Gelagat Anak Tomok, Arrian & Andra dalam ROCKSTAR JUNIOR

Arrianshah Akid bin Shah Indrawan (Arrian), 5 tahun, anak kepada penyanyi lelaki popular, Tomok, mula menjadi perhatian pengguna media sosial selepas beberapa video yang memaparkan nyanyian dan kepetahannya bertutur dalam Bahasa Inggeris dimuat naik di laman Instagram milik bapanya. Kini, peminat Arrian dapat menyaksikan lebih banyak lagi gelagat beliau yang menambat hati bersama adiknya, Andrashah Iman bin Shah Indrawan (Andra), 2 tahun, dengan durasi yang lebih lama di paparan skrin yang lebih besar menerusi rancangan terbaharu, ‘Rockstar Junior’.

ROCKSTAR JUNIOR

Rancangan terbaharu di slot eBu ini akan bersiaran selama 30 minit pada setiap Rabu jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2017 di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Rancangan lapan episod ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Gelagat Mempesonakan Arrian Dan Andra Diangkat Ke Kaca Televisyen

‘Rockstar Junior’ akan memaparkan kisah kehidupan harian keluarga kecil Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok, dan isterinya Rahayu Abas (Ayu) ketika membesarkan dan mendidik dua orang anak teruna mereka, Arrian dan Andra. Sejajar dengan objektif utama program di bawah slot eBu, ‘Rockstar Junior’ akan turut memperlihatkan Tomok dan isterinya berkongsi tips keibubapaan dalam pelbagai situasi berbeza yang sering diamalkan oleh mereka berdua dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Arrian serta Andra.

Mengulas mengenai Rockstar Junior, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar berkata, “Arrian dan Andra merupakan kanak-kanak yang comel, petah berbicara dan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk memikat hati orang ramai menonton klip video mereka. Justeru, kemunculan pertama mereka berdua bersama ibu bapa dalam sebuah rancangan televisyen pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai peminat yang tidak sabar untuk mengetahui aktiviti harian si pintar Arrian dan Andra dan bagaimana mereka berdua dididik, apatah lagi apabila Arrian merupakan pelajar terbaik di kelasnya.

ROCKSTAR JUNIOR

Kita sedia maklum bahawa untuk membesarkan dua anak lelaki pada masa yang sama tanpa kehadiran pengasuh merupakan satu cabaran buat ibu bapa. Keadaan inilah yang dihadapi oleh Tomok dan isteri. Tambahan pula, Arrian kini telah memasuki era prasekolah. Bagi memastikan setiap momen digarap sempurna, kami telah merancang rapi setiap kandungan yang disajikan dengan memfokuskan satu situasi kehidupan harian mereka sekeluarga dalam satu episod. Sebagai contoh, Rockstar Junior akan memaparkan kisah Arrian ke sekolah, kisah percutian mereka sekeluarga di taman tema, kisah Arrian dan Andra menemani ibu bapanya ke tempat kerja dan sebagainya.

Rancangan ‘Rockstar Junior’ memaparkan kebijaksanaan Tomok dan isteri membesarkan dan mendidik anak-anak mereka

Kepelbagaian situasi yang dipaparkan dalam setiap episod akan membuka ruang kepada lebih banyak perkongsian tip keibubapaan yang berbeza, bersesuaian dengan situasi pada episod tersebut. Oleh itu, penonton terutamanya golongan ibu bapa dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan bermanfaat dalam setiap episod. Penonton juga akan dapat melihat pendekatan yang digunakan oleh Tomok dan Ayu berbeza dalam mendidik anak-anak mereka. Selain itu, buat pertama kalinya penonton akan dapat menonton video dan melihat gambar-gambar eksklusif Arrian dan Andra semasa mereka dilahirkan.”

Keistimewaan rancangan ‘Rockstar Junior’ ini ialah Tomok turut menghasilkan sepenuhnya sebuah lagu berjudul ‘Rockstar Junior’ nyanyiannya sendiri yang diinspirasikan oleh kedua-dua anaknya lelakinya itu. Perjalanan sepanjang penghasilan lagu tersebut seperti penulisan lirik, gubahan lagu dan proses rakaman akan diselitkan dalam setiap episod sebelum mempersembahkan hasilnya dalam episod terakhir. Bukan setakat itu, Arrian dan Andra turut menyumbang dalam pembikinan lagu yang berentak pop-rock tersebut.

ROCKSTAR JUNIOR

Razlin menambah, “Penghasilan lagu ‘Rockstar Junior’ menjadikan rancangan ‘Rockstar Junior’ lebih bermakna. Lagu tersebut merupakan luahan kasih daripada seorang ayah kepada anak-anaknya. Menariknya, Arrian dan Andra turut membantu ayahnya dalam menyiapkan lagu yang didedikasikan buat mereka berdua itu dan momen indah tersebut dirakamkan menerusi rancangan ini. Lagu penuh yang akan ditayangkan pada episod akhir kelak merupakan penutup paling sempurna buat ‘Rockstar Junior’.

Dalam pada itu, kami turut teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama dengan ‘Pa & Ma’, sebuah penerbitan bercetak dan digital tersohor tanah air yang mengangkat topik-topik berkaitan dengan kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak khususnya di lingkungan usia 6 tahun ke bawah. Penglibatan ‘Pa & Ma’ dilihat selaras dengan objektif utama rancangan ‘Rockstar Junior’ yang ingin membantu para ibu-bapa muda khususnya dalam membesarkan dan mendidik anak dengan kaedah yang bersesuaian.”

Beberapa rakan selebriti Tomok seperti Black, Shuib, Zahid, Atu Zero dan ramai lagi turut membuat penampilan istimewa dalam rancangan ini.

Ayuh! Mari kita berhibur dengan menonton gelagat mencuit hati Arrian dan Andra sambil mengetahui tips keibubapaan dalam rancangan ‘Rockstar Junior’ pada setiap hari Rabu mulai 11 Oktober 2017 pada jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Rancangan ini juga boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’. Selamat menonton!

ROCKSTAR JUNIOR

ROCKSTAR JUNIOR

Komen via Facebook

Komen

Gegar Vaganza Kembali Lagi, Siapakah Bakal Peserta?

Pertandingan nyanyian popular yang berjaya mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat seni hiburan tanah air, ‘Gegar Vaganza’ bakal kembali menggegarkan malam hujung minggu dengan musim terbaharu tidak lama lagi. Selepas AF Megastar mungkin program ini akan menemui para peminat. Ramai dah tak sabar nak tengok siapakah peserta yang bakal berentap kali ini.

Menampilkan 12 barisan artis disegani yang pernah mengecapi zaman kegemilangan dalam bidang nyanyian sebelum ini, penganjuran program Gegar Vaganza musim keempat diharap bakal menjadi antara musim yang paling diingati dalam masa panjang.

Siapakah barisan 12 bintang menyengat yang menjayakan musim ini? Adakah pasangan pengacara serasi Nabil dan Jihan Muse masih dikekalkan? Sama-sama kita ketahui pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.

Dengarnya, minggu depan Astro akan mengadakan sidang media di mana akan mengumumkan siapakah peserta dan juga segala berkenaan tentang program paling popular ini. Tak sabar untuk buat FB dan Youtube Live di saluran platform media Budiey.com.

You guys stay tuned ya.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cheek-e’s Buddies

Projek pencarian kawan-kawan ‘Cheek-e’ menerusi ‘Pertandingan Cipta Kawan Cheek-e!’ yang berlangsung dari 8 hingga 21 Mei 2017 lalu kini berakhir dengan kehadiran empat maskot baharu iaitu ‘Ivy’, ‘Teeny’, ‘Tydee’ dan ‘Zanee’, menemani ‘Cheek-e’, sekaligus melengkapkan barisan maskot rasmi Astro Ceria. Bermula pada hari ini, secara rasminya penonton dapat melihat penampilan kelima-lima maskot tersebut secara eksklusif di saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria (saluran 611). Menggelarkan diri mereka “Cheek-e’s Buddies”, kehadiran ‘Cheek-e’ dan rakan-rakannya ini turut menjadi simbol kebanggaan kepada saluran Astro Ceria yang telah menghiasi dunia kanak-kanak lebih dari sepuluh tahun ini.

‘Cheek-e’, Maskot Rasmi Astro Ceria Kini Tidak Lagi Bersendirian

Empat orang pencipta kawan-kawan ‘Cheek-e’ merangkap pemenang tempat pertama pertandingan tersebut ialah Song Joe Han, 12, pelajar dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Ivy’, Nurul Hannah Najihah Mohamad Kamal, 12, dari SK Taman Mutiara Rini (Kluster Kecemerlangan) yang mencipta maskot ‘Teeny’, Lim Jing Xiang, 12, dari SJK (C) Kwang Hwa Sungai Nibong yang mencipta maskot ‘Tydee’ dan Wan Mohamad Khairul Asyraf Wan Ahmad, 13, dari SMK Sultan Ibrahim Satu yang mencipta maskot ‘Zanee’. Setiap daripada mereka membawa pulang hadiah utama, Samsung Galaxy Tab A 8.0 with S-Pen 16GB LTE Original dan sijil penghargaan.

Susulan daripada pengenalan “Cheek-e’s Buddies” ini, kini di fasa kedua, pihak Astro Ceria akan menganjurkan pula sebuah pertandingan tarian, ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ yang akan berlangsung mulai 3 hingga 31 Oktober 2017 dan terbuka buat semua rakyat Malaysia berumur 4 hingga 12 tahun.

‘Pertandingan Cipta Kawan Cheek-e!’ Berjaya Temukan ‘Cheek-e’ dengan Empat Kawan Baharu & Mereka Dikenali Dengan Nama ‘Cheek-e’s Buddies’

Sebuah video tarian “Cheek-e’s Buddies” akan dimuat naik di laman Youtube (‘Cheeke’) dan peserta perlu meniru gerak tari yang dipersembahkan oleh ‘Cheek-e’ dan kawan-kawannya secara kreatif seterusnya memuat naik video tarian tersebut ke laman sosial Instagram beserta kata kunci #cheekesbuddies, @cheeke_my dan nama sekolah peserta. Tiga buah sekolah dengan jumlah video penyertaan terbanyak akan dikunjungi oleh maskot Cheek-e serta pelakon cilik Wafiy dan Erissa. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.cheek-e.com.

Mengulas mengenai projek pencarian kawan-kawan untuk ‘Cheek-e’, maskot Astro Ceria ini, Pengurus Saluran Astro Ceria, Marissa Hanafi berkata, “Menerusi pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e!’ yang diadakan pada bulan Mei lalu, kami menerima lebih kurang 30,000 lukisan penyertaan hanya dalam tempoh dua minggu ia berlangsung. Jumlah tersebut cukup memberangsangkan dan memberi gambaran bahawa kehadiran ‘Cheek-e’ ini diterima baik oleh adik-adik yang ada di luar sana.

Setiap penyertaan telah diadili oleh barisan juri profesional termasuklah selebriti Hanis Zalikha, bagi memilih empat lukisan penyertaan terbaik. Menariknya, untuk mewujudkan suasana yang ceria, keempat-empat maskot terbaik yang dipilih iaitu ‘Ivy’, ‘Teeny’, ‘Tydee’ dan ‘Zanee’ memiliki perwatakkan yang berbeza dan karekter unik masing-masing. Kami yakin kepelbagaian watak yang ditampilkan oleh setiap maskot ini akan menarik perhatian penonton cilik Astro Ceria. Dalam meraikan keunikan masing-masing, kelima-lima mereka berkongsi satu persamaan yang begitu ketara, iaitu “Cheek-e’s Buddies” ini gemar menari!.

Bertitik tolak dari situ, kami kini menganjurkan sebuah pertandingan tarian ‘Jom Menari Bersama Cheek-e’s Buddies!’ untuk memberi peluang kepada adik-adik di luar sana mengenali dengan lebih dekat lagi ‘Cheek-e’ dan empat sahabat baharunya. Selain daripada mengenali dan meraikan kehadiran maskot Astro Ceria, pertandingan ini juga bertujuan memupuk keyakinan diri peserta melalui persembahan tarian dan dalam masa yang sama menjalin hubungan erat sesama mereka melalui aktiviti tarian secara beramai-ramai. Peserta juga boleh merujuk pada tutorial video oleh pelakon Wafiy dan Erissa dalam meniru gerak tari ‘Cheek-e’ dan kawan-kawannya di Instagram masing-masing.

Kami berharap dengan adanya barisan maskot Astro Ceria yang dicipta sendiri oleh kanak-kanak ini di kaca televisyen, ia akan memberi pengalaman tontonan yang lebih menghiburkan buat penonton setia Astro Ceria.”

Penonton Astro Ceria pasti akan mengagumi ‘Ivy’, maskot yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi dan bijak dalam menyelesaikan masalah. ‘Teeny’ pula sangat cuai, sering terburu-buru dalam setiap perkara dan sering berasa lapar. Maskot bermata hijau, ‘Tydee’, sangat mementingkan kebersihan, teliti, teratur dan mempunyai deria hidu yang hebat manakala ‘Zanee’ pula sangat nakal, suka bergurau, mengusik orang dan tidak suka mengikut peraturan. ‘Cheek-e’ seperti yang diketahui bersikap pendamai, naif, prihatin dan sentiasa ceria.

Marissa menambah, “Kami amat berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mengiktiraf projek pencarian kawan-kawan ‘Cheek-e’ ini sebagai program ko-kurikulum peringkat kebangsaan. Menerusi kolaborasi secara langsung bersama 20 buah sekolah di seluruh Malaysia dalam menjayakan pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e!’, banyak bakat seni lukisan berjaya dicungkil di samping meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk bebas berimaginasi. Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasakan pemikiran kreatif pelajar menerusi aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.”

Terdahulu, Astro Ceria telah menjelajah ke sekolah-sekolah rendah terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Sarawak dalam menjayakan pertandingan melukis ‘Cipta Kawan Cheek-e!’. Setiap penyertaan telah melalui beberapa proses saringan oleh barisan juri profesional dan dinilai daripada sudut kreativiti, impak visual, originiti serta ketepatan karya mengikut tema pertandingan. Di peringkat akhir saringan, 40 penyertaan terbaik telah dimuat naik di laman sesawang rasmi pertandingan dan diadili dengan sistem pemarkahan yang melibatkan 50% jumlah undian daripada orang ramai, serta 50% lagi jumlah markah oleh barisan juri profesional. Empat penyertaan dengan markah tertinggi telah dipilih menjadi maskot rasmi Astro Ceria, menemani ‘Cheek-e’.

Komen via Facebook

Komen

Apa Yang Menarik di Super Spontan Superstar Minggu Ketiga

Persembahan Minggu Kedua ‘Super Spontan Superstar’ berakhir dengan kumpulan Tenggiling Taiko menjuarai permainan. Kekalahan kumpulan King Musang yang diterajui Shuib telah menyebabkan salah seorang ahli kumpulannya tersingkir.

Walaupun telah mempamerkan aksi permainan yang terbaik dan cukup bersahaja, nasib masih tidak menyebelahi Zulin apabila beliau diumumkan sebagai peserta pertama untuk musim ini yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya apabila tersingkir dari pentas Minggu Kedua.

Minggu Ketiga menjanjikan permainan lebih sengit dari kedua-dua kumpulan. Pastinya, minggu ini King Musang akan melipat gandakan usaha mereka untuk memenangi hati penonton seterusnya membawa peluang gelaran juara. Justeru, mari kita lihat sama ada Tenggiling Taiko akan terus mendominasi carta atau mengalami nasib yang sama seperti King Musang. Apa yang pasti, ini semua akan terjawab di pentas ‘Super Spontan Superstar’ pada minggu ini. Nantikannya!

Siaran Langsung Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Ketiga) berlangsung pada 22 September 2017 (Jumaat) di Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Siapakah Yang Berjaya Senarai Akhir AF MEGASTAR?

Tirai Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 1) yang dibuka Ahad lalu menyaksikan 12 bintang alumni Akademi Fantasia yang terdiri daripada Adam, Bob, Zahid, Idayu, Marsha, Mila, Amir Jahari, Sufie Rashid, Azhar, Ewal, Firman dan Ara berentap bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Kesemua bintang cukup bersemangat memberikan persembahan yang hebat walaupun ada di antara mereka gagal mencapai piawaian yang diletakkan oleh pihak juri. Ternyata penonton baik di dewan mahupun di rumah begitu teruja dengan kemunculan bintang-bintang AF yang lama menyepi sekaligus mengimbau memori lama terutamanya apabila pengacara kesayangan ramai, Pak Nil kembali mengemudikan pentas AF.

Senarai Akhir AF MEGASTAR

Bob, Idayu, Amir Jahari dan Marsha merupakan antara bintang yang dikatakan paling menyerlah sewaktu berlangsung konsert tersebut. Bob yang membawakan lagu ‘Bukan Cinta Biasa’ nyanyian asal oleh penyanyi dari seberang, Afgan menjadi bintang pertama yang membuka pentas dengan persembahan memukau sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan pujian juri. Manakala Idayu juga turut menyerlah dengan lagu ‘Hurt’ nyanyian asal oleh Christina Aguilera sehingga mendapat ‘standing ovation’ sejurus beliau membuat persembahan.

Bintang yang pernah digugurkan sewaktu AF9, Amir Jahari juga turut memukau penonton dan juri profesional dengan persembahan yang begitu ikhlas dan menyentuh jiwa apabila beliau mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri, Aku Juga Manusia untuk didedikasikan kepada adiwira-adiwira jalanan. Manakala Marsha pula memberikan lontaran vokal hebat yang tidak dapat dilupakan menerusi lagu beliau sendiri ‘Untuk Terakhir Kali’.

Giliran 12 lagi bintang yang bakal membuat persembahan sewaktu Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2) pada minggu ini iaitu Adira, Anding, Syamel, Indah Ruhaila, Faizal, Faizul, Amylea, Nubhan, Shahir, Rosma, Amir dan Aril. Lebih mengujakan, keputusan penuh jumlah bintang yang bakal mara ke pusingan seterusnya akan turut diumumkan sebelum tamat konsert tersebut.

Jom ikuti Siaran Langsung Konsert Homecoming AF Megastar (Bahagian 2), 10 September 2017 (Ahad), yang akan berlangsung di Royal Theater, Shah Alam.

Komen via Facebook

Komen

Tenggiling Taiko vs King Musang Bertarung dalam SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2017 Jumaat Ini

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Gelanggang ‘Super Spontan Superstar 2017’ bakal dibuka secara rasminya pada Jumaat ini dengan pertempuran lawak spontan daripada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ yang dianggotai oleh Achey, Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn bersama kumpulan ‘King Musang’ yang terdiri daripada Shuib, Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Pertempuran pada minggu ini merupakan sebuah pertempuran penting untuk menonjolkan kekuatan kumpulan masing-masing dalam memenangi sokongan dan undian penonton. Istimewanya pada minggu pertama, pertemuan kedua-dua kumpulan ini akan turut dihangatkan dengan kehadiran Datuk Zainal Abidin serta dua teraju filem Abang Long Fadil 2, Syamsul Yusof dan Wak Doyok.

Siaran Langsung Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Pertama) akan berlangsung pada 8 September 2017 (Jumaat), di Dewan Percubaan UPM, Serdang. Tonton jangan tak tonton.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2017 Janji Pertempuran Lawak Spontan Yang Lebih Hebat

Malam hujung minggu peminat tegar segmen komedi di Malaysia bakal dihangatkan lagi dengan pelbagai aksi lawak spontan oleh 16 orang ‘gengster & mafia’ yang juga merupakan pelawak serta selebriti terkenal tanah air menerusi program ‘Super Spontan Superstar 2017’. Program realiti lawak spontan ini akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang pada setiap Jumaat, bermula 8 September ini, jam 10.00 malam selama 8 minggu berturut-turut.

Pertemuan kesemua ‘gengster & mafia’ tersebut boleh disaksikan di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan di platform digital iaitu menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’. Bagi siaran minggu pertama, penonton turut boleh menonton di Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan laman sesawang Portal Rasmi, ‘Gempak’ (www.gempak.com).

Kehadiran Dua Pelawak Solo Bakal Menggamatkan Lagi Permainan Mingguan

Mengulas tentang penganjuran Super Spontan Superstar 2017, Raqim Ahmad, Ketua Saluran Melayu Astro berkata, “Bersesuaian dengan nama program, kami menampilkan barisan pemain yang cukup dikenali dan diminati oleh penggemar hiburan komedi di Malaysia. Mereka ini merupakan ‘Superstar’ dan berada dalam liga yang tersendiri. Di atas permintaan peminat, kami sekali lagi membawakan beberapa pelawak kegemaran ramai seperti Achey, Fad, Syuk, Rahim, Shahrol, Shuib, Atu, Ozlynn, Zulin dan ramai lagi. Persaingan dilihat akan menjadi lebih sengit oleh kerana nama-nama yang hadir pada kali ini.

Istimewanya lagi musim ini, buat julung kalinya kami membawa masuk dua orang pelawak solo yang semakin melonjak naik populariti mereka iaitu Danial dan Fikry yang masing-masing merupakan pemenang pertama dan ketiga bagi program komedi ‘Lawak Solo’. Selesa beraksi secara solo di atas pentas komedi sebelum ini, kita semua sedia maklum bahawa mereka berdua mempunyai kelebihan untuk menghiburkan penonton secara sendirian. Namun begitu, pentas ‘Super Spontan Superstar 2017’ ini bakal memberikan cabaran kerana memerlukan mereka beraksi secara berkumpulan. Selepas menjalani beberapa peringkat saringan, kami yakin Danial dan Fikry mampu menggalas tanggungjawab selaku pemain dengan baik sekali.

Saya percaya kehadiran mereka berdua ke dalam keluarga besar Super Spontan akan membuatkan program ini bertambah meriah dan lucu. Lagi pula, ini merupakan kali pertama mereka terlibat dalam program permainan lawak spontan. Pastinya aksi mereka bersama-sama pelawak lain ditunggu-tunggu oleh peminat mereka dan juga peminat tegar program ini.

Selain itu, kami masih mengekalkan format permainan kerana penonton sudah arif dengan format dan permainan yang dimainkan dalam program ini. Antaranya adalah pemberian kad imuniti yang mula diperkenalkan pada musim lalu. Kad imuniti akan diberikan kepada seorang pemain pilihan penonton untuk menjadikan pemain tersebut kebal daripada penyingkiran. Walaubagaimanapun, untuk meningkatkan rasa keterujaan, kami tidak akan mendedahkan pada minggu ke berapa kad imuniti tersebut bakal diberikan kepada pemain. Mereka perlu tampilkan persembahan terbaik dari minggu ke minggu demi memastikan kad imuniti itu bakal menjadi milik mereka”.

Bagi penganjuran musim ini, kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Seperti penganjuran musim-musim sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermakan sejumlah RM5,000.00 kepada badan-badan kebajikan terpilih.

Raqim menambah, “Di Malaysia, program Super Spontan merupakan satu-satunya platform media yang memberi peluang kepada bukan sahaja pelawak malahan pelakon, penyanyi dan selebriti media sosial untuk menonjolkan bakat lawak spontan mereka menerusi pelbagai permainan lucu tanpa terikat dengan sebarang skrip.

Oleh itu, lawak yang terhasil adalah lawak yang telus dan bukannya dibuat-buat. Selaku sebuah saluran yang memperjuangkan komedi tempatan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk meneruskan legasi lawak spontan dalam industri komedi di Malaysia. Semoga kejayaan ‘Super Spontan Superstar 2017’ menjadi perintis kepada lebih banyak penghasilan program seumpama ini suatu hari nanti.”

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000.00 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000.00 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000.00 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000.00 setiap seorang.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan samada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’ menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Pengemudi program iaitu tugasan ‘Pengacara’ sekali lagi akan digalas oleh personaliti yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Dato’ AC Mizal. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangatkan suasana permainan. Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Selain itu, slot istimewa program ramalan ‘Super Spontan 9:30’ akan turut bersiaran secara langsung bukan sahaja di saluran Astro Warna dan Warna HD tetapi juga di laman Facebook Zon Lawak (www.facebook.com/PortalZonLawak), 30 minit sebelum pentas utama Super Spontan

Superstar 2017 dibuka. Program yang dikendalikan oleh Ali Puteh ini akan mengundang beberapa selebriti untuk berbicara secara santai mengenai persembahan kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ dan ‘King Musang’ pada minggu sebelumnya serta membuat ramalan kumpulan mana yang akan memenangi permainan pada minggu tersebut.

Penonton boleh menyaksikan secara langsung ‘Super Spontan Superstar 2017’ dan mendapatkan informasi terkini berkaitan program menerusi ruangan digital rasmi. Untuk berita terkini dan aktiviti menarik buat penonton, penonton boleh melayari portal hiburan rasmi, Gempak manakala bagi mendapatkan live update mengenai program pula, penonton boleh mengikuti laman sosial Instagram @Gempak. Radio Era FM pula bertindak sebagai ‘Radio Rasmi’ Super Spontan Superstar 2017.

Bagi menghargai sokongan padu penonton setia program ini, Astro Circle telah menyediakan pelbagai hadiah menarik buat penonton seperti GoPro Hero 5 Session, Iphone 7 32GB, Sambung 40’ Full HD flat TV, iPad mini 4 128GB, Oppo R9s Gold, Playstation 4 slim 500GB, pakej pelancongan dan macam-macam lagi. Kesemua hadiah ini boleh dimenangi dengan menjawab beberapa soalan mudah yang akan diberikan pada setiap penghujung program.

Sementara itu, ‘Super Spontan Superstar 2017’ mengalu-alukan kehadiran Kopi Badang dalam keluarga Super Spontan yang bertindak selaku ‘Penaja Utama’ buat pertama kalinya.

Ayuh, kita lihat kumpulan manakah yang lagi hebat. ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’? Jangan ketinggalan menonton ‘Super Spontan Superstar 2017’ yang akan bersiaran secara langsung mulai 8 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) serta siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Anda juga boleh menonton program ini menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Komen via Facebook

Komen