Ini 12 buah Lagu Bertanding di Anugerah Juara Lagu 32

Semalam, selesai sahaja Meet & Greet sesi bertemu peminat bersama Fattah Amin, Budiey terus pecut ke Shah Alam untuk buat liputan di Malam Kemuncak Semi Final Muzik Muzik 32 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Jam 9 malam, Budiey sempat buat Youtube Live untuk melihat persiapan peserta di belakang pentas. Korang boleh tonton video ni:

Sebanyak 12 karya hasil ciptaan komposer tempatan berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

Senarai lagu yang berjaya ke ANUGERAH JUARA LAGU 32:-

1. Sejati – Azmi Caliph Buskers
2. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
3. Jampi – Hael Husaini
4. Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah
5. Amboi – Altimet
6. Lebih Sempurna – Syamel
7. Aku Yang Sebenarnya – Hazama
8. Akhirnya Cinta – Salma
9. Menahan Rindu – Wany Hasrita
10. Aku Cinta – Ernie Zakri & Syamel
11. Bayang – Khai Bahar
12. Warkah UntukKu – Ara

Tahniah! Jumpa di AJL32!

Antaranya ialah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah nukilan penuh Ajai iaitu Separuh Matiku Bercinta serta lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan nyanyian Caliph Busker iaitu Sejati yang dipilih sebagai lagu terbaik minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32.

Lagu lain yang turut mara ialah Warkah Untukmu (Ara Johari), Bayang (Khai Bahar), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Sementara lima buah lagu lagi ialah Jampi (Hael Husaini), Akhirnya Cinta (Salma Asis), Aku Cinta (Syamel & Ernie Zakri), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara) dan Amboi (Altimet).

Dijadualkan berlangsung pada Februari ini, AJL32 dijangka sengit dan meriah memandangkan sebahagian komposer serta penyanyi yang mara pernah mencipta kegemilangan sebelum ini di sampiang beberapa pendatang baharu yang mewarnai persada muzik tanah air. –

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });