Konsert DREAM THEATER Live in Kuala Lumpur

Kumpulan progresif rock / metal terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Dream Theater bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 2 Oktober ini.

Konsert yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 8.30 malam itu adalah sebahagian daripada Image, Words & Beyond 25th Anniversary Tour yang bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu.

DREAM THEATER

Ia juga sempena ulang tahun ke-25 album Images & Words yang diterbitkan pada 1992. Image & Words yang juga album kedua Dream Theater ini adalah album mereka yang paling laris dan mendapat pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).

Konsert anjuran IME Asia ini bakal memberikan pengalaman tidak setanding daripada album Image & Words dengan lagu-lagu hit mereka seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1 dan Under A Glass.

Pasti ramai ternanti-nantikan persembahan istimewa daripada Dream Theater yang dibarisi James La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike Mangini (dram) yang cukup terkenal dengan ketelitian mereka dalam penghasilan muzik. Malah, setiap anggota Dream Theater sudah diiktiraf sebagai antara pemuzik terbaik dunia.

Hingga hari ini, album-album Dream Theater sudah terjual melebihi 10 juta unit di seluruh dunia selain menerima lima pengiktirafan emas dan platinum daripada RIAA.

Pada 9 April 2013, Images and Words memenangi anugerah Metal Madness 2013 dan menewaskan kumpulan dan artis rock terkemuka lain seperti Ronnie James Dio, Megadeth dan AC/DC.
Tahun ini, album terbabit menduduki tempat ke-95 dalam senarai 100 Album Metal Terbaik Sepanjang Masa oleh majalah Rolling Stone.

Daripada penghasilan klasik ke album terbaru The Astonishing tahun lalu, Dream Theater mengekalkan identiti mereka dengan lagu-lagu yang penuh dengan lirik bermakna dan mendalam yang mampu melampaui batas imaginasi peminat mereka.

DREAM THEATERDREAM THEATER

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini ialah RM488 (VIP), RM398 (Cat 1), RM308 (Cat 2), RM238 (Cat 3) dan RM188 (Cat 4). Semua harga tiket adalah termasuk 6 peratus GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4. Jualan tiket rasmi menerusi TicketCharge secara atas talian di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline +603-92228811.

Malaysia Office : IME Productions (M) Sdn Bhd Tel : +603-79723931 Email : [email protected] Block A-18-01, Scott Garden Soho, Old Klang Road, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia
(1020745-H)

Anda juga boleh mendapatkan tiket di pejabat TicketCharge atau dari outlet tertentu Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts dan juga kaunter maklumat di pusat beli belah The Mines atau 1 Shamelin. Bagi mereka di luar Lembah Klang boleh kunjungi Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Pulau Pinang).

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.

DREAM THEATER

DREAM THEATER

Komen via Facebook

Komen