Uniknya Suasana Pernikahan Yuna & Adam

Majlis pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disempurnakan dalam satu majlis di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu bernilkah di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam dengan sekali lafaz.

Yuna nikah

Yuna, 32, dinikahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan beliau diwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai.

Menerusi gambar yang dikongsi, majlis pernikahan itu bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan hutan semula jadi.

Keluarga pihak lelaki dilihat tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan bewarna jingga.

Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak peremuan.
Turut dikongsi gambar Yuna duduk di atas pelamin dihiasi dengan bunga segar.

Gambar Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna juga dimuat naik oleh kenalan mereka yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya, kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua pihak hadir dalam majlis itu.

Yuna bakal mengadakan sidang medianya di Putrajaya pada Sabtu berhubung perkahwinannya itu.

Kedua-dua mempelai mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Yuna nikah

Yuna nikah

Yuna nikah

Komen via Facebook

Komen

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

Selamat pengantin baru diucapkan buat pelakon Amran Ismail atau lebih dikenali sebagai Amaris yang telah melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu, iaitu 5 Januari 2018 dengan seorang wanita yang merupakan bekas ustazah bernama Nur Syazwani Alias. Tahniah!

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

“SAYA mohon maaf tidak berkongsi pernikahan saya. Bukan tak nak tetapi saya ingin majlis berlangsung dahulu baru kongsi. Saya tak mahu main cakap saja kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku,” kata pelakon Amran Ismail, 33, yang selamat bernikah dengan Nur Syazwani Alias, 28, Jumaat lalu.

Pada majlis berlangsung di Batu Pahat, Johor itu, Amran atau Putra Amaris menyerahkan mas kahwin RM22.50 beserta 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini diraikan dalam majlis persandingan pihak persempuan, semalam.

Amaris akui kalangan rakan rapat tahu mengenainya tetapi rakan artis tidak tahu. Malah sepanjang berkawan dengan Syazwani pun tidak ramai yang tahu.

“Saya selesa untuk tidak terlalu bercerita. Seperti sekarang, selepas sah bergelar suami isteri baru saya boleh berkongsi apa yang perlu. Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua dan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Amaris, dia bertemu jodoh dengan rakan kakak iparnya ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

“Kami berjumpa kali pertama pada Aidilfitri 2016. Tidak sampai sebulan lepas itu, saya terus menghantar rombongan merisik dan kami bertunang pada 13 Ogos 2016. Ketika itu dia bertugas sebagai ustazah di sekolah agama di Johor. Sekarang isteri saya menjalankan bisnes tudung dalam talian,” katanya.

Amaris akui pada mulanya Syazwani tidak tahu dia artis tapi kini menerima kerjayanya sebagai pelakon.

“Mulanya takut juga kalau dia menolak. Alhamdulillah, dia terima dan Allah permudahkan urusan kami,” katanya.

Mengenai perancangan bulan madu, Amaris merancang menunaikan umrah bersama isteri dalam masa terdekat.

“Sebelum sibuk dengan kerja, Insya Allah saya mahu menunaikan umrah bersama isteri. Selepas itu, baru boleh rancang ke destinasi lain. Kalau ada rezeki, nak bawa isteri jalan-jalan ke London dan Paris.

“Apa pun, segalanya bergantung kepada jadual penggambaran. Boleh dikatakan bulan depan jadual kerja saya agak padat membabitkan drama 30 episod dan dua filem. Saya anggap ini rezeki selepas kahwin,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

Pelakon Amaris (Amran Ismail) Nikah Dengan Bekas Ustazah

Komen via Facebook

Komen

Penyanyi Indah Ruhaila Bakal Nikah Hari Ini dalam Majlis Akad Nikah Tertutup

Penyanyi Indah Ruhaila mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember iaitu hari ini. Bagaimanapun, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30, tidak mendedahkan identiti bakal suami dan lokasi pernikahannya kelak.

“Saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember (Ahad) ini Saya ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.”

“Bukan niat untuk merahsiakan tentang perkara ini, tetapi ia dilakukan demi menjaga hati keluarga kedua-dua pihak. Saya akan mendedahkan bakal suami dan kenyataan rasmi selepas majlis pernikahan.”

Terdahulu, Indah yang popular dengan lagu Percayalah itu memutuskan pertunangannya dengan jejaka yang dikenali sebagai panggilan Mr. R.

Selamat pengantin baru dan selamat bernikah buat Indah. Semoga berbahagia till jannah.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Dulu Bising Suruh Kahwin, Sekarang Kecoh Soal Tudung

Nak berubah ni bukan hanya dengan sekelip mata. Lagi elok berubah ke arah kebaikan kerana Allah SWT dan bukannya kerana manusia lain.

Justeru suami mana yang tidak kecewa apabila isteri yang dicintainya telah dihina oleh sesetengah netizen hanya kerana isu tidak bertudung?

Mawar Rashid Nikah Menari

Raf Yaakob atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, suami kepada pelakon Mawar Rashid telah meluahkan rasa kecewanya itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Mawar Rashid Nikah Menari

“Nilai lah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukannya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang. Siapa anda untuk menilai orang lain? Kalai tak ada perkara elok nak cakap, lebih baik diam sahaja,” tulis Raf di ruangan caption.

Bagaimanapun apabila Raf berkata demikian, ada pula sesetengah kumpulan individu yang tersalah erti maksudnya.

Namun ada juga golongan yang kononnya sudah mendapat hidayah Allah, tapi dengan sesuka hati merendah-rendahkan orang lain dengan cara menghinanya kerana tidak menutup aurat.

Haihh… Jangan lah ingat bila kita rasa diri kita tu sempurna sangat sampai orang lain dipandang hina.

“Ramai betul yang tak baca betul and tak faham kenyataan Raf. Saya tidak kata kepada SEMUA yang bertudung sebaliknya ditujukan kepada SESETENGAH mereka bertudung tapi dok maki-maki ‘condemn’ sana sini. Janganlah yang bertudung lain pun terasa sama. Saya tujukan kepada sesetengah individu sahaja. Bertudung itu wajib takkan la saya tak tahu. Sampai masa dia pakailah.

Dulu sebelum kahwin, kecam bila nak kahwin. Kahwin tak sampai sebulan, dah kecam tak pakai tudung.

“Sabarlah kalian. ‘Step by step’. Doakan yang baik-baik saja. Tak perlu nak maki-maki sana sini. Harap ini akan menjelaskan segalanya dan ini adalah kali terakahir saya akan bercakap mengenai hal ini,” tambah Raf lagi yang merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Manchaster United Malaysia.

Sebelum ini, Mawar telah dikecam oleh netizen apabila dia membuat persembahan tarian pada malam majlis resepsinya dan satu lagi isu berkaitan kononnya dia menunjuk-nunjuk bermesra bersama dengan anak Raf. Ada sajalah benda yang tak kena kan?

Kata Raf lagi, sedangkan keluarga mereka berdua tidak pernah langsung memaksa Mawar bertudung. Biarlah dia berubah ke arah kebaikan bila dia sudah benar-benar bersedia.

Mawar Rashid

Entahlah, perkara soal bertudung ni bukan boleh dipaksa. Biar lah seseorang itu melakukan sesuatu apabila dia sudah bersedia, bukannya sebab suka-suka.

Kalau berubah hanya kerana suka-suka atau ikut orang, lama-lama pasti jadi tak ikhlas dan akhirnya tudung pun terbang. Bila dah jadi macam tu, lagi ramai yang akan menghina.

Jadi, berubahlah bila sudah bersedia. Bukan kerana terpaksa.

Komen via Facebook

Komen

Yuna, Adam Sinclair Bakal Sanding 28 Januari Depan

BARU sahaja bertunang pada awal Ogos lalu, pasangan, Yuna dan Adam Sinclair dikatakan bakal melangsungkan majlis persandingan pada 28 Januari depan.

Baca: Tahniah… Yuna Selamat Jadi Tunangan Keluarga Sinclair

Yuna, Adam Sinclair Bakal Sanding 28 Januari Depan

Perkhabaran gembira itu dilaporkan oleh sebuah portal hiburan menerusi satu artikel menunjukkan kiriman kad undangan perkahwinan pasangan tersebut yang telah diterima.

Yuna, Adam Sinclair Bakal Sanding 28 Januari Depan

Difahamkan majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan itu akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre.

Yuna, Adam Sinclair Bakal Sanding 28 Januari Depan

Bagaimanapun, tarikh pernikahan mereka tidak pula didedahkan oleh sumber. Namun besar kemungkinan, pasangan itu akan bernikah sekitar bulan yang sama.

Hmmm… Tak sabar rasanya nak tengok busana yang bakal disarungkan oleh Yuna pada hari yang bersejarah itu nanti!

Agak-agaknya siapakah pereka fesyen yang bakal menjadi pilihan hati bintang antarabangsa itu ya? Adakah Hatta Dolmat? Haa… Sama-sama kita tunggu!

Apapun, tahniah diucapkan buat Yuna dan Adam atas berita gembira ini. Kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan Allah.

Sumber: Gempak

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Spekulasi Pernikahan Fattah Amin & Fazura Bakal Terjawab dalam Masa 2 Jam Lagi

Jam 4 petang, Budiey dah pun sampai awal di lokasi sidang media pengumuman pencerahan Fattah Amin dan Fazura di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Sidang Media yang dijangkakan akan bermula jam 5 petang terpaksa ditunda ekoran daripada penerbangan yang menghantar kedua-dua figura ini pulang ke Malaysia mengalami kelewatan.

Selagi mana pencerahan tidak keluar dari mulut Fattah Amin dan Fazura, selagi itulah peminat dan media serta netizen terus berteka teki dan buat spekulasi.

fattah amin fazura

SPEKULASI yang menyelubungi status hubungan Fattah Amin dan Nur Fazura berputar hangat apabila mereka dikhabarkan sudah bernikah 3 hari sebelum berangkat ke kota suci Makkah bagi menunaikan umrah pada 17 November lalu.

Tidak ‘kasihan’ langsung kepada masyarakat yang kini semakin excited dengan kemungkinan cinta lokasi mereka akhirnya termeterai di jinjang pelamin, kedua-kedua hero dan heroin siri Hero Seorang Cinderella ini mengumumkan bakal mengadakan sidang akhbar khas sekembalinya mereka dari umrah.

Dalam debaran menanti pengesahan rasmi yang bakal dibuat pada Khamis, 23 November ini oleh pasangan yang dikatakan sudah berkahwin pada 14 November lalu, kami di Mynewshub sempat membuat tinjauan ‘kilat’: adakah mereka sudah atau sebenarnya belum berkahwin?

Melalui survey di Facebook kami, keputusan setakat ini menunjukkan 3/4 atau 75% daripada 1,300 orang peminat pasangan ini yakin bahawa kedua-duanya sememangnya sudah melangsungkan pernikahan!

Ini bermaksud setakat ini, sebanyak 975 orang amat yakin dan pasti Fattzura sudahpun mempunyai ikatan yang sah sebelum menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Wow!

Bagaimanapun, semalam (Selasa) ibu aktres Gol & Gincu itu seakan-akan mengesahkan perkahwinan anaknya dengan Fattah.

Sebuah klip video memaparkan ibu Fazura mendoakan agar jodoh anak-anaknya berkekalan.

“Mama nak doakan semoga jodoh anak-anak berkekalan,” kata Fadhillah Nasir (ibu Fazura) menerusi klip video yang tular itu.

Rakaman berkenaan secara tidak langsung dilihat bagaikan menguatkan lagi spekulasi status pasangan berkenaan yang dikatakan sudah ‘bernikah’.

Memetik sumber, Fadhillah berkata demikian ketika ditanya oleh pengurus Fattah iaitu Sakirin Shak sewaktu keberadaan mereka di Jabal Rahmah pada 15 November lalu.

Jadi adakah kenyataan Fadhillah itu memainkan peranan penting dalam keputusan tinjauan kami?

Tunggu saja pengesahan oleh Fattah dan Fazura sekejap sahaja lagi!

Komen via Facebook

Komen

Izara Aishah Selamat Nikah, Kini Bergelar Isteri Adib Khalid

Selamat pengantin baru Izara Aishah. Aktres Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9 malam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glamm Hall, Mercu Mustapha Kamal, di sini.

Izara Aishah

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, dan Adib dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Mohd Jazlan Ali.

Pelakon J Revolusi itu menerima mas kahwin sebanyak RM700, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Dia turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis istimewa itu dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan teman rapat.

Sementara itu, Izara menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah perasaan sangat lega.

“Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Izara Aishah

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha Milan dan teman baiknya pelakon Kilafairy.

Pasangan mempelai mengayakan busana pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Azira Shafinaz.

Izara Aishah

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen