Produksi Tak Suruh Afifah Pura-Pura Suka Aliff Aziz

Rata-rata berita di media hari ini menyiarkan tentang pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu, tampil menjelaskan mereka tidak pernah menyuruh Afifah Nasir berpura-pura menyukai Aliff Aziz. Haa, apa kes?

Pengarah drama itu, Mansor Akob berkata, pihaknya juga tidak pernah merancang perkara itu sehinggalah timbul isu Aliff Aziz dan Afifah ‘kantoi’ berdua-duaan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin Cheras, pada 27 Julai lalu.

“Ia hanya sekadar cakap kosong, pihak saya tidak pernah menyuruh Afifah membuat perancangan untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Aliff sebagai mana didakwa,” katanya kepada mStar Online.

Mansur atau dikenali sebagai Manchi ditemui di lokasi penggambaran drama itu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini pada Khamis.

Wartawan mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak pukul 10.30 pagi selepas mengetahui artis berkenaan akan meneruskan penggambaran sejak sekian lama tertangguh.

Pada Isnin lalu, Afifah dalam sidang medianya mendakwa apa yang terjadi antaranya dengan Aliff itu adalah rancangan yang dirancang oleh pihak produksi.

Dia diminta untuk berpura-pura menyukai Aliff atas usaha untuk memujuknya kerana pelakon itu menghadapi masalah disiplin dan kerap tidak hadir ke lokasi.

Malah Afifah turut memperdengarkan rakaman perbualan kakaknya dengan pihak produksi berhubung perancangan itu.

Manchi berkata, dia juga tidak mengetahui kehadiran Aliff dan Afifah di pusat karaoke berkenaan sehinggalah berita aktor itu kantoi dengan isterinya dilaporkan pihak media.

Dalam penggambaran drama pada Khamis, pasangan berkenaan hadir dan dapat menjiwai watak yang diberikan dengan baik.

Afifah turut ditemani kekasihnya Wan Ariff dan pelakon Hafreez Adam manakala Aliff Aziz membawa dua orang pengawal peribadi.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Insiden Aliff Aziz Kantoi: Produksi Drama Tertekan

Presiden Persatuan Penerbit Drama Televisyen Malaysia (PVTM) Datuk Jurey Latiff Rosli berpendapat tindakan penerbit drama Izinkan Aku Mencintaimu iaitu Mahligai Serimas berdiam diri sepanjang isu ini hangat diperkatakan adalah tepat.

Jurey berkata, pihak produksi mungkin dalam keadaan tertekan dan sedang fokus menyiapkan drama yang sudah lebih daripada tempoh penggambaran ditetapkan.

“Mereka bukan tidak mahu mengulas tentang isu ini, tapi mereka tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak sama ada Aliff atau Afifah kerana penggambaran masih belum tamat.

“Jika mereka membuat kenyataan dan disalah ertikan mana-mana pihak mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan dan kerja mereka lebih sukar.

“Saya percaya mereka juga dalam keadaan tertekan,” ujarnya kepada mStar Online.

Jurey berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan produksi yang dituduh membuat perancangan menjadikan heroin drama itu, iaitu Afifah Nasir sebagai alat memikat Aliff Aziz supaya datang ke lokasi penggambaran.

Sementara itu, mengulas tentang tuduhan perancangan yang diatur produksi berkenaan, Jurey berkata, mereka bertanggungjawab memastikan pelakon utama berada dalam keadaan baik dan mewujudkan keserasian.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai memaksa mereka untuk bercinta.

“Produksi akan memastikan pelakon utama ada hubungan baik dan tidak bermasam muka, mampu mewujudkan keserasian tapi bukanlah meminta mereka untuk bercinta.

“Seharusnya semua itu hanya di dalam set penggambaran sahaja, apa yang berlaku di luar set adalah tanggungjawab mereka sendiri,” ujarnya.

Berkaitan penggambaran drama yang sudah tertangguh lebih sebulan, Jurey berkata, produksi berkenaan boleh meminta bantuan dan nasihat persatuan jika mereka merupakan ahli PVTM.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Walaupun Dilanda Kontroversi Bella Astillah Tetap Sayang Aliff Aziz

EMPAT perkataan itu cukup menggambarkan perasaan cinta Bella Astillah terhadap suaminya, Aliff Aziz tidak berbelah bahagi ketika penyanyi itu dihimpit kontroversi bersikap curang dan kaki pukul.

Wanita tabah ini juga tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya walaupun terpaksa melalui detik getir ketika ini selain persepsi buruk orang ramai terhadap Aliff atas kejadian itu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, berkata, tuduhan kononnya Aliff, 26, kaki pukul juga tidak benar malah suaminya itu tidak pernah mengasarinya selama tempoh perkahwinan mereka sejak disatukan pada 9 September 2016.

“Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam.

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya.”

Bella menyifatkan tuduhan terhadap Aliff sebagai tidak adil.

Tambah Bella, tanggapan dibuat terhadap Aliff sebagai kaki pukul tidak adil kerana sepanjang mereka berkahwin sehinggalah mempunyai anak dia tidak pernah bersikap ‘naik tangan’.

Katanya, apa yang berlaku dalam rumah tangganya ketika ini hanyalah disebabkan orang ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan mereka.

Ujar Bella lagi, Aliff seorang bapa yang baik kepada anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan pada 8 Julai lalu.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” tambah Bella lagi.

Pasangan ini baharu sahaja menimang cahaya mata pertama.

Dalam perkembangan berkaitan Bella berkata, dia sudah dimaklumkan mengenai pembebasan suaminya selepas ditahan polis bagi membantu siasatan sejak Jumaat lalu.

Namun dia masih belum dapat bertemu Aliff kerana berada di hospital.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Khamis lalu, Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras.

Bella yang masih dalam pantang kerana bersalin mengalamai kecederaan di muka dan lutut setelah ditolak menggunakan tangan dan siku oleh suami dan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat.

Ia disebabkan Aliff mahu merampas telefon bimbit milik Bella yang berjaya merakamkan aksi suaminya itu bersama seorang wanita yang juga seorang pelakon dalam bilik karaoke berkenaan.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Aliff Aziz Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan sejak Jumaat lalu atas dakwaan memukul isterinya yang masih dalam pantang, penyanyi Aliff Aziz dibebaskan pada pagi Sabtu dengan jaminan polis.

Aliff yang berasal dari Singapura dibebaskan selepas keterangannya diambil berhubung kes berkenaan dan ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin.

Aliff disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Nama penyanyi lagu Sayang Sayang itu menjadi perhatian apabila dia didakwa bertindak memukul isterinya, Bella Astillah, 23, di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan menemuinya bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan.

Dalam satu laporan polis yang dibuat Bella di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat, wanita yang masih dalam pantang itu dikatakan bertindak memarahi suaminya sebelum sempat merakam beberapa keping gambar suami dalam pusat karaoke itu.

Bagaimanapun, Aliff dikatakan mula bertindak kasar dan merampas telefon tersebut sebelum memadam kesemua bukti gambar yang telah dirakamnya.

Akibat pergelutan tersebut, Bella mendakwa dia mengalami luka di muka dan lutut setelah ditolak menggunakan tangan dan siku oleh suami.

Aliff kemudiannya dikatakan bertindak keluar dari bilik tersebut bersama-sama wanita berkenaan.
Sementara itu, Bella ketika dihubungi mengesahkan berita pembebasan suaminya itu namun masih belum berkesempatan bertemu dengan Aliff kerana dia berada di hospital.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Gara-gara Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz Netizen Kecam Anzalna Nasir?

SELEPAS teruk dihentam netizen, pelakon Anzalna Nasir mengambil kesempatan untuk menyiasat perkara sebenar di sebalik kontroversi melibatkan adiknya, Afifah Nasir yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah.

Jelas Anzalna menerusi posting di Instagram miliknya pada Jumaat, sekiranya Afifah benar bersalah adiknya itu perlu bertaubat dan meminta maaf.

Gara-gara Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz Netizen Kecam Anzalna Nasir?

“Helo sabar ya, aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau @afifahnasir93 bersalah maka haruslah bertaubat dan minta maaf. Tapi sekiranya kalau pihak sana bersalah apa patut kita buat? Makcik tolong selesaikan masalah ni. Penat dah diorang taip tu… masing-masing tak sabar nak tahu kebenaran… termasuk la I! #JanganDengarSebelahPihakSahaja,”

Bagaimanapun Anzalna menutup ruang komen Instagramnya dipercayai bagi mengelak pengikutnya berterusan membuat pelbagai spekulasi dan menunding jari tanpa mengetahui kebenaran.

Afifah dan Aliff sama-sama terlibat dalam drama bersiri Izinkan Aku Mencintaimu.

Mana tidaknya, sejak petang Jumaat, Instagram Anzalna yang mempunyai 2.3 juta pengikut menjadi medan ‘perang’ apabila ramai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap aktres drama bersiri Dendam Aurora itu kerna masuk campur dan membela adiknya.

Gara-gara Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz Netizen Kecam Anzalna Nasir?

Ia berpunca apabila Anzalna membalas komen seorang pengikutnya yang memberitahu dia memahami perasaan perempuan yang baru lepas bersalin yang adakalanya diserang meroyan.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dalam komennya itu namun ia sudah cukup untuk menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengikutnya terutama wanita yang menganggap Anzalna tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang dicurangi suami.

Tambahan pula komen itu kelihatan seolah-olah ditujukan kepada Bella yang sedang dalam pantang selepas melahirkan cahaya mata pertama pada 8 Julai lalu.

“Kadang-kadang kita faham perasaan perempuan baru lepas bersalin ni lain sikit perangainya bak kata orang meroyan.

Aliff ditahan polis selepas didakwa memukul isterinya yang kini sedang dalam berpantang.

“Tapi itu orang tua cakap. Jangan salahkan I. Semoga dapat diselesaikan dengan maju jaya hehehe,” tulisnya bagi membalas komen salah seorang pengikutnya di laman sosial itu.

Ramai menyifatkan Anzalna sebagai kakak patut menasihati dan ‘mengajar’ adiknya terlebih dahulu dan bukannya mempertahankan perbuatan Afifah yang didakwa sebagai punca pergolakkan rumah tangga Aliff dan Bella.

Gara-gara Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz Netizen Kecam Anzalna Nasir?

Malah ada menganggap Anzalna sepatutnya lebih memahami perasaan seorang wanita yang dizalimi suami sendiri dan bukannya bertindak melulu menyebelahi adiknya.

Lebih menyakitkan apabila ada netizen turut mendoakan agar Anzalna tidak melalui situasi sama suatu hari nanti dan berharap ketika itu dia tidak berasa menyesal.

“Beranak dulu dik baru tahu apa itu meroyan… harap laki awak cari perempuan lain masa awak berpantang nanti… tengok siapa yang meroyan.

Komen Anzalna menimbulkan kemarahan peminatnya.

“Apa pun alasan Anzalna dan adik-beradiknya, kau patut tahu bukan seorang perempuan yang baik kalau menggangu laki orang walaupun dia membenarkannya. Satu Malaysia tahu kot Bella tu berpantang, takkan kau tak tahu! Eh aku memang pantang kalau perempuan kacau rumah tangga orang lain. Jangan cuba pertahankan adik awak tu. Terang lagi bersuluh kot dia bersalah. Itu antara sebahagian komen yang ditinggalkan di Instagram Anzalna.

Dunia hiburan pada Jumaat dikejutkan dengan berita apabila Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Video Aliff Aziz Pukul Isteri Dalam Pantang Jadi Viral

Penyanyi Aliff Aziz, didakwa mencederakan isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Dayang Nabellah atau Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan.
Dalam satu laporan polis yang dibuat Bella di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat, wanita yang masih dalam pantang itu dikatakan bertindak memarahi suaminya sebelum sempat merakam beberapa keping gambar suami dalam pusat karaoke itu.

Bagaimanapun, Aliff dikatakan mula bertindak kasar dan merampas telefon tersebut sebelum memadam kesemua bukti gambar yang telah dirakamnya.

Akibat pergelutan tersebut, Bella mendakwa dia mengalami luka di muka dan lutut setelah ditolak menggunakan tangan dan siku oleh suami.

Aliff kemudiannya dikatakan bertindak keluar dari bilik tersebut bersama-sama wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penyanyi Aliff Aziz kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu mStar Online difahamkan, wanita yang dimaksudkan bersama Aliff itu ialah seorang artis baharu.

Mereka dikatakan baru selesai menjalani penggambaran drama sebelum singgah di pusat hiburan tersebut.

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });