semoga majlis pelancaran nanti berjalan dengan lancar.

MRP

Untuk pengetahuan, majlis pelancaran akan diadakan pada 16hb Februari, Jumaat jam 8:30pm bertempat di Hotel Premiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selebriti terkenal tanah air, Fattah Amin bakal melancarkan rangkaian produk dibawah syarikat yang dimiliki beliau iaitu MRP INTERNATIONAL SDN BHD.

MRP

Tentang Produk
Di bawah syarikat MRP INTERNATIONAL SDN BHD, mempunyai pelbagai produk makanan kesihatan, tanpa bahan terlarang iaitu MRP DIET & Berrytox.

MRP Diet terdiri daripada 3 jenis perisa iaitu sup Cendawan, sup ayam dan juga sup tom yam yang menahan lapar sehingga 5 jam. Sup diet ini juga meningkatkan metabolisma serta memberi tenaga harian.

MRP Diet didatangi di dalam kotak yang mengandungi 15 sachet (bungkusan) dalam 3 perisa yang berharha Rm69 sekotak

Sup ini diformulasikan di Switzerland dan dikilangkan di malaysia serta disahkan halal oleh pihak JAKIM. MRP Diet merupakan sup kurus yang pertama seumpanya di dunia.

MRP Diet adalah makanan kesihatan yang sesuai bagi semua golongan kerana ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Garcinia cambogia (asam gelugor) white kidney beans (Kacang buncis putih) L-Carnitine dan bijirin serta bahan-bahan yang berkhasiat dan selamat.

Mengikut fakta, Malaysia adalah antara negara yang paling obese didunia. Oleh itu MRP Diet boleh membantu rakyat malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit kronik akibat obesiti.

Selain MRP Diet, syarikat Fattah Amin juga mengeluarkan produk detox yang dikenali sebagai Berrytox.

Berrytox adalah produk kesihatan berasaskan buah-buahan berry yang terbukti keberkesanannya dalam menyah toksin dalam badan terutama bahagian usus.

Berrytox didatangi dalam kotak yang mengandungi 10 sachet (bungkusan) serta shaker percuma.

MRP

KONSEP PERNIAGAAN FATTAH BUSINESS NETWORK (FBN)

Produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD hanya boleh didapati daripada FBN sahaja, kerana pihak syarikat tidak menjual secara langsung kepada pelanggan.

Fattah Business Network (FBN) terdiri daripada Fattah Partners (FP) & Fattah Apprentice (FA)

Apakah itu Fattah Partners (FP)? FP adalah rakan niaga Fattah amin yang bertaraf stokis. Apa yang menarik ialah, FP menyimpan stok secara online (Cloud Warehouse). Untuk menjadi FP, modal yang diperlukan hanyalah serendah Rm2500 dan mendapat nilai produk berharga Rm3846. Keuntungan yangditawarkan kepada FP adalah 35%.

FP diberikan keistimewaan untuk menyertai latihan serta acara yang dikendalikan sendiri oleh pihak Fattah Amin.

Fattah Apprentice (FA) pula bermodalkan hanya Rm230 dan mendapat nilai produk berharga Rm307. Keuntungan yang ditawarkan kepada FA adalah 25%.

FA disasarkan kepada golongan yang baru mahu mencuba untuk menceburi perniaagaan ini.

Sistem perniagaan FBN ini adalah amat unik kerana ia lebih cenderung kearah perniagaan atas talian (online). Perniagaan ini sesuai dilakukan untuk mereka yang berminat berniaga secara sambilan dan juga sepenuh masa.

Tentang Fattah Amin
Selain amat meinati bidang lakonan dan nyanyian, Fattah Amin juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.

Fattah Amin menceburi bidang produk kesihatan ini kerana gaya hidup Fattah sendiri yang mementingkan kesihatan tubuh badan. Oleh itu dengan adanya produk-produk dari MRP International ini, dapat menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan peminat Fattah Amin serta rakyat Malaysia secara umumnya.Ini adalah cara Fattah menghargai peminat beliau supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Fattah menubuhkan syarikat MRP International bagi memasarkan produk MRP International melalui sistem stokis/agen yang unik serta menggunakan teknologi yang tinggi. Agen dan stokis yang dikenali sebagai FBN (Fattah Business Network) boleh menjual produk MRP Diet dan juga Berrytox secara online dan juga offline.

Fattah Amin yang juga merupakan Presiden dan CEO syarikat ini sering mengadakan sendiri sesi latihan untuk semua FBN.

Dimasa hadapan, Fattah Amin bercadang untuk mengeluarkan beberapa produk kesihatan lain yang sedang di jalankan R&D.

Produk MRP International Sdn Bhd kini berada di sekeuruh Malaysia dan Singapura

Fattah Amin mensasarkan untuk menembusi pasaran Indonesia & Timur Tengah tahun ini sebelum melebarkan sayap ke serata dunia.

FATTAH BUSINESS NETWORK (FBN)

Sistem Agen dan stokis yang dikenali sebagai FBN (Fattah Business Network) ini adalah satu sistem agen yang unik.

7 KEISTIMEWAAN JADI RAKAN NIAGA Fattah Amin (FBN)
.
?. Produk Yang Ada Permintaan Tinggi & Senang Nak Jual.
.
?. Latihan intensif kepada stokis yang dimentorkan sendiri oleh Fattah Amin secara offline & online
.
?. Produk Yang lulus KKM, Berkesan, Berkualiti Tinggi & HALAL❗ 
.
?. Tidak Perlu Simpan Stok Yang Banyak. Takde Isu Lambakan Stok. Dengan kredit yang ada dalam sistem stokis, anda boleh memilih produk dari MRP yang terkini tanpa had❗ 
.
?. HQ Bungkuskan & Hantarkan Stok TERUS Kepada Pelanggan stokis. Stokis tak perlu susah-susah.
.
?. Stokis mendapat komisen bulanan secara pasif bila stokis rekrut stokis Lain. Komisen pendapatan pasif adalh 5% setiap kali stokis yang anda rekrut membuat pembelian.
.
?. Bisnes Online & Offline Yang Mensasarkan Pelanggan Secara GLOBAL. Satu Dunia Boleh Jadi Pelanggan Anda. Keuntungan stokis MRP International adalah 35%
.
?. Stokis mendapat keuntungan 25% apabila pelanggan membeli di website www.mrpdiet.com dengan menggunakan kod diskaun stokis.
.

Fattah Amin yang juga memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO syarikat ingin berkongsi tentang Visi &Misi syarikat yang terlibat dalam pembuatan serta pengedaran produk makanan kesihatan, sejajar dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang kesihatan.

Sistem agen MRP International ini adalah sangat unik dan yang pertama seumpanya di dunia. Ia menggunakan sistem teknologi maklumat yang canggih dan boleh membantu ramai rakyat malaysia menjana pendapatan tambahan yang lumayan serta stabil, berjangka masa panjang.

Produk utama yang dikeluarkan pula juga adalah yang pertama seumpanya di Malaysia, iaitu Sup Kesihatan rendah kalori dalam perisa sup ayam, sup cendawan & sup tom yam.

Produk kedua adalah minuman detox yang berperisa buah-buahan beri yang dapat membantu pengguna mengekalkan kesihatan badan terutama usus.

Produk-produk yang dikeluarkan MRP INTERNATIONAL SDN BHD diformulasikan di Switzerland tetapi dikilangkan di produksi bertaraf GMP, HACCP, HALAL serta ISO9002.

Semua produk-produk MRP INTERNATIONAL SDN BHD adalah telah mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM serta lulus KKM.

Ini adalah kali pertama Fattah Amin berniaga secara serius dan berskala besar setelah berjaya menempa nama dalam bidang hiburan.

Pada hari itu juga Fattah Amin akan melancarkan jingle MRP International yang dinyanyikan oleh beliau sendiri.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

PERMULAAN MAJLIS & BACAAN DOA OLEH MR.PRESIDENT, FATTAH AMIN

8.30PM – 8.45 PM

UCAPAN PEMBUKAAN OLEH FATTAH AMIN

8.45PM – 9.00PM

VIDEO PERJALANAN MRP

9.00PM – 9.15PM

PENERANGAN SISTEM PERNIAGAAN MRP INTERNATIONAL

9.15PM – 9.30PM

RANCANGAN PERNIAGAAN MRP INTERNATIONAL 2018

9.30PM – 9.45PM

PENYAMPAIAN BONUS STOKIS

9.45PM – 10.00PM

PELANCARAN PRODUK MRP & BERRYTOX OLEH FATTAH AMIN
NYANYIAN LAGU MRP
NYANYIAN LAGU 1234U

10.00PM – 10.45PM

PRESS CONFERENCE & INTERVIEW

10.45PM – MIDNIGHT

Komen via Facebook

Komen

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

PENYAMPAI SURIA, BRIAN CHEN BUKA SATU LAGI CAWANGAN AKADEMI MEMASAK UNTUK KANAK-KANAK

2018 bermula dengan cemerlang buat penyampai radio Suria, Brian Chen apabila beliau melancarkan pembukaan cawangan kedua akademi kulinari francais dari Amerika Syarikat, Young Chefs Academy (YCA) miliknya di IPC, Damansara pada 27 Januari yang lepas.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Sebelum menjadi penyampai Suria lagi, Brian Chen atau lebih dikenali sebagai Abang Brian sudah lama menyimpan minat untuk berkongsi dan mengajar ilmu memasak yang ada pada dirinya. Daripada minat tersebut, bekas finalis Masterchef Malaysia itu telah berjaya menubuhkan akademi memasaknya sendiri khusus buat kanak-kanak yang menyukai bidang itu.

Menurut Brian, Young Chefs Academy ini dibuka untuk membantu memupuk minat di kalangan anak-anak kecil yang suka memasak dan mengembangkan lagi bakat mereka. YCA bukan sahaja membuka kelas memasak, tetapi mereka juga menyediakan servis sambutan hari jadi dan lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak. Segala informasi berkenaan YCA dan aktiviti-aktiviti boleh disemak menerusi akaun sosial media Instagram YCA @YCAMalaysia.

“YCA bukan sahaja menyediakan kelas-kelas latihan memasak yang memberi kanak-kanak peluang merasai sendiri pengalaman memasak di dapur, malah di sinilah juga tempat mereka belajar cara bersosial dan bekerjasama antara satu sama lain.” tambah Brian yang lebih dikenali sebagai Abang Brian.

Berbicara tentang kerjayanya di Suria, Brian masih lagi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 1 petang untuk segmen Menu Suria.

“Kerjaya sebagai penyampai radio ini membuka ruang kepada saya untuk berkongsi segala ilmu yang saya ada mengenai kulinari, kesihatan dan kekeluargaan. Kebanyakan daripada pendengar saya merupakan wanita dan suri rumah. Jadi, mereka boleh manfaatkan segala yang saya kongsikan dalam kehidupan seharian mereka.” kata Brian lagi.

Brian kini sedang menjalani pengajian untuk Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan di sebuah universiti Swasta dan dijangka tamat pengajian pada akhir tahun ini.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Brian Chen Buka Akademi Memasak Untuk Kanak-Kanak di IPC Damansara

Komen via Facebook

Komen