Laudya Cynthia Bella Jadi Juri Jemputan Ceria i-Star 2017 Minggu Akhir

Program pencarian bakat cilik Islamik dari seluruh Nusantara, “Ceria i-Star 2017”, kini di minggu akhir. Setelah 7 minggu mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan mesej-mesej Islamiah, empat kerusi kosong finalis Ceria i-Star 2017 menjadi milik Ayeen, Puteri, Hazury dan Syifa. Luar biasa; itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan bakat keempat-empat barisan finalis ini.

Laudya-Cynthia-Bella

Ayeen – Meskipun baru berusia 10 tahun, Ayeen seorang yang kecil-kecil cili api. Pernah berada di kedudukan tiga terbawah, beliau bangkit untuk membuktikan kehebatan bakat beliau dalam penceritaan. Siapa sangka, kanak-kanak yang bersuara lantang ini juga mampu rap!

Puteri – Bertaranum dan berseloka merupakan bakat yang dipertaruhkan oleh gadis dari Johor ini. Bijak bermain dengan emosi, peserta ini pernah menyebabkan Juri Jemputan, Laudya Cynthia Bella menitiskan air mata dengan persembahan beliau yang cukup menyentuh hati.

Hazury – Aura Rockstar nyata terserlah dari diri anak muda ini. Mempunyai suara serak basah, Hazury bijak menggunakan bakat nyanyian dan penceritaan dalam menyampaikan mesej Islamiah dan dilihat mempunyai potensi besar dalam industri hiburan.

Syifa –  Sesiapa sahaja yang menonton persembahan satu-satunya peserta dari Indonesia ini, pasti akan terpukau dengan kefasihan beliau berbahasa Inggeris dan keyakinan diri yang cukup tinggi apabila di atas pentas.

Turut akan memeriahkan konsert akhir Ceria i-Star 2017 adalah pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella selaku Juri Jemputan.

Siaran Langsung Konsert Akhir Ceria i-Star 2017 pada 17 November 2017 (Jumaat), jam 8.30 malam

Siaran Langsung Konsert Akhir Ceria i-Star 2017

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });