Izzue Islam Dimarah Kerana Watak Jahat, Follower Makin Kurang

HANYA kerana melakonkan watak jahat dalam drama Patahnya Sebelah Sayap, Izzue Islam dikatakan telah dimarahi oleh seorang peminat.

Khabarnya ketika kejadian, Izzue sedang menghadiri sebuah majlis hiburan dan secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang terlalu obses dengan watak antagonisnya dalam drama tersebut telah ‘menyerang’ dirinya.

Izzue Islam

“Saya terkejut apabila seorang pakcik datang dan memarahi saya kerana jadi jahat seperti dalam drama itu. Dia nasihatkan saya supaya tidak buat seperti itu dalam kehidupan sebenar.

“Pada mulanya agak bimbang kerana pengurus saya tidak berada bersama ketika itu, tapi kejadian itu sekejap sahaja dan dia kemudian berlalu pergi,” ujarnya kepada mStar Online.

Terkini, Izzue bakal membintangi sebuah filem Pailang JB dan sekali lagi dia bakal membawa watak buruk sebagai seorang gengster.

Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi berusia 27 tahun itu mengakui bahawa ramai peminatnya tidak menggemari jika dia membawa watak sebagai orang jahat.

Izzue Islam

“Seperti drama Patahnya Sebelah Sayap saya lihat ramai juga yang marah-marah di Twitter dan ramai yang ‘unfollow ‘ di Instagram.

“Saya sedar pengikut berkurangan kerana mungkin terkesan dengan perkara itu, maklumlah selalu saya bawa cerita yang baik-baik,” tambahnya.

Tambahnya lagi, watak keduanya sebagai antagonis bakal ditayangkan menerusi telefilem Jongkong pada malam Ahad ini di Astro Ceria.

Menurutnya lagi, filem PailangJB telah menarik minatnya kerana tawaran yang diberikan disebabkan dia banyak melakonkan watak aksi dan perlumbaan kereta.

Izzue Islam

Dia juga mengakui bahawa dia kini sudak memasuki beberapa kelas latihan mempertahankan diri sebelum memulakan penggambaran filem tersebut.

“Dalam filem ini saya membawakan watak budak kolej yang suka berlumba dan banyak babak pertarungan dan lumba kereta.

“Ini kali pertama saya ditawarkan watak seperti ini dan sudah tentu cabaran utama adalah perlu belajar seni mempertahankan diri,” ujarnya lagi.

Selain berlakon, Izzue juga kini semakin bergiat aktif dalam bidang nyanyian bersama dengan ahli kumpulan Forteen yang lain.

Namun, dalam masa yang sama, Izzue juga telah bergelar usahawan apabila dia kini sudah mengeluarkan koleksi kurta dan tudung di bawah jenamanya sendiri iaitu Izzuecxlusive.

Sumber: Mstar

Komen via Facebook

Komen