Sekarang Dah Ada Cara Senang Nak Terbang Ke Jeju dari Kuala Lumpur

AirAsia X penerbangan terus ke Jeju dari Kuala Lumpur! Tambang promosi bermula dari RM199 sehala untuk menikmati keindahan gunung, lautan, makanan dan banyak lagi dari Jeju
KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2017 – AirAsia X mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaharu hari ini, bagi penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke pulau indah Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala.

Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 October 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com.

PicturAirAsia X launches exclusive direct route to Jejue 1

AirAsia X CEO, Benyamin Ismail berkata,

“Kami amat bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, menghubungkan pulau indah tersebut dengan Malaysia dan seluruh Asia melalui hub LCC Asia. Korea Selatan adalah pasaran yang penting dan kami telah mencatat pertumbuhan luar biasa dari laluan sedia ada kami ke Seoul dan Busan yang kini akan dilengkapi dengan perkhidmatan baharu kami ke Jeju, memudahkan transit domestik ke wilayah pulau ini buat tetamu kami. Laluan baharu ini akan menyediakan lebih daripada 150,000 kapasiti tambahan setiap tahun dan ia merupakan rangsangan dalam memperkukuh hubungan perniagaan dan pelancongan antara Malaysia dan Korea Selatan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan pihak berkuasa yang berkenaan atas sokongan padu yang telah diberikan dalam pelancaran laluan ini.”

Ketua Pengarah Biro Pelancongan, Jeju Special Self- Governing Province, En. Lee Seung Chan berkata,

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada AirAsia X diatas pelancaran laluan eksklusif ini yang menghubungkan Malaysia dengan Pulau Jeju. Pulau Jeju adalah destinasi yang amat istimewa dengan tarikan sepanjang tahun yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada pengembara solo atau kumpulan, keluarga atau berbulan madu. Kami yakin bahawa laluan terus ini akan meningkatkan kemasukan pelancong ke Jeju untuk menarik pelancong bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari negara lain yang kini boleh terbang ke Jeju dengan mudah melalui Kuala Lumpur.”

Para tetamu kini boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar-bandar lain di dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan, atau menggunakan pilihan pelbagai bandar untuk meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur.

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea. Ia adalah pulau percutian yang paling popular di negara ini, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai “Hawaii Korea Selatan.”

Jeju mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong. Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jeju, Korea Selatan (CJU)

Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.

Mengenai Kumpulan AirAsia X
AirAsia X adalah syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh bagi Kumpulan AirAsia yang kini terbang ke 24 destinasi di seluruh Asia, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Amerika. AirAsia X beroperasi dengan 30 pesawat A330- 300s, setiap satu dengan 12 Premium Flatbeds dan 365 tempat duduk ekonomi. Syarikat penerbangan ini telah membawa lebih 27 juta tetamu sejak penubuhan perkhidmatan penerbangan jarak jauh yang telah dimulakan pada tahun 2007. AirAsia X telah diiktirafkan dengan anugerah “Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia” dan “Tempat Duduk Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia” di acara tahunan Anugerah Dunia Penerbangan Skytrax bagi lima tahun berturut-turut dari tahun 2013 – 2017.

Komen via Facebook

Komen

Rancang Percutian Akhir Tahun Dengan Tawaran Hebat AirAsia!

Rancang percutian akhir tahun? Rebutlah peluang untuk mendapatkan tambang rendah melalui Promosi Akhir Tahun AirAsia!

Nikmati tambang serendah dari RM39* ke destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Sihanoukville, Luang Prabang, Pattaya, Shantou, Kalibo (Boracay), Visakhapatnam, serta dari RM79* dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak, juga serendah dari RM169* dari Johor bahru ke Macau dan Kolkata melalui penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK). Tetamu yang terbang melalui penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) pula boleh menikmati tambang dari RM279* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei and Shanghai serta ke pelbagai destinasi lain meliputi lebih 120 destinasi di Asia, Australia, dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. Para tetamu juga boleh menikmati Premium Flatbed AirAsia X yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari RM699* dari Kuala Lumpur ke Perth, Taipei, dan banyak lagi.

BM - AA YES 2017

Tempah dari 2 Oktober 2017 (0001h GMT +8) hingga 15 Oktober 2017 (2400 GMT +8) untuk tempoh perjalanan dari 2 Oktober 2017 hingga 31 Mac 2018 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati tawaran ini.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Kami ingin meraikan akhir tahun ini dengan lebih hebat, dan sambutan ini tidak lengkap tanpa Promosi Akhir Tahun kami. Tawaran ini untuk semua yang masih belum menempah percutian akhir tahun mereka, atau untuk semua yang merancang percutian pada awal tahun hadapan.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan insurans perjalanan. Pek tersebut disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan percuma, pilihan tempat duduk biasa, serta insurans perlindungan perjalanan yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Kelewatan Bagasi**.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

**Tambang asas untuk perjalanan sehala tidak termasuk cukai dan yuran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Perlindungan Perjalanan Tune – AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terpilih, merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan perlindungan Kelewatan Bagasi.

Para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka juga boleh membuat pra-tempahan bagi hidanganbaharu edisi terhad Ejen Ali Lil’ Star Combo
dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) di airasia.com.

Hidangan kombo ini menyajikan piza ayam mini, minuman dan snek istimewa yang bukan sahaja menyelerakan malah menceriakan pengalaman perjalanan anak-anak anda.

Komen via Facebook

Komen

AirAsia Rai Hidangan Baharu Untuk Kanak-kanak dengan Menawarkannya Secara Percuma

AirAsia memberi kejutan kepada penumpang kanak-kanak hari ini dengan menawarkan hidangan Lil’ Star Combo yang baru diperkenalkan secara percuma kepada semua penumpang kanak-kanak* dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Lebih 7,000 kanak-kanak yang menaiki penerbangan jarak dekat dan jauh di seluruh rangkaian AirAsia menerima hidangan Lil’ Star Combo; yang menyajikan piza mini, minuman dan snek istimewa yang menyelerakan.

Kids eat free

AirAsia Rai Hidangan Baharu Untuk Kanak-kanak dengan Menawarkannya Secara Percuma

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, berkata, “Kami mahu penumpang kanak- kanak juga dapat menikmati hidangan dalam pesawat seperti ibu bapa mereka. Hidangan yang enak menjadikan pengalaman penerbangan lebih baik, dan kami percaya ia merupakan salah satu komponen utama mengapa kami memenangi pelbagai anugerah. Oleh itu, kami menawarkan Lil’ Star Combo; hidangan untuk kanak-kanak yang bukan sahaja lazat dan berpatutan, malah lebih menyeronokkan.

“Selain menu kanak-kanak, kami juga berusaha untuk menambah menu lain seperti sarapan pagi serta pelbagai pilihan hidangan yang lebih sihat, dan ia bakal dilancarkan kelak selari dengan jenama Santan yang terus berkembang sebagai sebuah restoran terkemuka di awan biru”.

Hidangan Lil’ Star Combo ini pasti menceriakan pengalaman penerbangan kanak-kanak bersama AirAsia. Kini para tetamu yang terbang bersama anak-anak mereka boleh membuat pra-tempahan bagi hidangan tersebut dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) ke semua destinasi AirAsia di airasia.com.

Bagi tetamu lain pula, AirAsia menawarkan pelbagai pilihan menu Santan termasuklah pelbagai cita rasa dari Asia, seperti Nasi Lemak dan nasi ayam yang lazat, serta tawaran terbaru kami seperti salmon onigiri yang dipanggang dan sup miso.

Para tetamu disarankan untuk membuat pra-tempahan hidangan Santan melalui pautan ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati pelbagai pilihan hidangan, lebih penjimatan dan keutamaan
hidangan dalam pesawat.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Main Photo_Kids eat free

Komen via Facebook

Komen

AirAsia Lancar Laluan Baharu Ke Macau Dari Johor Bahru

Sempena pengumuman laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM129* sehala di airasia.com bermula sekarang hingga 1 Oktober 2017 untuk tempoh perjalanan dari 28 November 2017 hingga 21 November 2018.

Promosi tersebut juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan laluan Johor Bahru-Macau sebagai salah satu daripada pelan jangka panjang untuk mengembangkan hab Johor Bahru sebagai hab serantau dan menjadikan ia pintu masuk untuk pelancong perniagaan dan pelabur dari China ke selatan Malaysia. Selain Macau, kami juga telah memperkenalkan beberapa laluan baharu dari Johor Bahru pada tahun ini seperti Johor Bahru-Kuala Terengganu, Johor Bahru-Langkawi, dan baru- baru ini Johor Bahru-Kolkata sebagai bukti komitmen kami bagi mengukuhkan hab tersebut. Ini hanyalah titik permulaan dan kami mempunyai pelbagai rancangan untuk terus memajukan hab ini.”

meningkatkan kesalinghubungan dan pengalaman pengguna untuk para tetamu kami. Kami percaya lapangan terbang ini berpotensi untuk berkembang lebih maju dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk mengukuhkan hab ini serta menyediakan sambungan yang lebih baik kepada para tetamu kami,” tambah beliau.

Dinamakan sebagai Pusat Bersejarah Macau oleh UNESCO, kota yang menggabungkan budaya Portugis dan ciri-ciri tradisional Cina ini menawarkan 25 warisan sejarah dunia dalam satu bandar. Nikmatilah keindahan bangunan neoklasik Eropah dan butik-butik terkenal di sepanjang Dataran Senado. Kemudian lawatilah Runtuhan St. Paul, mercu tanda Macau paling terkenal yang dibina pada abad ke-16 sebagai kolej dan katedral. Untuk melihat panorama menakjubkan bandar tersebut, lawatilah Menara Macau, sebuah monumen kebangsaan berketinggian 338m yang turut menawarkan aktiviti lasak seperti Tower Climb, Bungee Jump, Sky Jump, atau Skywalk. Juga dikenali sebagai ‘The Vegas of Asia,’ Macau turut padat dengan pusat-pusat hiburan, seperti Venetian Macao yang serba mewah dan Macao Fisherman’s Wharf, sebuah kompleks taman tema yang ideal untuk seisi keluarga. Selain itu, lengkapkan pengalaman Macau anda dengan menikmati tart telur yang terkenal; Minchi – juadah kebangsaan Macau yang terdiri daripada daging cincang, kentang, bawang, kicap, cendawan hitam dan telur goreng yang dihidang bersama nasi; snek ikan masin; udang goreng ala Macau dan banyak lagi.

Creative Director & Travel Buddies Win Airasia X Ultimate Xventure Contest

Creative director Emalina Aimi Edris along with her three travel buddies emerged as winners for AirAsia X Ultimate Xventure Challenge final held at Sunway Lagoon Extreme Park on Sunday. They won a grand prize of a four-day and three nights trip to New Zealand after defeating three other teams in the challenge.

Airasia X Ultimate Xventure Contest

Emalina, 30, who is a big fan of extreme adventure sports was overwhelmed by the victory. Emalina said she would discuss with her travel buddies Ayman Syafeq Zainuddin, also 30, Muhammad Saifuddin Hassanmudin, also 29 and Anisah Othman, 28 when they would go on the trip to New Zealand.

“It came as a surprise as we thought we did poorly initially. Happy that AirAsia X had organised this contest. I didn’t know that AirAsia X flies to New Zealand before this although AirAsia is my choice of airline because it flies to exotic destinations. New Zealand was in my bucket list last year, and it is happening this year,” said Emalina who found out about AirAsia X Ultimate Xventure Challenge through her friend who heard about it via Fly FM radio.

Emalina is one of the winners who made it to the final of the challenge which is a collaboration between AirAsia X and Sunway.

For the first part which is a social media contest that ran from 31 July 2017 to 17 August 2017, she uploaded videos of adventure sports activities on Instagram with hashtags #UltimateXventure and #AirAsiaX along with Insta stories.

The challenge lined up for final demonstrate the experiences available in New Zealand fulfilling the requirements of adventure seekers.

AirAsia X commenced daily flight from Kuala Lumpur to Auckland with a quick stopover in Gold Coast, Australia on 23 March 2016.

Stay up to date with AirAsia’s latest promotions and activities via Twitter (twitter.com/AirAsia) and Facebook (facebook.com/AirAsia).

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

AirAsia Celebrates Inaugural Flight from Shenzhen to Langkawi

c The new route with 3 times weekly direct flights marks AirAsia’s third international route from Langkawi

LANGKAWI, 10 AUGUST 2017 – AirAsia, the world’s best low-cost airline today welcomed its inaugural flight from Shenzhen to Langkawi with 89 percent load factor.

The flight AK 1713 was greeted by a water canon salute upon arrival into Langkawi International Airport and was also received by YBhg. Dato’ Haji Azizan Noordin, Chief Executive Officer, Langkawi Development Authority (LADA).

AirAsia Celebrates Inaugural Flight from Shenzhen to Langkawi

The new route with three times weekly direct flights marks AirAsia’s third international route from Langkawi besides Singapore and Guangzhou, and seventh route from Langkawi besides Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru, Kuching, Singapore, and Guangzhou.

Aireen Omar, CEO, AirAsia Berhad said, “We are pleased to welcome the inaugural flight from Shenzhen to Langkawi this morning. We have flown over 1 million guests into Langkawi this year, and we anticipate the number of inbound guests will continue to grow even further with this new route. We are also working closely with Langkawi Development Authority (LADA) to establish Langkawi as an international hub and promote the beautiful island as a top holiday destination for China visitors.”

To celebrate the momentous event, AirAsia is offering promotional all-in-fares from RM200* one way from Langkawi to Shenzhen for travel period between now and 8 February 2018. To enjoy the special fare, book from now to 13 August 2017 on airasia.com and AirAsia’s mobile app for iPhone and Android devices.

Just across the mainland Chinese border from Hong Kong, Shenzhen is a modern miracle with vibrant economy and sprawling landscapes. One of the richest and most populous cities in China, the spectacular city is filled with theme parks and attractions galore such as Overseas Chinese Town; Dafen Oil Painting Village; Xianhu Botanical Garden; Splendid China Folk Village and many more, along with lots of street shopping and local cuisines such as Shajing town oyster; Gongming roasted goose; Nan’ao abalone; Xixiang Jiwei shrimp and other delicacies.

Just like Langkawi, no visit to Shenzhen is complete without frenzied shopping. Visitors can shop till drop at Dongmen Pedestrian Street, Luohu Commercial City near the Hong Kong border, electronics centre Hua Qiang Bei, and districts such as Nanshan, Renmin Nan and Shen Nan Zhong which are well-known for great bargains.

AirAsia Celebrates Inaugural Flight from Shenzhen to Langkawi

AirAsia now flies to seven destinations from Langkawi, with four domestic routes and three international routes with 119 weekly flights one way. AirAsia also connects Langkawi to 15 countries such as Vietnam, South Korea, Taiwan, and others via its Fly-Thru product.

Komen via Facebook

Komen

AirAsia Rai Penerbangan Pertama dari Shenzhen ke Langkawi

AirAsia Rai Penerbangan Pertama dari Shenzhen ke Langkawi Laluan baharu dengan kekerapan 3 kali seminggu itu menandakan laluan antarabangsa ketiga AirAsia dari Langkawi

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini meraikan penerbangan pertamanya dari Shenzhen ke Langkawi dengan faktor muatan sebanyak 89 peratus.

Penerbangan AK 1713 telah disambut oleh pancutan air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan ia juga telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Azizan Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

AirAsia Celebrates Inaugural Flight from Shenzhen to Langkawi

Laluan baharu dengan kekerapan tiga kali seminggu itu menandakan laluan antarabangsa ketiga AirAsia dari Langkawi selain Singapura dan Guangzhou, dan laluan ketujuh dari Langkawi selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Singapura, dan Guangzhou.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami berbesar hati untuk meraikan penerbangan pertama dari Shenzhen ke Langkawi pada pagi ini. Pada tahun ini, kami telah menerbangkan lebih 1 juta tetamu ke Langkawi, dan kami menjangka jumlah tetamu ke Langkawi akan bertambah dengan pelancaran laluan baharu ini. Kami juga bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa dan mempromosikan pulau yang indah tersebut sebagai destinasi pelancongan utama bagi pelancong dari China.”

Untuk meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM200* sehala dari Langkawi ke Shenzhen untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 8 Februari 2018. Untuk menikmati tambang istimewa tersebut, tempah sekarang hingga 13 Ogos 2017 di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android.

Terletak di seberang sempadan China dari Hong Kong, Shenzhen adalah sebuah bandar dengan ekonomi yang pesat dan lanskap yang luas. Ia juga merupakan salah satu bandar terkaya dan mempunyai paling ramai penduduk di China, justeru ia mempunya pelbagai tarikan seperti taman tema dan lain-lain seperti Overseas Chinese Town; Dafen Oil Painting Village; Taman Botani Xianhu; China Folk Village dan banyak lagi. Ia juga popular dengan pusat membeli-belah dan masakan tempatan seperti tiram Shajing; angsa panggang Gongming; abalone Nan’ao; udang Xixiang Jiwei dan lain-lain.

Sama seperti Langkawi, lawatan ke Shenzhen tidak lengkap tanpa membeli belah. Para pelancong boleh membeli-belah di Jalan Dongmen, Luohu Commercial City berhampiran sempadan Hong Kong, pusat elektronik Hua Qiang Bei, serta di daerah Nanshan, Renmin Nan dan Shen Nan Zhong yang terkenal dengan tawaran hebat.