Penyanyi Popular Meriahkan Warner Music Malaysia IPT TOUR 2017

Warner Music Malaysia penampilkan barisan artis popular tanah air iaitu Awi Rafael, Aizat Amdan, Aziz Harun, Harris Baba, Payslip serta artis baru di bawah naungan label Warner Music iaitu Nastia, Cassidy, Bella Nazari, Andi Bernadee, Dewi Seriestha dan Tysha Tiar.

Kesemua artis ini bakal menggegarkan enam lokasi IPT Tour 2017 di Malaysia, bermula pada lokasi yang pertama di WIDAD University College – Kuantan Pahang pada 27 September, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) – Johor Bharu pada 16 Oktober, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 30 Oktober dan pada 8 November 2017 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Warner Music IPT Tour 2017. Jelajah 6 Negeri!

Antara persembahan artis Warner Music Awi Rafael dan Cassidy pada 27 September 2017 di Kolej WIDAD, Kuantan Pahang

Antara persembahan artis Warner Music Aizat Amdan dan Bella Nazari di UTHM, Johor pada 16 Oktober 2017.

Persembahan lagu single terbaru Aziz Harun – Jangan di USM, Penang pada 30 Oktober 2017.

Persembahan Rapuh dari Nastia – UPSI,Tanjong Malim 8 November 2017.

Ternyata ketiga-tiga lokasi yang mereka kunjungi mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dan dibanjiri oleh ribuan para peminat setiap artis. Bukan sahaja persembahan yang mereka sajikan malah sesi ‘meet & greet’ juga dilakukan bagi peminat

untuk tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama artis kesayangan mereka. Para peminat dan pengunjung yang hadir juga telah memberikan sorakan dan sokongan yang begitu baik serta ‘feedback’ yang positif pada setiap persembahan para artist.

Sudah pasti persembahan yang disajikan begitu bertenaga dan para penonton terpukau dengan persembahan barisan artis Warner Music Malaysia, malah secara tidak langsung juga para artis dapat bertemu peminat dengan lebih dekat lagi. Tiga lokasi telah pun berlalu, kini IPT Tour Warner Music Malaysia akan pula ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 8 November ini bagi lokasi yang seterusnya. Jadi pada anda yang berada di sekitar (UPSI) jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan 11 artis Warner Music.

Pada anda yang ingin mengenali artis-artis bawah naungan label Warner Music, boleh terus layari laman web rasmi Warner Music Malaysia di pautan ini: http://warnermusic.com.my/

Lokasi seterusnya bagi IPT TOUR Warner Music Malaysia akan berlangsung di: 18 NOVEMBER 2017 – UUM (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) SINTOK, KEDAH

Komen via Facebook

Komen